Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 Januari 2015

Apa Muhammad Qaid kata?...

Assalamu'alaikum kawan-kawan nenek.
Eh...janganlah hairan tengok perut saya tu.
Saya kecil lagi, tak apa tunjuk perut, tapi
kawan-kawan nenek janganlah pula nak
tunjuk perut sama.  Tak elok tau.  Berdosa
tunjuk aurat kepada bukan mahram...
Jom jalan jom.
Bila naik kenderaan jangan lupa baca doa ya.
Mudah-mudahan Allah permudahkan dan selamatkan
perjalanan kita.  Semoga Dia melindungi kita dari segala
bencana mahupun malapelataka...
Nenek...cuba nenek tengok kat sana tu.
Tengoklah nenek.  Mana tahu nenek boleh
dapat ilham untuk kemaskini blog?
Cepatlah tengok nenek...
Sedapnya duduk atas perut daddy ni. Macam duduk atas kusyen.
Daddy gemuk macam nenek juga, tapi Qaid tak mahu jadi gemuk.
Masa kecil memang nampak comel, tapi kalau dah dewasa, tak
cantiklah... Kalau makan Qu Putih, boleh kurus tak? hahaha...
Tengoklah Uncle Pet ni, suka buli saya.
Dia suruh saya senyum, tapi saya rasa nak tidur je...
Eh... penatlah nak cakap banyak.
Jom mummy, ajak daddy bawa saya jalan-jalan
lagi.  Kawan-kawan nenek semua, doakan saya
membesar dengan sihat, cerdik dan soleh ya.
Nanti lain kali saya boleh bercerita lagi.
Assalamu'alaikum semua...

11 ulasan:

  1. Masa baby montel memang syok. Tapi tengoklah uncle usu itu Qaid pun dah tak montel macam dulu. Tak apalah montel sekarang nenek tak dpt pegang dpt tengok jadilah:)

    BalasPadam
  2. Aamin Ya Rabbal Alaamin
    Qaid yg bijak dan comel

    Seronoknya kakcik bermain dgn cucu...

    BalasPadam
  3. bulatnya mata!
    kalau dapat kat saya ni......

    BalasPadam
  4. alalalalala comelnya.....blh buli uncle pet, ajak ucle dukung jalan2:)

    BalasPadam
  5. Alahai comelnya.... kecik-kecik dah pandai mencelah masuk blog nenek ya! Kalau besar sikit, kena tukarlah gambar kat header atas nun :)

    Kakcik, kak long kawasan kalau dengan cucu tak pulak nampak garang. Kalau posing sorang-sorang seriau tengok raut wajah, takut kena belasah dengan penyapu lidi jerk rasanya. Hahaha!

    BalasPadam
  6. sejuk hati lihat cucu depan mata kan kak...rindu kat cucu2 yan

    BalasPadam
  7. Peyut buncit..hehehe. samala dengan anak saya sejak makan bubur nasi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com