Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Januari 2015

Kalau aku masih bekerja...

dari malam lagi dah pening kepala
memikirkan esok pagi hendak pakai baju apa

dah dapat baju
macam tak sesuai pulak dengan beg dan sepatu
belum lagi tudung yang menghantu
kalau boleh semuanya hendak sempurna selalu

bila di pejabat
kadangkala tak tahu mana kerja hendak dibuat
ada waktunya sepanjang hari macam berehat
ada ketika pula hendak ke tandas pun tak sempat

belum lagi bab kena masuk mesyuarat
sesuatu yang memang aku tak suka nak buat
apatah lagi kalau minit kena dicatat
tak tahu mana satu fakta yang tepat

belum balik sudah mereka-reka
nanti di rumah nak masak apa
macamlah hendak menghidang lauk beraneka
sudahnya balik-balik yang itu - itulah juga

kini duduk di rumah sahaja
buatlah apa yang aku suka
tak perlu minta cuti kalau hendak ke mana-mana
cuma pergaulan sahaja terbatas adanya

Amboiii... macam 'cikgu beso' je...
Harapkan badan beso adalah!


38 ulasan:

  1. tulah bonda,kalau bekerja ni,dah kena fikir nak pakai baju apa pulak kan...bila dah dok rumah kekadang bosan jugak kalau semua orang gi keje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini bonda ok je Ferd, cuma badan ni makin beso la pulak...hehehe... :)

      Padam
  2. Semua yg kakcik catatkan itu kena pada batang hidung kakak
    Cuma duduk rehat belum lagi. Kena tunggulah masanya pasti tiba juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Situasi yang biasa untuk wanita bekerjaya dan berkeluarga... :)

      Padam
  3. akk dh bersara ye? slmt jadi surirumah kak ehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersara mulai 1/9/2014 - sekarang jadi surirumah sepenuh masa sahaja... :)

      Padam
  4. betul kakcik. Dah tak kerja ni pergaulan agak terbatas

    BalasPadam
  5. sedap nama kakcik..selama ni yan ingat nama kakcik nur seroja...hehehe..salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur tu nama panggilan yang biasa dalam keluarga dan teman2 rapat, Seroja tu nama pena yang digunakan sejak 10 tahun lalu... :)

      Padam
  6. kakchik ..apa yg kakchik taip tu sebijik2 kena pada saya. hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah kan...bila bekerjaya dan dalam masa yang sama kita pun ada keluarga... :)

      Padam
  7. syoknye ..... semoga kc seroja sehat sokmo ....

    BalasPadam
  8. hehehhehe kata-kata akak benar belaka
    syioknya akak dah boleh berehat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... dah lapang rasa kepala tak payah fikir tentang kerja... :)

      Padam
  9. Saya pula bila kerja paling benci bila boss hantar pergi kursus, bencinya kursus...selalu mengantuk dan sangat boring!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kursus kalau macam 'team building' tu ok juga... ada aktiviti luar. Tapi kalau duduk dalam kelas, memang menguap memanjang... :)

      Padam
  10. kena betul apa yg kakcik tulis tu...tapi saya ni nak pencen lama lagi so terpaksa juga merelakan diri utk melalui semua itu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, kerja je baik2... kita kena gembirakan hati menghadapi kerja sehari-hari... :)

      Padam
  11. nekcik dah nak masuk 5 tahun jadi makcik pencen...no urgent no punchcard..free n easy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnnn?

      Tak payah nak isi borang cuti bagai kalau nak ke mana-mana pun... :)

      Padam
  12. eh samalah situasi sy skrg, haha
    nak balik asik fikir masak apa
    tp balik, yg itu itulah jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya duduk di rumah ni pun, penat juga fikir nak masak apa setiap hari...hehehe

      Padam
  13. Baru tahu yg kakcik dah jadi YB- yg bersara... Hehehe
    Saya baru2 ni baru sembang dgn hubby nak bersara awal... Tamat tempoh kontrak rasa nak terus pencen...
    Apa2 suka dgn sajak kak cik, terbaek!!

    BalasPadam
  14. SA pun ada masalah yang sama ngan mak masa mak bekerja dulu...pagi2 nak fikir pakai baju apa...kaler apa....pening...lambat lagi rasanya SA nak bersara macam mak...kalau la dapat kan...

    BalasPadam
  15. dah pencen eh kak chik... seronoknya... bleh pergi kemana saja

    BalasPadam
  16. Betulkan, gambar tu macam rupa cikgu disiplin pun ada :)

    Untunglah Kakcik tak perlu melalui itu semua. Tak payah nak risau pasal cuti, nak buat persediaan untuk hari bekerja dan sebagainya. Betul tu Kakcik, kalau datang kerja, nak telan air liur pun tak sempat. Kalau tidak, bermaharajalela depan komputer :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com