Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 7 November 2014

Tergamak mereka 'melelong' ibu tua itu...

 ...kalau iya pun, tak bolehkah tunggu pada hari lain?  Kenapa begitu tergesa-gesa?  Jenazah suami kepada ibu tua itu baru sahaja selamat disemadikan.  Anak-anak (dengan disertai anak-anak saudara juga) sudah mula bertelagah untuk menentukan di rumah siapa ibu itu harus tinggal.  Kononnya semua orang kena ambil giliran.  Ibu itu sudah tinggal di rumah si polan si polan.  Sekarang giliran si polan pula untuk mengambil ibu mereka.

Si ibu hanya duduk diam -  seolah-olah berada dalam dunianya yang tersendiri.  Yang tidak tahu apa-apa.  Di usianya yang sudah melebihi 80 tahun, dia mungkin dianggap nyanyuk dan pelupa. Tapi ada sesiapa yang cuba menyelami hati dan perasaannya? Mana tahu, dia mungkin sahaja berlakon begitu. Dia sudah terlalu lelah, penat dan 'tak kuasa'.  Terpulanglah kalian hendak buat apa kerana 'aku sudah tidak berdaya'.

Belum beberapa jam, semua anak-anak sibuk berkemas untuk kembali ke destinasi masing-masing - atas alasan-alasan yang kononnya tidak boleh ditangguhkan.  Ibu itu juga harus dibawa keluar segera. Tiada sesiapakah ingin tinggal untuk sehari dua. Membaca surah-surah lazim (walau mungkin dikata perbuatan BID'AH (klik pautan) setidak-tidaknya menggambarkan kesedihan kehilangan orang yang tersayang.

Dalam menghadapi kehilangan juga, masih ada yang cuba mengambil kesempatan menyindir saudara-mara yang datang. Mengambil kesempatan menunjuk 'kejayaan' - hanya kerana anaknya seorang doktor - berkahwin pula dengan anak professor. Tolonglah!  bila sudah dibaluti kain kapan, apa pun gelaran tidak akan mengaburi 'mata' Munkar Nakir.

Hingga saat ini, sebenarnya hati ini sangat terkilan.  Mungkin aku tidak memahami cerita dari awal kerana aku menonton di pertengahan cerita.  Tapi aku tetap tidak berpuas hati.  Tidak ada masa lainkah untuk bercerita?  Kenapa harus membuka cerita di hadapan ibu tua itu?  Sudah tiada nilaikah dia di mata kalian? Sepandai mana pun kalian, tanpa ibu tua itu kalian tidak akan mengenal hatta huruf A sekali pun (walaupun andainya ibu itu buta huruf!)

Cerita lain :

Alhamdulillah.  Muhammad Qaid Darwish sudah pun keluar dari hospital.  Terima kasih atas doa kawan-kawan semua. Walaubagaimanapun, doktor menasihatkan agar Qaid dijauhkan dari kesesakan orang ramai buat sementara waktu.  Minggu depan, Qaid perlu bertemu dengan doktor semula...

Usianya sudah 6 bulan.  Sudah mula diberi makan bubur
nasi+ikan bilis yang dikisar dan ditapis.  Sebelum ini
Qaid hanya minum susu ibu dengan sepenuhnya.

46 ulasan:

  1. Kesiannya ibu tua itu Kakcik. Dah uzur ni pun masih ada anak-anak yg kononnya 'bijakpandai' masih tak tahu nilai dan hati seorang ibu.

    ps: alhamdulillah... selalu-selalulah kakcik buat N3 Qaid ni. comel sangat:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an anak-anak kita tidak akan memperlakukan kita begitu...

      InsyaAllah, nanti kakcik masukkan lagi gambar2 Qaid. :)

      Padam
  2. semoga dipermudahkan urusan ibu tua itu...

    BalasPadam
  3. salam kakchik, sedih bila baca entry ini sebab kita pun ada ibu yang dah tua dan bila diberi rezeki kita jugak akan melaluinya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik dah takde ibubapa. Bapa kakcii meninggal di rumah kakcik. Alhamdulillah, walaupun kakcik dan adik2 tidak dapat memberi yang terbaik, tapi kami berkesempatan menjaga mereka mengikut kemampuan kami...

      Padam
  4. entahlah kakcik..hati ni cepat benar tersentuh bila baca cerita tentang anak2 kecil..tentang warga tua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya yang berhati batu sahaja yang tak rasa apa2... :(

      Padam
  5. kakcik... teringat cerita kt astro yg tajuknye,, KAMPUNG JAWA,,,, lbh kurang mcmtu lah cite nyer cume ada sorang anak bongsu yg blum abis belajar yg bermati2an nk jaga mak nyer... sedangkan semua adik beradik lain sbk nk jual tanah rumah yg mak itu ddk....

    moga kite dijauhkan dr jd gitu yek kakcik...

    alhamdulillah moga makin sihat cucu kakcik tu yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an Dana, kita dan anak2 kita bukan dari golongan yang cepat lupa asal-usul...

