Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Januari 2015

Beza antara nasi goreng kampung dan nasi goreng ayam...

Nampak berbeza tak antara dua pinggan nasi
goreng di atas?  Yang di hadapan kononnya
nasi goreng kampung dan yang di belakang
adalah nasi goreng ayam.  Bezanya? Satu ada
ikan bilis goreng dan satu lagi ada hirisan ayam
goreng.  Sewaktu memesan, aku bayangkan
nasi goreng kampung itu akan ada sayur kangkung
dan nasi goreng ayam akan ada seketul ayam goreng.
Banyak memang banyak, sampai tak habis dimakan,
tapi agak kecewalah... apa yang sampai tidak seperti
apa yang dibayangkan.  Namun syukurlah kerana
masih boleh makan dengan selesa...bayangkan nasib
mereka yang ditimpa musibah di sana...
Bandung laici...
Senarai harga termasuk 'upah masak'...

10 ulasan:

  1. mcm xda beza pon..beza ayam dan ikn bilis ja

    BalasPadam
  2. kedai style jimat..buat nasi resepi sama cuma tmbh bilis dan ayam je

    BalasPadam
  3. hehehe senang nk msk, sekali harung je kakcik, pastu boh ayam skit2.... itu namanyer ns grg jimat

    BalasPadam
  4. Dia masak sekali.. kemudian satu pinggan letak ikan bilis.. satu pinggan lagi letak hirisan ayam.
    Takpelah kakcik.. walau tak seperti yang diharapkan tapi kita bersyukur kita masih selesa dengan keadaan semasa kita kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sedang berdepan dengan musibah ketika ini.

    BalasPadam
  5. Nampak sangat dia sedia perencah sama cuma satu letak ayam, satu letak ikan bilis.

    BalasPadam
  6. nasib baik kakcik bkn jenis suka sound direct kat penjual tu....

    BalasPadam
  7. nasi tu dia goreng sekali rasanya. :D

    BalasPadam
  8. betul la kak..kalau nasi grg kampung mestilah ada kangkung..xpela...first time n last time je la... Salam tahun baru kak

    BalasPadam
  9. Takda beza sangat pun kak. Ni mesti masak sekali. Dah siap satu bubuh ayam, satu lagi bubuh ikan bilis. Hehehe... Tapi kak, kat mana ni?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com