Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 November 2014

Karnival Kesedaran Kanser Paru-Paru (Bhg. Akhir)...

Untuk lebih mengenali pertubuhan Empowered Malaysia apakata kita klik pautan ini :  Facebook Empowered Malaysia dan Laman Web Empowered Malaysia...

Empowered Malaysia - pertubuhan tanpa keuntungan ini telah diasaskan pada tahun 2009 oleh Dr.  Christina Ng. Tujuan pertubuhan ini diujudkan adalah untuk kesedaran tentang betapa bahayanya penyakit kanser dan bagaimana cara untuk menghindarinya. 

Dr. Christina Ng

Menurut statistik yang diberi, 50% daripada kematian yang melibatkan kanser adalah datangnya dari pesakit barah (kanser) paru-paru.  Manakala 10% dari jumlah pesakit barah paru-paru bukanlah dari kalangan perokok sebaliknya mereka yang terdedah kepada asap rokok.  Barah paru-paru menduduki tempat ketiga sebagai pembunuh senyap di kalangan pesakit barah di Malaysia. Dikhabarkan juga bahawa 12% daripada jumlah kematian di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit barah.

Pendidikan bermula dari rumah :

Anak-anak hendaklah dididik tentang bahaya merokok dan kesannya kepada kesihatan.  Walaubagaimanapun, bagaiman hendak mendidik seorang anak kecil tentang bahaya merokok bilamana orang yang terdekat dengannya (bapa, abang atau datuk) adalah seorang perokok?

Perokok tegar pastinya sukar untuk membuang tabiat merokok mereka dengan serta-merta.  Karnival ini mengajak para perokok agar CUBA dulu untuk 'manjauhi' rokok bagi tempoh sekurang-kurangny seminggu.  Kemudian, perlahan-lahan teruskan keinginan dan keazaman untuk membuang terus rasa ketagihan kepada rokok.

Harga rokok kian mahal, tapi para perokok tidak pernah peduli. Kalau rokok 'sah' mahal, mereka masih boleh mendapatkan rokok seludup (hal yang disebut oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak).  Bayangkan dengan penduduk yang dianggarkan berjumlah 5,200 orang di kawasan perumahan ini, siapakah yang akan mempastikan bahawa semua orang akan bebas dari rokok?


Naib Presiden MAKPEM :
Datin Paduka Khatijah Sulieman.
Beliau menyatakan bahawa MAKPEM sentiasa
bersedia untuk turun padang mendekati masyarakat
tanpa mengira latar belakang untuk membangkitkan
kesedaran tentang bahaya kanser dan lain-lain penyakit.
Dengan slogan  NO TO SMOKE, YES TO LIFE, Empowered Malaysia sangat berharap dengan karnival yang diadakan secara percuma ini, masyarakat akan lebih menghargai kesihatan mereka dan orang-orang sekeliling yang mereka sayangi.

5 ulasan:

  1. kalau cakap pada perokok tegar, tak ubah macam menjirus air ke daun keladi.

    BalasPadam
  2. Dahlah bahaya, haram lagi tapi still sedap juga nak menyedut. Kalau dah ketagih, tak boleh nak buat apa pun, kak. Teringat pulak kat arwah abah, sanggup mengesep gula-gula atau makan jeruk mangga demi nak buang tabiat merokok. Berjaya juga akhirnya arwah abah saya...

    BalasPadam
  3. bgs kan kakcik.... tp msh kurang kesedaran lg... thn ni harga rokok naik kan, naik banyak tp takde sapa2 pun yg bising2 psl kenaikan rokok tu... msh ramai je yg beli rokok tanpa rasa terbeban... huhuhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.