Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Oktober 2014

Apa perasaan anda berhadapan dengan orang yang kononnya serba tahu?...

...kita berceritalah tentang apa sahaja pun, dia mesti hendak bercakap juga.  Dia akan tunjukkan kononnya dia pun tahu tentang apa sahaja topik yang kita suarakan...

Kita bercerita tentang London, dia pun akan bercerita seolah-olah London itu adalah kampung halamannya...

Kita bercerita tentang kereta, dia akan bercerita seolah-olah dialah jurutera yang merekacipta kereta itu...

Kita bercerita bab agama, dia akan mengeluarkan hukum-hakam seolah-olah dia adalah lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar...

Kita bercerita tentang seseorang, dia akan bercerita seolah-olah dia mengenali orang itu 'luar dalam'...

Kesimpulannya :  dia adalah Professor Serba Tahu!

Rimas tak?  Rimas tak?

24 ulasan:

  1. oran mcm ni..sy bolayan kan aja, yg pasti sy xakan berkawan dgn org camni. dari sakit hati..

    BalasPadam
  2. hehe rimas..kalo sy, mmg sy buat2 x dgr je.

    BalasPadam
  3. Kalau saya pun rasanya rimas juga. Orang yang serba tahu akan biasanya suka mendengar dan berkata sesuatu bila ditanya sahaja. Tak apelah. Doakan dia jadi orang rendah hati. Saya pun tidak sempurna.Semoga Allah kurnia pada kita semua kesempurnaan terbaik di sisiNya.

    BalasPadam
  4. tongkat dagu je la mak dgr ape dia citer. dah semua benda pun dia tahu. hehehe

    BalasPadam
  5. hahahahah org mcm ni dgr boleh kakcik tp nk percaya payah la heheheh...

    BalasPadam
  6. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunnah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu').

    Asy-Sya'bi berkata: "La adri (mengaku dan mengucapkan aku tidak tahu) adalah setengah daripada ilmu. Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah Taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata. Kerana mangaku bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu."

    Saya tidak menjawab persoalan entri ini yang bertanyakan apa perasaan saya tetapi saya menyampaikan ilmu yang saya tahu dan difikirkan berkaitan dengan entri ini. Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam
  7. "Penglipurlara"..saya msaih ingat gelaran ni saya pernah bg pada seorg office mate saya dulu...kita buka jer satu topik ttg sesuatu hal yg kita hadapi...dia punya cerita yg sama...malah lagi pjg ceritanya dari kita...alahaiiii....

    BalasPadam
  8. mesti tak sunyi berbual dengan dia nih..hehhehe..tapi kadang2 oang lain pun nak jugak bercakap..kan??

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakcik...mmg agak merimaskan kalau ada org mcm ni...:)

    BalasPadam
  10. ramai je org macam tu kakcik..dengar jelah, tapi dalam hati berkata..sabarlah..huhu

    BalasPadam
  11. Ramai 'Prof Serba Tahu' dalam dunia....
    Nota: "Prof Serba Tahu" mengingatkan saya pada satu watak dalam komik "Gila-Gila" dulu...

    BalasPadam
  12. layankan jer hihi.. tapi masuk telinga kiri, kuor telinga kanan hihi

    BalasPadam
  13. Rimas giler kakcik.. sudahnya naik menyampah nak cakap dengan dia.
    Better diam je bila duduk dengan orang macam tu T_T

    BalasPadam
  14. Ramai yg jadi Prof Serba Tahu kakcik...lebih2 lagi kaki Google...yg parahnya, salah Google! hahaha

    BalasPadam
  15. buat tak tahu je kak hehe, dah dia semua tahu ..:)

    BalasPadam
  16. Kakcik
    Di kejirananan saya ada budak lelaki umur belasan tahun suka duduk berkumpul dgn kami para makcik2.. Berborak seolah tahu semuanya
    Kalau org sebaya, lainlaaa
    Ini budak hingusan lagi
    Mmg terasa salah betul kedudukan budak lelaki remaja ni bila menyampuk kita makcik2 dan berlagak serba tahu
    100x rimas kami ni

    BalasPadam
  17. kalau saya jumpa orang camni, saya diam aje kakcik...kalau kita cakap pun, dia punya balasan tu seolah dia lebih segalanya dari kita

    BalasPadam
  18. Jumpa org mcm ni.....kita akan rasa serba tak tau :)

    BalasPadam
  19. membosankan. kadang2 org yang diam tu sebenarnya lebih 'berisi'. malas layan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com