Kawan-kawan kakcik

Khamis, 11 Disember 2014

Drama Melayu - pengajaran apa yang cuba disampaikan?...

...(sekadar contoh) ada dua drama - satu di stesyen TV berbayar, satu lagi di stesyen percuma ...

* Suami bekerja keras untuk menghadiahkan sebuah rumah impian isteri
sehingga mengabaikan keperluan batin isteri
* Isteri bermain cinta dengan kawan baik suami hingga TERlanjur dan
mengandung
* Isteri minta cerai di malam ulangtahun perkahwinan yang ke 5 kerana
hendak berkahwin dengan kekasih hati
* Dalam keadaan mengandung anak kekasihnya, si isteri nekad untuk
bernikah dengan kekasih sebaik habis edah
* Kisah lain - seorang gadis sanggup berpura-pura kononnya ada kerja
penting di luar negara untuk mengelak dari dijodohkan dengan
pemuda pilihan keluarga yang mencintainya
* Sigadis hampir dirogol oleh lelaki berlainan agama yang sangat
mencintainya sewaktu di luar negara

* Perkahwinan diaturkan keluarga (atas wasiat) kerana harta.
* Suami lelaki lembut (tapi punya perasaan juga)
* Isteri bercinta dengan lelaki lain atas 'restu' suami
* Isteri menipu bapa (tapi dalam pengetahuan suami)
pergi bercuti dengan kekasih hingga TERlanjur
* Ibu kekasih adalah mata duitan dan sanggup menyuruh
anak berpura-pura mencintai hanya untuk merebut harta
* Isteri cuba membunuh diri(?)
* Suami 'bersubahat' walaupun tahu isteri mengandung
anak orang lain atas dasar kononnya simpati


Seolah-olah tidak menjadi kesalahan wanita bersuami bercinta dengan lelaki lain.  Ada pengajaran?  Biasanya pengajaran hanya datang di hujung drama dalam slot hanya 10 minit.  Sebelum sampai kepada 'pengajaran', semuanya seolah-olah tidak salah untuk dilakukan... 

Sudah sangat baratkah drama Melayu?



15 ulasan:

  1. setiap cerita pasti ada pengajaran yang boleh di ambil kan

    BalasPadam
  2. Kakcik saya suka nengok kedua cerita ni, tapi saya rasa tak best tonton dengan anak2 esp sebab ada part yang tak sepatutnya ..Cuma dalam masa menonton tu saya akan selitkan cakap kenapa ni tak boleh buat...Dan saya akan cakap ni lakonan saja, kalau rasa susah nak terangkan saya tutup je tv..Terus terang pengaruh kepada perkara tak elok sekarang memang besarnya dari tv..Tapi saya sekadar tonton saja..Mana yang baik kita amik pengajaran tapi yang tak elok kita jangan ikut.

    BalasPadam
  3. Kalau saya cakap saya & Fiza mmg tak tonton drama Melayu, ada pihak yang kata kami mengada ngada / poyo / etc..Tapi itulah hakikat drama Melayu kakcik..jalan cerita yang sangat stereotype, memualkan...

    BalasPadam
  4. tu la...drama melayu nak tiru drama korea la ni..tengok drama korea dapat sambutan ,tu yang nak tiru jalan citer macam ni..padahal penonton tau beza la antara kafir dengan islam..aduhai..makin teruk drama2 melayu nih...

    BalasPadam
  5. mg tk blh nk tonton dgn ank2 bhy. imaginasi kanak2 lagi kuat mcm2 di berangan nya nnti

    BalasPadam
  6. sy pon suka kedua2 drama ni..tp ada part yg memang xblh di terima akal...ntah pape je...tp ape yg dilakonkan tu x mustahil memang benar2 berlaku di dunia realiti

    BalasPadam
  7. bukan sangat barat tapi ketandusan idea... maaf maaf yer... saya jarang tengok drama melayu disebabkan mereka seolah2 ketandusan idea untuk berdrama... P Ramlee pun pernah ke potong budget filem tapi still boleh buat filem yg menang peringkat antarabangsa...

    BalasPadam
  8. Jarang sgt tgk tv kak. X minat nak tgk drama drama ni. Baik tido cepat lagi best.

    BalasPadam
  9. Dah lama tak tengok drama Melayu, kak. Bukan sebab kebaratan tapi takda yang baru. Kalau cerita pasal kena kahwin tanpa rela, asyik-asyik itu ajelah jalan ceritanya. Penatlah nak mengikuti walaupun pelakon berbeza-beza. Jalan cerita sama aje. Dah ketandusan idea sangat ke? Bab-bab isteri buat onar ni, macam dah jadi perkara biasa dalam kehidupan di bandar. Endingnya kita boleh tahu, mesti berakhir dengan baik punya seperti mana kemahuan penonton. Kalau buat jalan cerita penonton tak suka, tak laku pulak nanti!

    BalasPadam
  10. drama skrg nih kadang ntah hapa2 kakcik, mesej pun takde... kalu kt astro dana suke layan `keluarga iskandar`

    bkn sbb cite psl org johor tp sbb nilai2 kekeluargaan yg di tunjukkan ngn segala mcm pengajaran... yg bt kite rasa syok nk tgk...
    sbb dia bnyak cite psl kekeluargaan bkn psl cinta cintun semata2...
    ada cerita drama yg bagus tp banyak jgk yg hampeh

    BalasPadam
  11. Ya ampuun Kakcik..rumah kami ni hanya ada drama korea...kbsw391..semua drama keluarga yang amat menghormati warga tua...nak kawen pun kna mintak izin datok!!

    BalasPadam
  12. tak perna tgk langsung cerita satu hari...dan suami ku en sotong 2 episod je tgk.huhuhuhu

    BalasPadam
  13. memang dah lama tak tengok drama melayu..jln cerita ntah apaapa.mcm dah takde idea.
    suka tengok drama korea sarat dengan cara hidup kekeluargaan..

    BalasPadam
  14. Moga kita bijak memilih dan manilai..

    BalasPadam
  15. malaysia amalkan sunnah wal jamaah VERSI yahudi sejak merdeka daripada UK :-(

    jika tak, lambat lak kiamatnya... tapi end of the world masih tak kunjung tiba gak :P

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com