      Padam
  6. nak nangis pulak rasa..sedih nya buat macam tu..kenapa la dengan anak2 ni??itu kan mak diaorang ..tak kan diaorang tak boleh paham dan tak cuba untuk paham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diana, biasanya 'apa yang diberi, akan kita dapat kembali'...Sejarah mungkin berulang berkali-kali...

      Padam
  7. Alhamdulillah Qaid dah makin sihat.

    Sebenarnya kita tak perlu gaduh soal giliran. Kalau yg lain takmo, biar kita je yg jaga selamanya. Mak kita pun dah jaga kita sekian lama. Ni giliran kita. Pahala pun besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami kakcik ada juga kata nak ambil ibu tua itu kalau anak2nya sendiri berbalah untuk menjaganya...

      Kakcik ikut je...

      Padam
  8. Cubalah letakkan kita di tempat ibu tua tu. Apa agaknya rasa dalam hati? Kesian melihatnya tapi memang benarlah ibu boleh jaga sepuluh anak tapi sepuluh anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. Mak saya kata tiada maknanya beliau gembira kerana ada ramai anak kerana bila tiba hari tua, tetap akan sendirian juga. Sedih bila memikirkan nasib menjadi orang tua nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ini mereka rasa terbeban, satu hari nanti anak2 mereka pula merasakan mereka itu hanyalah bebanan...

      Padam
  9. Kasihannya. Pengajaran buat kita semua. Didiklah anak-anak sebaiknya dengan didikan agama dan yang penting sekali. Doa kepada Allah SWT.

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Memang menyedihkan. Terbayang nasib diri sendiri yang entah bagaimana nanti...

      Padam
  11. Bila bapa mentua saya meninggal, tak ada orang nak jaga mak mentua kerana semuanya berkerja, lalu saya syorkan pada isteri biarlah kami yang menjaga mak mentua. Lagi pun mak saya dah meninggal, banyak perkara yang ingin saya lakukan terhadap mak mentua yang tak sempat saya lakukan kepada aruah mak dulu. Sekarang saya puas hati, bangun awal pagi sediakan sarapan untuknya, mencuri waktu untuk memasak sendiri makanan kegemarannya, sediakan ubat untuknya, menguruskan dia di bilik air bila isteri tak ada di rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya adalah satu kepuasan (walaupun kadangkala mengeluh juga) dapat berbakti kepada orang tua apatah lagi melihat wajah mereka yang nampak suka dengan khidmta kita... (kakcik sudah mengalaminya)

      Padam
  12. Aduhai...moga jauhkanlah situasi yg mcm tu. Sedihnya....

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..si comel sudah boleh pulang...

    BalasPadam
  14. kata orang, drama TV hari ini dibikin kerana realiti hidup kita sekarang. jika benarlah ia berlaku secara hakikatnya, sungguh kesian pada ibu tua itu yang malang. takpe kak, Allah itu maha Adil. orang yg menganiaya mak dia sendiri memang dapat COD terus dari Allah. tak tahulah hati jenis apa diorang ni.

    alhamdulillah dah discharge Muhammad Qaid Darwish. inshaAllah tak lama lagi akan sembuh sepenuhnya.. aaminn.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan drama tv sekarang memang terjadi di alam realiti... :(

      Terima kasih doa untuk Muhammad Qaid darwish. :)

      Padam
  15. semoga kita dijauhkan dari sifat2 yang begitu ye kak..

    BalasPadam
  16. Sedihnya.
    Qaid comel sangat. Suruhla mak dia test masuk mothercaremalaysia contest. Tutup 15nov ni. Follow ig diorang pastu tag.. #mothercareMYrep

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Anis...Allah kurniakan Qaid yang comel dan sempurna sifatnya kepada keluarga kami...

      Padam
  17. salams kak,
    alhamdullah qaid dah kembali sihat:)

    terkesan dengan cerita akak :(

    BalasPadam
  18. Gitulah nasib seorang ibu tua KC....bagaimana pengakhiran kita nanti agaknya ye KC....huhu...Si kecik tu sakit yer KC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik berdoa agar di hujung usia, kakcik tidak akan menyusahkan anak-anak hingga menyebabkan mereka menempah dosa...

      Padam
  19. itulah Kakcik sedihnya muga muga anak anak kita mnjadi anak yang soleh dan solehah...biarlah tak berpangkat asalkan sayang pada kita hingga alhir hayat..amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Tinggi pangkat tanpa akhlak mulia; apalah ertinya...

      Padam
  20. Sikap anak yg bagai kacang lupakan kulit dan si tanggang mmg ada dimana2.
    Semuga anak2 kita tidak menjadi seperti itu. Doa dari kedua ibubapa pentinh utk kejayaan seseorg anak. Bukan atas hasil usaha sendiri.

    BalasPadam
  21. Asalam ..apa khabar kakcik, baru perasan pada gambar tu ada kakcik ke blog Etuka..tempoh hari. Etuza buat tamplate baru..rombak begitu saja tak buat catatan pun..konon nak balik semua blog bloglist..banyak yang etuza tak ingat ha ni baru klik dari Blog Ben..terkesan dengan cerita ibu tua...sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Alhamdulillah. Kakcik sihat. Bila ada kelapangan, kakcik akan jengah ke blog yang tuannya sudi singgah ke sini. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com