Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 31 Oktober 2014

Aku bukan Anwar Ibrahim, aku juga bukan Najib Razak...

...walau perjalanan hidupku tidak begitu berliku
   - ia juga tiada emas menjadi kelambu...

aku tidak sanggup dipenjara demi apa yang dikata satu perjuangan
   - aku juga tidak sanggup menempah neraka asal dapat hidup dengan kesenangan

aku tiada penyokong, aku juga tiada pendokong
   -  mencari sokongan anak dan suami - aku hanya merasakan ngilu di hati
   -  mencari dokongan kawan-kawan - aku dihumban bila dirasa membebankan

aku hanya ada Tuhan
   -  padaNya sendu hati aku luahkan

aku juga enggan menjadi penyokong yang membabi-buta 
   -  konon kerana dia idola, buruknya kutelan begitu sahaja
   -  disebabkan dia bukan yang kupuja, baiknya kuanggap tiada

Biarlah aku menjadi aku, kerana itu ketetapan Tuhan buatku.  Tapi Tuhan juga tidak akan mengubah nasibku andai aku tiada usaha ke arah itu...


                               

13 ulasan:

  1. tak minat juga menjadi penyokong sesiapa

    BalasPadam
  2. Harap-harap ada kebaikan untuk mereka semua. Jenuh dengar cerita lama-lama dari dul sampai sekarang.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah
    Kita bukan kedua2nya
    Kita adalah kita.....

    BalasPadam
  4. Susah nak faham dgn politik ni..apa yg penting pada saya ialah biarlah demi kesejahteraan rakyat tanpa megenepikan sedikit pun agama Islam..dlm erti kata lain ..agama diutamakan..

    BalasPadam
  5. Cantik nukilan ini. Aku juga bukan TGNA. hehe.

    BalasPadam
  6. saya pun tak faham dgn sesetengah pendapat yg mengatakan kalau kita tak sokong kerajaan, maknanya kita penyokong pembangkang. terus kena cop macai anwar. padahal kita juga bukan penyokong pembangkang yg satu lagi tu. saya rasa pandangan mereka berkenaan dunia politik yang ada kat Malaysia ni agak sempit sedikit.

    BalasPadam
  7. betul kakcik..saya rasa la baik kita buat hal kita je.jangan sibuk nak berjuang untuk orang lain.Masalah peribadi orang kita pulak nak berdemo nak berteriak di tepi jalan...

    BalasPadam
  8. Berusaha menjadikan diri lebih baik dari sebelum ini..

    BalasPadam
  9. Dah naik malas nak ambik tau sgt pasal politik malaysia ni..

    Tq sbb wish birthday semalam.. :)

    BalasPadam
  10. politik itu penuh ngan onak dan duri.. sy pun xtau nak sokong yg mana.. semua ada kekurangan dan ada agenda tersembunyi... hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com