Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Disember 2014

Makan malam sempena ulangtahun perkahwinan ...

...atas takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT, percutian 3 malam 3 hari kami di Kota Kinabalu tidak menjadi seperti yang direncana atau diharapkan. Akhirnya, kami hanya mampu berlegar-legar berdua di sekitar Pasar Besar Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina.

27/12/2014, En Suami mengajak aku makan malam di gerai makan yang banyak terdapat bersebelahan pasar tersebut.  Pada mulanya aku enggan, tapi suami kata 'anggaplah ini makan malam sempena tarikh perkahwinan kita', lalu aku akur. Makan malam kami ini tidak sampai pun RM60.00. Hanya seekor ikan biru atau disebut oleh mereka di situ sebagai ikan bayan/ikan bayam (aku tak pasti) yang dibakar (RM28.00), secucuk (5 ekor) udang bakar (RM10.00), sepiring kangkung goreng belacan (RM10.00), sepinggan nasi putih dikongsi berdua, semangkuk ABC dan segelas sirap yang semuanya berjumlah RM58.00.

Catatan ini hanya untuk menjadi kenangan, bukan untuk membuat orang lain marah kononnya tiada rasa simpati terhadap musibah yang sedang melanda. Lagipun, hidangan ini bukanlah hidangan mewah. Gambar pun tidak aku rakamkan semuanya...




Ikan biru atau ikan bayam/ikan bayan(?)
Ikan dan udang yang sudah dibakar
Sambal tambahan.  Ambillah sebanyak mana pun
kalau anda pencinta kepedasan.
Udang ini berharga RM25.00/100gram.
Pastinya kami hanya mampu tengok dan pegang.
Udang kara/lobster ini juga hanya mampu
ditengok dan diambil gambarnya...
Pakcik ini adalah pencinta ABC, ke mana pergi
pun dia akan memesan ABC...

12 ulasan:

  1. first time tengok ada ikan warna biru,, ape rasa dia agaknya ye,, lobster tu orang kata sedap tapi tak pernah makan,, anyway selamat ulang tahun perkahwinan kakcik..

    BalasPadam
  2. Slmt hari ulangthn perkahwinan buat kakcik dan suami.
    Cantiknya ikan biru tu,klu buat peliharaan dlm aqurium lg cantik...

    BalasPadam
  3. first time tengok ikan warna biru tu kakcik....

    BalasPadam
  4. Kalau saya pun teringin nak makan ikan biru tu

    BalasPadam
  5. Kakcik
    Ikanbiru tu namanya di Melaka pun Bayan.
    Kalau pak mertua memancing di selat melaka pun selalu dapat.
    Ikannya mmg sedap dan manis isinya.
    Warna biru hingga ketulang.

    BalasPadam
  6. Pak Cik JR pun sukakan ABC seperti Pakcik tu juga, hehehehe....

    BalasPadam
  7. selamat ulang tahun perkahwinan kakchik. masa KY kesana..tak nampak pulak ikan biru tu..

    BalasPadam
  8. Kampung Nelayan Seafood Restaurant pun tak sampai rm1 ratus. siap ada persembahan budaya lagi

    BalasPadam
  9. Happy Anniversary, Kakcik! Janji dapat makan, tak kiralah berapa pun wang yang keluar. Lagi sikit lagi bagus! Saya tak pernah tengok ikan biru tu tapi nama lain yang Kakcik sebut tu (bayam/bayan) memang pernah dengar!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com