Kawan-kawan kakcik

Khamis, 23 Oktober 2014

Penerbangan 5 jam dari Kuching ke Kuala Lumpur...


Asalnya kami suami isteri serta seorang rakan
telah menempah penerbangan balik ke Kuala
Lumpur melalui penerbangan pada jam 4.05 ptg.
Disebabkan kami sampai awal di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching, petugas MAS telah
menawarkan sekiranya kami ingin pulang
dengan penerbangan yang lebih awal. Memikirkan
tiada apa hendak dibuat berlama-lama di KIA,
kami bersetuju menukar waktu penerbangan.
Cuaca kelihatan mendung sewaktu kapalterbang
hendak berlepas...

Hanya ada sedikit cahaya...

Awan sangat tebal...

Meninggalkan daratan menuju ke awan...

...tapi tiba-tiba dapat dirasakan daratan itu makin jauh...

...berada di celahan awan semula

Sandwich telur ini akhirnya hanya dimakan 5 jam kemudian
setelah berada di dalam kereta menuju rumah...

Awan kelihatan sangat 'berat'...

Dalam hati sempat bercanda 'dekat saja Kuching
dengan Kuala Lumpur, hanya jarak muncung dan
ekor kapalterbang'...

Sangat kelabu di luar...

...akhirnya daratan sudah kelihatan...

eh...tapi kenapa kapalterbang ini tak turun lagi?
Nampak tak garisan hijau itu?  Pesawat ini
seperti sedang berlegar-legar...

Ya, ada cahaya.  InsyaAllah kita akan
mendarat sebentar lagi...

Nampaknya makin jauh pesawat ini berpusing...

Tanpa pengumuman, aku melihat satu garis lurus
menuju Utara.  Nampaknya pesawat ini akan ke
Pulau Pinang.  Hujan lebat di luar dan pesawat
beberapa kali bergegar melanggar awan.  Saat ini
semua penumpang dan anak kapal disuruh duduk
di tempat masing-masing.  Beberapa orang penumpang
termasuk aku sudah tidak tahan untuk ke bilik
air.  Atas risiko sendiri, kami tetap masuk
melepaskan hajat...

Pulau Pinang kian dihampiri, tapi masih juga
 belum dapat mendarat.  Allah sahaja yang tahu
betapa bergetarnya perasaanku dan begitu juga
rasanya dengan penumpang lain walaupun kami
cuba bersikap selamba.  Wanita muda di sebelahku
juga kelihatan sangat takut dan tidak selesa.
Aku cuba menenangkannya walaupun hatiku
kuat bergelora.  Sempat aku memikirkan nasib
yang menimpa pesawat MH370.
Tiba-tiba aku rasa, alangkah bagusnya pesawat
ini membawaku terus ke Tanah Suci...


Alhamdulillah.  Daratan sudah kelihatan.
Walaubagaimanapun, sebenarnya kami masih
belum dapat 'dibawa turun'...

Jarak ke destinasi itu sentiasa berubah-ubah.
Sekejap sudah dekat, sekejap lagi sudah
menjauh semula...

Alhamdulillah.  Akhirnya pendaratan berjaya
dilakukan.  Takut juga melihat deretan kereta
bomba dan ambulan yang menanti di landasan.
Kami diberi pelepasan untuk masuk ke terminal
untuk lebihkurang setengah jam sementara pesawat
diisi minyak...

Penerbangan semula ke Kuala Lumpur.  Alhamdulillah,
penerbangan berjalan dengan lancar...

Hanya gelap pekat yang kelihatan...



Gambar ini dirakam oleh suamiku.  Aku tahu
dia juga sedang menggelabah.  Walaubagaimanapun,
dia berusaha menyembunyikan 'kegelabahannya'
dengan berdiri, duduk dan berdiri kemudian
duduk lagi.  Dalam menggelabah itu, dia
merakam gambar ini...


Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah yang menyelamatkan perjalanan kami.  Walaupun sepatutnya penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur akan memakan masa hanya untuk 1 jam 45 minit atau 1 jam 30 minit, penerbangan selama 5 jam kali ini membuatkan aku merasa diberi nyawa untuk kali kedua.

Terima kasih kepada Kapten serta anak kapal pesawat MH2521 dari Kuching ke Kuala Lumpur pada 21/10/2014 jam 2.35 petang yang dapat mengawal pesawat/keadaan dengan cemerlang sekali...

