Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Januari 2015

Ramli MS kahwin lagi? Rumah Umie Aida dilelong?...



Pelik ke?

Tiada yang peliknya...

Ia adalah cerita biasa dalam kehidupan seharian.

Semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

Bila Tuan Punya Dunia ini mengambil hakNya kembali,
berhakkah kita mempersoalkannya?

Cumanya, kita selalu lupa.
Kita fikir apa yang kita ada, adalah hak mutlak kita.

Bila kita sudah terlalu lama leka,

Itupun kita masih enggan mengambil iktibar,
Kita tetap seronok dengan hiburan.
Kita tetap suka melihat kesilapan orang.
Ada anak-anak gadis terkinja-kinja di pentas
dan merelakan diri mereka dipeluk dicium-
kita turut teruja menyebarkan aib mereka.
Kita lupa yang kita ada anak, ada adik,
ada saudara mara, ada saudara seagama.
Kita bukan ingin membimbing,
tapi kita lebih seronok untuk turut menghentam
kiri kanan depan belakang.

Sangat baikkah kita?
Bagaimana jika mereka bertaubat dan taubat mereka diterima?
Sedangkan kita?
Masih tetap suka mengata
Masih tetap tak berubah juga...

Semoga Allah SWT mengurniakan kita
dengan taufik serta hidayahNya.

Aamiinnn...



8 ulasan:

  1. tiada yg pelik..tiada yg ajaib...yg pelik dan ajaibnya bila ramai yg tak sedar2 lagi makin hari kematian makin menghampiri...

    BalasPadam
  2. artis pun manusia biasa.... mereka pun ada masalah mcm kita2 jgk kan

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum
    singgah sebentar disini
    sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
    bz day

    BalasPadam
  4. Itu lah kita.. masalah orang tu sebenarnya tak besar mana.. cuma media tu yang berlebih2.. kita pun ikut berlebih2.. tup - tup, org dapat pahala. kita dapat dosa.. ulas dan terus ulas tanpa tau duduk perkara.. tp tak pelik punnn.. itu lah kita di Malaysia ni..

    BalasPadam
  5. Itu la kan Kak Cik. Ayat kak cik ,"kita suka melihat kesalahan orang" tu saya setuju sgt. Seperti satu kepuasan agaknya bagi org2 lain bila tgk sesuatu perkara terjadi dan mereka boleh komen yg teruk2. Nauzubillah.

    BalasPadam
  6. Sangat dalam apa yang Kak Cik tuliskan tu.
    " kita turut teruja menyebarkan aib mereka.
    Kita lupa yang kita ada anak, ada adik,
    ada saudara mara, ada saudara seagama.
    Kita bukan ingin membimbing,
    tapi kita lebih seronok untuk turut menghentam
    kiri kanan depan belakang.

    Sangat baikkah kita? "

    Saya suka tanyakan ayat terakhir tu kepada diri sendiri dan anak-anak.
    Terbaik Kak Cik.

    BalasPadam
  7. Salah orang semuanya kita nampak tapi salah kita sendiri? Kalau tak tengok 'cermin' memang tak nampaklah, Kakcik :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com