Kawan-kawan kakcik

Ahad, 12 Oktober 2014

Ahad - katanya hari untuk berehat...

...di negeri yang cuti, tak perlu masuk pejabat
tapi ada juga yang terlebih rajin
hari cuti pun bekerja juga
- tak mengapa
demi meningkatkan taraf hidup katanya

tapi kalau di hari biasa
kerja yang ada sengaja dilengah-lengahkan urusannya
tak baiklah kalau datang di hari Ahad
pasti kita tahu apa yang sebenarnya kita fikirkan

aku di sini
hari hari pun hari cuti
kadangkala otak naik beku
sampai tak tahu selasa atau rabu
tapi aku bahagia dengan caraku
tak perlu lagi setiap pagi nak memilih baju

sebenarnya bila di hujung minggu, aku memang tiada ilham hendak dicoretkan...

jadi, kepada anda yang bercuti diucapkan selamat bercuti
kepada yang bertugas, jalankanlah tugas dengan amanah dan niatkan kerana Allah...

17 ulasan:

  1. assalamualaikum kak cik.. kak cik dah tak kerja ker sekarang ni.. maaf la dah lama tak jenguk ke sini kak cik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam Kuazue...

      kakcik dah bersara mulai 1 Sept 2014 lepas... :)

      Padam
  2. kadang-kadang tu memang sengaja datang hari sabtu or ahad,
    sebab best buat kerja takde org kacau.
    tenang sikit, office pun sunyi je.. ^^

    alhamdulillah kakcik, seronok sebenarnya bila dah tak memerlukan fikir sangat soal kerja ni.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kurang dah satu hal nak fikir tenrang kerja... :)

      Padam
  3. Zana pulak idea sikit, kerja banyak time sabtu ahad. Hari lain, laaaagi takde idea....hehe

    BalasPadam
  4. saya antara yang bercuti pda hari Ahad, selalu tunggu hari Ahad, walaupun sabtu jugak hari cuti, tapi akhir2 ini kerap pula ke sekolah setiap sabtu.huhu.

    BalasPadam
  5. Weekend ni langsung tak g mana... selalu g opis buat kerja... mata x berapa sihat... hehehe

    BalasPadam
  6. Hari ahad Mmg hr cuti sy dan masa utk keluarga...syukur company sy tak pernah suruh sy kerja hr ahad ...selamat bercuti hari2 k.cik.

    BalasPadam
  7. suami saya selalu kena kerja hari ahad..sebulan sekali dua je cuti..tak kaya2 jugak..heheh

    BalasPadam
  8. Di Kedah hari Ahad kerja. Tapi ramai yang seperti masih mengigau pada hari Ahad, masih tak puas bercuti pada Jumaat dan Sabtu...

    BalasPadam
  9. buat yg workaholic,bila dah berpencen mungkin terasa bosan kot kakcik,...hihihi

    BalasPadam
  10. kakcik, suri rumah macam ana ni kerja dari bangun sampai tidur balik hehe..:)

    BalasPadam
  11. dana hari sabtu ahad pun bz kakcik, bz menjahit manik menambahkan duit pendapatan demi sesuap nasi hehehe... tp rilex la jgk kan....

    BalasPadam
  12. HARI AHAD HARI BEREHAT,, DAH MACAM PANTUN LAK ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com