50 ulasan:

  1. Alhmdulillah kakcik..seram sejuk dibuatnya.. 5jam seolah nyawa dihujung tanduk. Kenapa sebenarnya kakcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chot,

      hujan lebat, awan tebal...mungkin ada kesukaran untuk mendarat...

      Padam
  2. Assalamualaikum..

    Baca entri Kakcik diatas mmg satu pengalaman yg tak dapat dilupakan.
    Dengan rasa rendah diri saya mewakili Pesona Andalan Wisata-Indonesia ingin menawarkan kpd Kakcik satu lagi pengalaman percutian yg menarik ke Destinasi Pilihan di Indonesia.

    Kakcik boleh survey2 dulu kat sini http://inspiratourism.blogspot.com

    Sekadar Share..Terima kasih.

    p/s- Teruskan dengan entri2 menarik utk tatapan/perkongsian rakan2. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam.

      Terima kasih kerana sudi membaca. Nanti kakcik pergi ke link yang diberi itu, ya. :)

      Padam
  3. Membaca catatan ini shj saya sudah cemas. Tertanya2 juga kenapa penumpang tidak diberitahu masalahnya. Alhamdulillah semuanya selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya anggap ianya ada kaitan dengan cuaca. Bagaimanapun pesawat yang sepatutnya saya naiki pada jam 4.05 petang itu mendarat mengikut jadual di KLIA

      Padam
  4. Balasan
    1. Pengalaman yang bukan ditempah untuk melaluinya...tapi Allah mengkehendakinya jadi begitu...

      Padam
  5. Alhamdulillah........lamanya..mcm nk pergi ke China je tempoh waktu tu.
    Saya pernah alami 2x saat getir mcm ni semasa ke Sabah n Bandung...Hnya Allah saja yg tahu perasaan saat tu.......

    BalasPadam
  6. Setiap kali turun naik kapal, itulah perasaan zana, rasa nyawa terbang melayang..
    Alhamdulillah kakcik OK, selawat bnyk2 dlm perjalanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kakcik akan baca doa setiap kali menaiki kenderaan (jika tidak lupa), namun getar tetap ada walaupun pesawat terbang dengan lancar...

      Padam
  7. JR,

    Maaf kerana terpadam komen masa kakcik nak tekan butang balas. Allahuakbar! Kalau jadi macam peristiwa yang JR alami itu, mungkin kakcik pun boleh demam agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai terpadam? Agaknya Kakcik masih gementar kot terkenang pengalaman ngeri tu. Ketika peristiwa yg saya alami tu saya belum ada blog, kalau ada tentu saya juga akan bercerita tentang hati yang ketika itu cuma teringat isteri yang bakal menjadi balu dan anak-anak kecil yang kehilangan ayah. Memang ketika flight tu terlanggar sedikit pagar lapangan terbang untuk naik semula ke udara dan kemudian terhoyong hayang dan hampir melanggar menara kawalan ketika itu rasa peluang untuk hidup cuma 1%... tapi kun fayakun...bila Allah kata selamat, selamatlah kita Kakcik, alhamdulillah...

      Padam
  8. SAYA DAH FOLLOW BLOG INI.KALAU SUDI FOLLOW BALIK
    http://bicarabihah.blogspot.com/
    TERIMA KASIH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi ikuti blog ini, nanti kakcik pergi ke blog Bihah, ya... :)

      Padam
  9. kalau mck kat tempat kakcik.....hmmmm entah2 lebih lagi gelabahnya.....alhamdulillahh

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah selamat pulang dari percutian...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga akak kan. Syabas dan tahniah buat warga kerja MAS juga. Musim hujan memang gentar sedikit bila naik pesawat. Jika saya di tempat Kakcik pun akan takut juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      Allah memberi peringatan, tapi kadangkala kita tetap leka...

      Padam
  12. Alhamdulillah mendarat dengan selamat..
    Myra yg baca pun rasa meremang bulu roma.. apatah lagi kakcik dan penumpang2 lain kan? Tentu Memikirkan pelbagai kemungkinan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah Ya Allah...

      Dia Yang Maha Mengetahui...

      Dia juga yang menyelamatkan kami...

      Padam
  13. alhamdullilah....syukur segalanya dah selamat kakcik..
    cuma terfikir kenapa kapten kapal tak beritahu penumpang? mungkin kah nak elak penumpang panik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin untuk mengelakkan perasaan panik di kalangan penumpang. Tapi ada dua kali pengumuman yang lebihkurang berbunyi 'sekiranya terjadi kecemasan, tinggalkan semua barangan anda dan ingat ini adalah penerbangan MH2521'...

