Kawan-kawan kakcik

Isnin, 24 November 2014

Sampai bila hendak mengharapkan orang lain basuh berak kita?...

...kita buang sampah ikut suka, ada tong sampah kita tak mahu guna.  Bungkus dalam plastik hendak tak hendak sahaja.  Rumah jiran turut bersepah angkara kita pun kita boleh butakan mata.  

Alasan kita - kontraktor pembersihan bukankah ada?  Buat apa bayar gaji kalau mereka tak buat kerja?

Yang kita buat-buat lupa -  kontraktor itu bukan datang saban hari. Mungkin datang seminggu tiga kali.  Sedangkan kita membuang sampah setiap hari.  Belum sempat kontraktor datang, anjing dan kucing sudah mari.  Sampah diseretnya ke sana ke sini.  Kita memandang tak terasa pun di hati.

Bagaimanakah agaknya keadaan dalam rumah kita?  Adakah keadaannya serupa juga?.  Kita berak dan kita biarkan sahaja. Nanti orang kemudian datang tahulah dia pam bila hendak guna. Begitukah sikap kita?  Atau sebenarnya rumah kita bersih berkilau hingga menciutkan keadaannya? Kalau kita hendak rumah kita bersih, biarlah keadaan persekitaran di luar pun bersih sama. Jangan bersepah gara-gara sikap lepas tangan kita.

Kalau Islam agama kita, ingatlah bahawa kebersihan itu juga sebahagian dari iman.  Allah dan RasulNya suka kepada kebersihan.  Maka sempurnakah iman kita (walaupun kita bertudung labuh atau berjubah serta tak tinggal solat dan puasa) bila bab kebersihan kita pandang sebelah mata?

Janganlah begitu.  Sikap kita menjadi perhatian dan mungkin ikutan anak cucu kita.  Jangan biarkan mereka mewarisi sikap yang tidak elok itu...


Sewaktu menghadap komputerku, aku melihat Apek itu
mengayuh basikalnya perlahan-perlahan.  Kemudian
dia hilang dari pandangan.  Sekali lagi aku mengangkat
kepala, aku melihat dia datang kembali.  Dengan penuh
usaha aku melihat dia mengangkat sebiji pasu bunga
(mungkin milik jiranku yang tidak diperlukan lagi)...

...dimasukkannya pasu itu ke dalam beg plastik.
Kemudian diletakkan di atas basikal dan diikat
berhati-hati menggunakan tali rafia hingga dia
berpuas hati.  Iya, ada barang yang kita buang
masih berguna kepada orang.  Tapi kalau yang
kita buang itu adalah sisa busuk dan hanyir, atau
memang sesuatu yang langsung tidak boleh
digunakan, buanglah dengan cara yang betul...

11 ulasan:

  1. Dulu masa ada anjing di kawasan taman yus ini, walau dah di ikat kemas pun sampah, anjing tu masih boleh sepahkan, Memang geram kakcik, apa lagi kalau orang yang tak tahu buang sampah dengan elok ni, lagilah buat kita hangin kan,

    Sayu pula baca kisah apek ambil pasu tu kakcik...:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bersungguh2 Apek tu mempastikan pasu itu terikat kemas di pelantar basikalnya, Yus. Kakcik perhatikan dia sehingga dia mengayuh basikalnya semula...

      Padam
  2. tu le kak cik.. kekadang kita dah ikat kemas.. binatang suka selongkar....

    BalasPadam
  3. tu la pelik nya..dia nak bersih dalam rumah dia je..luar rumah tak jaga..memang pengotor la ..

    BalasPadam
  4. tak dinafikan mmg ramai dalam masyarakat kita berperangai mcm tu kakcik...hak2 berjiran langsung tak dipedulikan..asal area rumahnya ok...rumah jiran dia dah tak peduli..

    BalasPadam
  5. dh tua tp nk jugak usaha takmo nyusahkan org, kadang malu dana tgk org melayu sihat ckup sifat tp meminta2...

    yelah kakcik, sbbtu sampah kt umah tu kalu ada perut2 ikan ke ada kulit2 ayam dana bungkus 2-3 plastik... kalu mcm kain baju yg elok2 dana ltk tepi tong...asingkan

    BalasPadam
  6. betul tu akak..
    kita kena bijak n hormati jugak org sekeliling..
    jjgn membuang sesuatu tu sehingga menganggu keharmonian sekitar tu..
    lya join fb deco2, pasu bunga y pecah tu still blh digunaka pakai malah cantik sgt..

    BalasPadam
  7. Masa JR tinggal di kawasan perumahan lama dulu ada seorang apek yang suka ronda kawasan perumahan kami. Dia akan masukkan kembali botol, kayu atau sampah yang tercicir di luar bakul sampah. Satu hari saya tanya dia, mengapa dia buat begitu? Jawapnnya mudah: kerana orang lain tak nak buat begitu, masyarakat kita terlalu sibuk sampai sampah berselerak depan rumah pun tak peduli. Jadi biarlah dia buat sesuatu yang orang lain tak suka buat...

    BalasPadam
  8. Teguran berhemah ni. Tapi memang betul apa yang KNS tuliskan.
    Kadang-kadang sesetengah dari kita memang hilang dan tiada kesedaran sivik.
    Moga kita semua berubah dan mulakan dari sekarang.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah baris rumah sy takde masalah sampah berterabur dek sikap penduduk. Cuma pekerja suka kumpul setempat sebelum lori dtg kutip. Kemudian mereka yg selongkar sbb nak kutip barang yang boleh dikitar semula. Kesannya, sampah2 byk yg tercicir. huhu..

    BalasPadam
  10. Bab kebersihan di Malaysia ni kak saya memang amat malu dengan Hubbydearie. Buat pengetahuan akak, orang-orang Uzbek ni sangat bersih. Bila Mami dan Dada(makpak mentua saya) datang ke Malaysia, mereka berkerut kening melihatkan suasana di tempat kita, terutama gerai-gerai tempat makan sampai bertanya kepada anak mereka - Ada orang makan di sini ke?

    Mereka tu orang kampung je. Duduk pun di kampung di Tashkent sana tapi bila ke sini, mereka pelik sangat melihat tahap kebersihan negara kita ni yang katanya jauh lagi maju daripada negara mereka. Dua, tiga kali ke mari, Mami saya dah pandai kata - Aha, saya dah biasa dengan tempat di Kuala Lumpur ni. Sampah sudah tak menyakitkan mata saya lagi!

    Huhuhu.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com