Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 Disember 2014

Jalan-jalan, makan-makan...

Ini sarapan yang disediakan dalam penerbangan MAS KUL-KCH
Taklah 'telanjang' sangat nasi lemak sambal udang ini.  Cuma tiada
timun sahaja.  Tapi kena ingat, timun mungkin akan membuatkan
nasi ini cepat basi sekiranya dicampur sekali dan lambat dimakan.


Ini namanya buah terap @ tarap.  Kecil-kecil
isi dan bijinya, tapi sangat manis rasanya...

Siapa yang tak kenal buah ini kan?
Antara durian dan terap, durian juga yang habis
dulu dimakan...

Ini siapa yang sebenarnya suka berblog ni? ;-)

Pertama kali kujumpa kerepek ubi yang cantik
'berjalin' seperti ini.  Rasanya?  Rasa kerepek
ubilah.  Dihidangkan di rumah kenalan di Kuching.

Nasi udang lalapan di King Lalapan Batu 7,
Kuching.  Terbaik!

Nasi ayam lalapan juga di King Lalapan.  Agak
berbaloi makan di sini.  3 orang makan, dengan
minuman lagi - tak sampai pun RM50.00

Perkenalan singkatku dengan Cikgu Aliyah - wanita kecil molek dalam kisah penerbangan INI, berlarutan hingga kini.  Hari kedua aku di Kuching, Cikgu Aliyah membawa aku dan En Sepet 'berjalan-jalan' hampir sehari suntuk.  Aku terlupa meminta izin darinya untuk meletakkan gambarnya di sini, jadi lain kali sahajalah aku letakkan setelah aku meminta izin ya...

22/12/2014 - Makan masak tempoyak ikan patin
bersama suami di Seksyen 15, Shah Alam.
Patin sangkar itu berharga RM10.00 seketul.
Sedap dan paling penting tiada langsung bau hanyir.

26 ulasan:

  1. Org baik akan dipertemukan dgn org baik-baik juga kakcik.
    Tak rugi kan. Yg paling beruntung adiklah sementara cuti sekolah pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dia teringin sangat nak ikut. Bila kakcik mengadap komputer untuk 'tengok2' tiket penerbangan, pasti dia akan mengendeng. Kesian la pulak... Bangcik pula buat masa ini bekerja sambil belajar di kedai makan...

      Padam
  2. Buah tarap tu macam buah cempedak ke Kakcik. Boleh goreng macam cempedak goreng?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik tak pasti samada boleh digoreng atau tidak. Tapi rasanya, kalau disalut tepung, boleh sahaja digoreng, kan? :)

      Padam
  3. Mak..sedap nyer udang lalapan tu mak!

    BalasPadam
  4. hahahaha...stylo betul lah Abg Bob pakai baju blogger tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di bahagian belakang baju tu ada url blog kakcik tau... :)

      Padam
  5. nasik ayam dia nampak banyak la..kalau saya kompem tak habis(tipu)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik makan sampai habis walaupun mengah...hehehe

      Padam
  6. Balasan
    1. Kena pandai cari juga...tapi memang banyak kedai makanan best di sana... :)

      Padam
  7. Siapa tak kenal durian memanglah nak kena hempuk. Keh3x.

    Kak, nasi udang lalapan tu kenapalah tak tapau untuk saya sekali. Sedapnya meleleh air liur ni. Er, sedap ke kak? Over-over pulak saya mengomen! Bab nasi ayam lalapan tu, bila tengok ayam goreng je saya teringat bujang terhangat saya kat rumah. Kalau dapat kat Abang ni, memang licin pinggan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Kakcik makan sampai habislah kiranya...(habis sebab kakcik tak suka membazie....tapi, jujurnya memang sedap...hehehe)

      Padam
  8. Dah lama tak rasa buah tarap tu...selalu balik kampung tak kena musim buah.

    BalasPadam
  9. Nekcik asyiik jumpa :Lalapan jer bila mngoder makanan di jogja..tak tau apa mendenya..belom sempat mengoogle lagi!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lalapan tu samalah macam ayam penyet juga Nekcik... :)

      Padam
  10. bestnya jalan-jalan, makan-makan...

    buah terap tu ni first time sy dgr, cm cempedak ke rasanya kakcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain rasanya dari cempedak. Isinya kecil2 dan rasanya manis sangat...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com