      Padam
  14. berdebar-debar saya baca entry kakcik. Alhamdulillah semuanyay selamat.
    Pernah dulu naik flight ketika ribut kuat, bergegar kapal sampai peramugari tu terduduk atas riba saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pernah sekali terkena 'air pocket' semasa dalam penerbangan balik dari Kota Kinabalu. Tapi kali ini debarannya memang sangat menakutkan...

      Padam
  15. huwaaa...... kalu saya, dah bejurai air mata!!! tatotttt

    saya penah rasa masa balik dari langkawi bersama keluarga tahun lepas mak. mmg tak terkata perasan takot... cuma kami belegar kat atas epot lcct je, dalam sejam gitu. tak tahu sebab ape.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulanya memang berlegar atas ruang KLIA untuk lebihkurang 25 - 30 minit.

      Sebaik mendarat di PIA, ramai yang bertepuk tangan dan tanpa sedar, mak menangis!...

      Padam
  16. Perna alami situasi yg sm..nak landing x dpt..mmg seram sejuk bdn...sbb tu sy x suka flu..huhu..klu trpksa ats arhn krja..pa bole buat...tawakal shj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nak buat, kerana bukan semua tempat kita boleh sampai tanpa menaiki kapalterbang, kan?...

      Padam
  17. Balasan
    1. Allah...

      tak tahu nak gambarkan macamana perasaan waktu itu...

      Padam
  18. alhamdullilah kak, selamat semuanya... mmg ngeri sesejak kejadian kapal terbang yg menimpa negara kita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketika menghampiri Pulau Pinang, kakcik sempat menghantar mesej kepada keluarga memberitahu keadaan kami. Anak yang sudah menanti di KLIA disuruh pulang dahulu. Rupa2nya mesej itu sampai - dan itu memang kakcik harapkan. Sekiranya terjadi apa2, mereka sudah tahu...

      Padam
  19. Oh? kapal terbang pon isi minyak jugak eh...?

    kalau tangki penoh berapa hengget...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok yang naik itu orang kaya ke orang miskin...hehehe

      Padam
  20. tiba2 rasa sebak baca ntry akak nih, camne lah nasib pesawat mh370 kan yg smpai skrg tak tau ntah kemana... ni baru diuji selama 5jam di udaha pun kita dh rasa gelabah n tak selesa... yelah kakcik, mmg sejam lebih je dr kl ke kuching kan... alhamdulillah semuanya selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Dana, sekurang-kurangnya nasib MH17 sudah begitu. Tetapi MH370 tetap tiada khabar berita...

      Padam
  21. alhamdulila kakcik selamat pergi dan pulang..sy paling takut kalo dlm flight bile ujan lebat da dan kilat dan guruh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkali-kali menaiki pesawat, memang gentar tak pernah hilang. Apa lagi bila pesawat bergegar melanggar awan...

      Padam
  22. Aina pernah sekali merasa kapal terbang berlegar2 tak dapat nak turun tetapi sebab naik AA tak adlah skrin macam kakcik dok tunjuk tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga ada skrin ni Aina, kita dapat tengok arah tujuan pesawat. Tapi ramai yang lebih suka menonton video atau mendengar muzik. Sebaliknya kakcik ni walaupun takut tetap nak tengok info penerbangan tu. Macam memandang ke luar juga, walau rasa berdebar dan ngeri, nak tengok juga ke luar tu...

      Padam
  23. Kalau cuaca mendung dan hujan lebat, memang prosedur biasa kapal terbang berlegar-legar di udara. Tapi pengalaman Kak Cik ni kira menakutkan sebab dari Kuching ke Kuala Lumpur mengambil masa 5 jam penerbangan. Al-hamdulillah, kapal terbang boleh mendarat isi minyak. Walaupun hanya penerbangan domestik, pihak MAS, Air Asia dan Malindo Air perlu mengambil peringatan berkenaan minyak yang diisi dalam tangki pesawat (tak boleh isi minyak setakat cukup untuk penerbangan biasa tanpa masalah cuaca) memandangkan cuaca di Malaysia sekarang yang bukan sahaja mendung, hujan lebat malah dalam sesetengah keadaan diiukuti berlaku puting beliung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah masih mengizinkan kakcik dan penumpang lain bernafas untuk lebih menghargai kehidupan ini...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com