Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 November 2014

Berkali-kali sehari kusemak akaun bankku...

...walaupun sebenarnya aku tahu
jumlahnya tetap begitu
hanya tinggal jumlah minima
itu pun kalau boleh hendak dikeluarkan juga

berkali-kali aku melihat
masuknya sekali keluarnya tidak tersekat
kalaulah boleh melebihi had
pasti aku menjadi 'jahat'

apa hendak dikata
segala bil perlu dibayar juga
segala kemudahan bukannya percuma
'ukur baju di badan sendiri' kata mereka
yang tinggal hanya kain perca
hendak dibuat baju pun tak kena gaya

hujung tahun begini
berbelanja kena lebih berhati-hati
keperluan naik sekolah belum dibeli
pelbagai cukai juga menanti

inilah nasibku rakyat marhaen
kos hidup di bandar bukan main-main
walaupun tak bergaya seperti orang lain
keperluan yang sedikit pun membuatkanku pening...

19 ulasan:

  1. betul tu kak cik... ukur baju di badan sendiri... lbh2 lg bla dok kt bndr bsr cm kl ni

    BalasPadam
  2. kakcik..apa yg ditulis tu sama terkena dengan sura..sama la kita ni..anak2 membesar..hidup di bandar ni..walau 2 bekerja pon tak tentu cukup..memang fenin..nafsu membeli nak kena sekat..berpada-pada..:)

    BalasPadam
  3. salams kak,

    dok kampung best dan tenang kan kak.....hidup lebih santai berbanding disini...mcm lipas kudung spjg masa.....

    BalasPadam
  4. Saya pun kadang2 kene kawal nafsu membeli belah..kalau ikut hati sampai kosong dlm simpanan diguna buat belanja..
    Hujung tahun mmg kene keluar lebih sikit..untuk persiapan ank2 sek.

    BalasPadam
  5. anak2 nak sekolah lagi banyak belanja awal tahun nanti..bersedia je la..

    BalasPadam
  6. tadi IM terdengar lagu 'kalau aku kaya' kat radio. IM terfikir, kia jeles melihatkan taukeh besar boleh beli kereta besar, rumah besar dan berbelanja ikut suka, kemudian IM fikir pula, orang gelandangan tentu juga jeles tengok kita ada rumah, ada kereta dan masih boleh pi kfc atau chicken rice shop untuk makan...

    BalasPadam
  7. Sedih tengok baki duit dalam bank mak. Anak² nak sekolah lagi. Banyak nak pakai duit nih..

    BalasPadam
  8. sekarang memang sangat terasa bahang kenanikan kos hidup..

    BalasPadam
  9. Saya tak tgk buku bank kakcik..Saya tgk akaun online...Tapi skrip nya sama macam kakcik jugak..huhuhuh

    BalasPadam
  10. Hidup di bandar dan di kampung sama saja sekarang ni, kenaikan pendapatan tak selari dengan kenaikan inflasi dan kos sara hidup yang naik mencanak. Di bandar dan di kampung harga minyak sama juga, tarif letrik dan air juga sama, harga barang keperluan juga sama naik. Yang tak sama mungkin pendapatan kita yang di bandar kecik-kecik pun masih beribu-ribu sebulan tapi penoreh getah, petani, nelayan dengan pendapatan cuma ratus-ratus saja sebulan kalau tiap-tiap hari dapat makan 3 kali pun dah sangat bersyukur....

    BalasPadam
  11. tak sanggup membayangkan situasi selepas GST nanti..adakah makin mudah atau makin menjerut leher?adussssss....

    BalasPadam
  12. Betul tu Akak. kosnya semakin naik. Tunggu April tahun depan lagi naik agaknya.

    BalasPadam
  13. Bulan ni ngan bulan depan kena jimat utk persekolahan anak ...erm...harap2 bekas suami hulur la jugak seratus dua utk anak...bila la dia nak tau tanggungjawab,...

    BalasPadam
  14. Allah, Allahurabbi....Kita ni kembar ke kakcik? Setiap kali baca tulisan dari hati kakcik, terasa mcm kakcik tolong suratkan apa yg tersirat di hati saya. Memang sebijik begitu.

    BalasPadam
  15. emmmmmmm...begitulah kisah hidup rakyat marhaen seperti kita....cukup2 makan je.

    BalasPadam
  16. Sedih pula baca entry hari ni...
    Tapi itu lah realiti....
    Terhimpit dan terjerut di negara sendiri....

    BalasPadam
  17. Hujung tahun ni lagilah berdouble perbelanjaannya walaupun income yang masuk sama je setiap bulan. Memang makin lama makin terasa betapa kecilnya nilai RM sekarang....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com