Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 September 2014

'Saya tak mahu kerana sebutir nasi, tubuh saya tak diterima bumi'...

...lebihkurang begitulah maksud kata-kata lelaki yang duduk di hadapan mejaku di sebuah restoran.  Dia berkata begitu bila ditanya oleh pelayan kenapa dia belum makan.  Dia mahu makanan yang diambilnya dikira terlebih dahulu sebelum beliau mula makan.

Allah hu Akbar!  Begitu sekali beliau menjaga makanan yang akan menjadi darah dagingnya agar tidak menjadi haram hanya kerana beliau membayar kurang dari apa yang sepatutnya dibayar.

Lantas aku merenung kepada diriku sendiri.  Bukan setakat makan hingga habis baru dikira, kadangkala siap minta dikurangkan harga.
Kalau hal sekecil itu tidak dapat kita didik hati untuk menjaganya, bagaimana pula dengan hal-hal yang lebih besar?

Tidak termasuk mensia-siakan waktu kerja yang gajinya tidak pernah kurang diterima.  Mungkin dari situ kita boleh menilai sejauh mana berkatnya rezeki kita...

22 ulasan:

  1. Kebanyakan kedai makan membiarkan pelangan mkn dulu baru dikira. Camne dia nak tahu kita mkn bnyk mna. Ada setegah jedai pula minta kita beratur buat bayaran dulu..tapi lecehlah pulak. Lebih suka ada org datang kira dimeja..

    BalasPadam
  2. hal sebegini, kadnag-kala kita terlepas pandang... Ros pun kurang berpuas hati sesetengah kedai yang menyuruh pelanggan duduk dan makan dahulu, baru dikira.. lebih baik dikira dahulu dan baru makan :)

    BalasPadam
  3. setuju adakalanya kita pandang ringan perkara seperti ini.
    Semoga menjadi pengajaran buat kita semua

    BalasPadam
  4. Pengajaran yang berguna saya dapat hari ini. Sebab itu saya pernah dengar ustaz mengajar. Cara yang betul kita makan dikedai. Ambil makanan dan kira. kita bayar baru makan. Inilah kesannya apa yang Islam anjurkan ni kan KakCik. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Peringatan berguna..tp stkt ini kalau makan kat kedai makan, bila ambil makanan aje dia terus dtg kira kat meja..in case dah separuh makanan dimakan,just bagitau dia apa yg kita makan...tak pun bayar dulu baru makan..jarang jumpa yg suruh makan dulu..

    BalasPadam
  6. alamak.....terasa kerdil sungguh diri ini..nampak cm remeh je kn.tp bg impak besar

    BalasPadam
  7. muhasabah diri sama2 kakcik... dana pun cam kakcik jgk kadang2... tp bab byr mkn jarang mintak kurang tp kalu beli brg utk msk biasa mintak kurang harga

    BalasPadam
  8. betul kan kak
    diri ni pun masih banyak sangat yang kurang
    pokok pangkalnya hati..

    BalasPadam
  9. bagusnya orang tu kakcik.....mulia hati dia

    BalasPadam
  10. Dulu saya pernah kerja kat kedai makan.selalunya sebelum makan saya dah kira dulu..tapi sekarang ni saya pergi kedaI makan,makan dulu baru orang tu datang kira..

    BalasPadam
  11. ada pulak jenis yg sorok lauk bawah nasik, semata mata nak kira murah!

    BalasPadam
  12. Rata2 kedai makan kini yg akan suh mkn dulu nnt dtg kira dimeja...ini semua bergantung pada kejujuran kita sendiri kakcik...ini soal menjadi darah dagingkan...jujurlah beritahu apa yg kita dah makan....

    BalasPadam
  13. kalau makan kat kedai francias bayar dulu, tapi kalau kat kedai biasa makan dulu

    BalasPadam
  14. Suatu waktu mck niaga nasi campur....customer 'tanam' lauk...hahahaha

    BalasPadam
  15. Banyak kedai tak nak kita bayar dulu, mereka minta kita makan dulu baru bayar. Jadi terpksalah hormati prinsip pemilik kedai. Bertekak untuk prinsip yg kita dokong nampak tak elok pula pada pandangan pelanggan lain yg melihatnya...

    BalasPadam
  16. Allahuakbar.... mulianya hati insan tersebut....
    Sejujurnya, saya pun suka kedai yg jenis kira dulu baru makan...
    Rasa lebih telus dan yakin berbanding sesetangah kedai yg suruh kita makan dulu baru bayar....

    BalasPadam
  17. Cukup mendalam maksud entri ni KC ...
    Betul ....kadang tu kita lupa ....Gitulah manusia namanya KC....moga ada keinsafan dlm diri

    BalasPadam
  18. Pelayan kedai suruh jamah dulu kebiasaannya, dari situ mereka akan dapat menokok tambah harga (dah ebrkali2 kena) dan disebabkan kes2 sama selalu terjadi, kami akan paksa pelayan kira terlebih dahulu sebelum kami makan

    BalasPadam
  19. kira dulu.. itu yang terbaik kita puas hati dengan yang kita makan dan harganya. tapi betul kata akak, jaga makan yang jadi darah daging membuatkan hati kita lebih bersih.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com