Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Disember 2014

Bercucuk tanam - yang perlu ialah kerajinan...

Tak perlu tanah luas berhektar (kecualilah nak buat sawah padi atau nak tanam pokok durian, rambutan dan sebagainya... itu pun kalau setakat sepokok dua, di kawasan lapang depan rumah pun boleh tanam.  Pokok durian baka rendang, boleh kot...)

Kalau setakat nak tanam pokok sayur untuk makan sendiri, ruang sekaki dua mungkin sudah lebih dari mencukupi kalau pandai memanfaatkannya dan yang penting kerajinan kena ada...

Tengoklah pokok betik ini - betapa banyak buahnya.
Tapi, akar pokok betik ini 'kuat' tau,  Ia boleh
memecahkan lantai simen di hadapan rumah.

Dalam ruangan lebihkurang semeter panjang dan setengah
meter lebar, kita mungkin dapat hasil lebih dari yang kita jangka...

...yang penting, rajin dan usaha...

...dengan pakaian pejabat pun boleh bercucuk tanam begini...

...baja apa agaknya dia orang guna?

...dari gantung bunga, baik gantung pokok cili... :)

...tapi kena awasi makhluk perosak ini!

12 ulasan:

  1. geram je akak tengok buah betik tu kak cik..banyak betul..

    BalasPadam
  2. lagi satu penting nyer " bertgn sejuk" nak bercucuk tanam ni..hehehe...

    BalasPadam
  3. Salam Kak cik..geram tgk pokok betik tu..bkn main lebat buahnya!!

    BalasPadam
  4. saya setuju dengan kakcik....jiran saya berbangsa cina memanafaatkan tanah sekangkang kera di kwsan taman perumahan...macam2 sayur yg ditanamnya..subur2 pulak tu....

    BalasPadam
  5. betul tu kakcik.. yg penting ada kerajinan kan :)

    BalasPadam
  6. wah bestnya kak cik nur

    tapi serangan serangga ni yang buat jadi malas

    BalasPadam
  7. Kakcik kan dah nampak ruang tanah rumah kakak macam mana. Kat situlah semuanya berasak-asak. Kakak org kampung memang suka bercucuk tanam.

    Geram tengok buah melon yg abang Mus pegang tu...

    BalasPadam
  8. itu pokok betik kakcik ke tuh? bukan main lebat buahnyer... boleh bg kt org setaman tuh sbb lebat sgt...
    itulah kak, kalu dh minat tanah sekangkang kera pun booleh tanam mcm2 kan, sbb tu lah kalu balik kg, puas dok pusing2 tgk pokok itu ini depan umah

    BalasPadam
  9. Kerajinan...betul dan tepat kata-kata Kakcik. Saya kurang kerajinan untuk bercucuk tanam sebab tu banyak ruang kosong di depan rumah, hehehehe..

    BalasPadam
  10. rumah saya atas awan tapi saya teringin nak tanam pokok cili dalam pasu, boleh kot ek kak :)

    BalasPadam
  11. Tangan saya tak hijau, kak. Tanam apa pun confirm layu. Tapi ada hati lagi nak berbudi pada tanah. Cubalah tanam pokok cili. Alahai, cute mute cili saya, kak. Nak makan pun tak sampai hati :)

    Bestnya tengok pokok betik berbuah banyak gitu. Hari-hari boleh makan betik kalau begini.

    BalasPadam
  12. Betul tu Kakcik, berbudi pada tanah memang tak rugi sikit pun. Bagi saya bercucuk
    tanam ni satu terapi,bila dah berbuah biasanya tak habis makan dan sedekah pada jiran-jiran jer. Dan baja yang paling best sebenarnya adalah baja air ikan hehehe.
    Pokok akan tumbuh subur, berbuah dan berbunga lebat.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.