Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 November 2014

Rasa macam kain buruk dah...

Penat sangat rasanya badan ini.

Semalam dapat khabar tentang satu-satunya bapa saudara yang aku masih ada telah kembali ke rahmatullah.  Khabar diterima hampir jam 10.00 pagi sedangkan beliau meninggal lebihkurang jam 5.00 pagi.  Berpakat dengan suami dan adik-adik, akhirnya kami berlima bergerak dengan menaiki kereta En Suami ke Sungai Siput, Perak. Tiba hampir jam 2.00 petang saat jenazah sudah pun selamat disemadikan.  

Bertemu seketika dengan waris yang masih ada dan kemudian kami terus ke Kuala Kangsar menziarahi pusara bonda serta singgah sebentar di rumah sepupu.

Perjalanan balik ke Kuala Lumpur diiringi hujan lebat di hampir sepanjang perjalanan.  Tiba di rumah (selepas menghantar adik-adik ke destinasi mereka) lebihkurang jam 9.00 malam.

Kemudian aku dan BS mengikut Along ke rumahnya di Seri Kembangan untuk mengambil barang-barang (pakaian dan sebagainya) untuk di hantar ke Hospital Ampang di mana cucuku Muhammad Qaid Darwish dan ibunya 'menginap'.  Balik semula ke rumah waktu jam telah melewati angka 12.00 tengahmalam.

Kepada yang sudi membaca catatan ini, tolong doakan agar kesihatan Muhammad Qaid Darwish berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang penyakit yang membimbangkan hinggap di tubuh kecil yang comel itu, ya.  Terima kasih atas doa kalian...

Muhammad Qaid Darwish demam, selsema dan batuk dah
hampir seminggu.  Doktor kata kandungan darah merahnya
agak rendah.  Kawan-kawan nenek, tolong doakan Qaid sihat
semula dan dapat balik ke rumah segera, ya...

28 ulasan:

  1. takziah ye kakcik, juga alfatihah utk arwah pakcik kakcik, moga rohnya dicucuri rahmat.... mmg pnt betul lah kakcik dr pagi sampai ke tgh mlm...

    utk cucu kakcik Qaid, moga cpt sihat ye syg.... sian dia kecik2 dh kene cucuk sana sini

    BalasPadam
  2. Moga roh yg pergi dicucuri rahmat Allah.
    Buat cucunda Muhmmad Qaid nenek di JB ni doakan juga moga Qaid segera sembuh.

    ps: Kalau tengok comel & mata cantik macam sihat cucu Kakcik tu. Kesiannya..

    BalasPadam
  3. salam takziah sis
    utk cucu kakcik anum iringi doa ya

    BalasPadam
  4. Innalillah...Salam takziah Kakcik...semoga baby cepat sembuh dan ibunya tabah menghadapi segala ujian drNya..

    BalasPadam
  5. salam takziah...

    semoga cucu kakcik yang sangat comel ni dilindungi dr sebarang penyakit....aminn

    BalasPadam
  6. semoga Qaid Darwish cepat sembuh.. kesian tengok anak kecik sakit..

    BalasPadam
  7. Takziah kak!

    Comelnya Qaid, moga cepat sembuh ya.

    BalasPadam
  8. Budak comel ni, sy dah tatap puas dlm fb. Hehehehe! Inshaa Allah, moga kembali sihat dan jdk tmbh cerdik ya syg?

    BalasPadam
  9. salam takziah kak chik.... darwish semoga cepat sembuh ...

    BalasPadam
  10. Takziah ye kak.. mmm baby masih menyusu badan tak? kalau baby dah boleh makan.. boleh bagi baby makan kurma lenyek dengan nasi.. atau kalau baby menyusu badan, ibu sila lah makan kurma banyak.. kurma dapat bantu naikkan Hb. Moga2 makanan sunnah ini dapat membantu kerana ia dapat membantu saya yang sememangnya anemic ini untuk bertahan.. alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Alah ciannya. Moga cepat sembuh ye darwish

    BalasPadam
  12. alfatihah dan salam takziah kakcik.. untuk adik muhamad Qaid Darwish, ya allah ya tuhanku sembuhkanlah penyakit anak ini ,

    BalasPadam
  13. Comel sungguh adik darwish ni...semoga tiada apa2, insyaAllah

    BalasPadam
  14. Salam takziah..semoga Muhamad Qaid Darwish akan sihat dan sembuh dari penyakitnya.

    BalasPadam
  15. salams kak,
    takziah utk akak dan famili.
    didoakan juga utk muhamad qaid semoga cepat sihat, cepat sembuh alfatihah buatnya....amin amin......

    BalasPadam
  16. semoga kakcik tanah dan reda dgn pemergian arwah bapa sedara...
    utk adik comel...semoga cepat sembuh...semoga tiada penyakit yg menghingapi diri...

    BalasPadam
  17. assalamualaikum kakcik...kesian nyer die semoga cepat sembuh yer sayang...

    BalasPadam
  18. Terima kasih kawan2 semua atas ucapan takziah dan yang paling penting atas doa yang diberikan untuk Muhammad Qaid Darwish. Kami sekeluarga amat menghargainya.

    BalasPadam
  19. Salam takziah kak...semoga si comel akan cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah..

    BalasPadam
  20. Semuga cucu kakcik segera sembuh.
    Semuga dapat rawatan yg terbaik.

    BalasPadam
  21. Cucu kakcik ni/??awat omey angat ??hehhe...Cepat sihat ye Omey..Nenak dah rindu nak main2 dengan Darwish tu..

    senoga tak de apa2 yang serius ye kakcik..harap2 cepat la sembuhnya.

    BalasPadam
  22. Takziah. Comelnya cucu. Sebaya Aqlan ni. Semoga cepat sembuh ya.

    BalasPadam
  23. inalilahiwainailaihirajiuun. ..atas pemergiaan bapa saudara tercinta
    insyaallah semuga cucunda Qaid segera sembuh dan ceria segera..aamiin

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum

    Moga cepat sembuh ... Tabahlah. Insya allah sembuh.

    BalasPadam
  25. semoga kakcik dan ibunya Muhammad Qaid Darwish sabar menghadapi ujian ini.
    saya doakan Muhammad Qaid Darwish sembuh dan baik2 saja ye..
    inshaAllah :')

    BalasPadam
  26. Alfatihah buat bapa saudara Kakcik. Semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    Alahai, comelnya cucu Kakcik ni. Kesian kalau tengok budak-budak kecil macam ni kena tinggal di ward. Semoga cepat sembuh hendaknya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com