Kawan-kawan kakcik

Selasa, 12 Ogos 2014

Jangan buat begitu, kawan...

...bila diajak ke kantin, kau kata kau dah kenyang...

Bila kawan bawa balik makanan, kau terjenguk-jenguk dan kata 'nampak sedap, nak rasa sikit'.  Sebab 'malas nak cari gaduh'  sudahnya kau yang makan, kawan kau terkulat-kulat melihat.   Sekali dua kali mungkin boleh bertahan lagi, tapi kalau dalam seminggu tiga kali kau ulang perilaku begitu, taukeh balak pun jual lori!

Benarlah dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.  Tapi dalam rezeki orang lain itu ada rezeki siapa pula?

Seperkara lagi, kalau mengirim bila kawan ke kantin, pandai-pandailah kirimkan duit sekali.  Berkali-kali juga kau lupa atau buat-buat lupa untuk membayar harga makananmu.
Kita sama-sama bekerjalah kawan.  Gaji kita ada bahagian masing-masing untuk dibelanjakan.  Takkan kawan kita terpaksa masukkan dalam senarai bulanan gaji yang diterimanya 'belanja kantin kawan - RM50.00'.

Jangan buat kepada orang lain apa yang kita tak suka orang lain buat pada kita.

Ada faham?

Catatan di atas adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN.

29 ulasan:

  1. emm, siapa yg kena ;)
    salam kakcik

    BalasPadam
  2. betul tu kak cik.....
    kalau sekali sekala boleh terima..kalau dah selalu sgt...
    takut tiada keberkatan dlm hidup nnt

    BalasPadam
  3. betul tu kak...memang ada orang macam ni..bila ajak tak mau tapi tak malu pula mengendeng

    BalasPadam
  4. Salam Aidilfitri Kakcik..mcm2 ragam org kan..sbr ye Kakcik :-)

    BalasPadam
  5. Lama-lama kawan pun boleh pokaikan macam ini Kak Cik.

    BalasPadam
  6. Dimana rasa malu tercicir..dimana rasa segan dtinggalkan...sekali dua kawan ikhlas ..tiga empat bagaimana....Sepanjang jalan kenangan yg pasti terpahat dibenak hati kakcik sepajng hayat ...

    BalasPadam
  7. Agak gak org berperangai begitu...setakat bertugas ni x pernah jumpa lagi...

    BalasPadam
  8. dia nak save bajet ke ape ek
    macam2

    BalasPadam
  9. kena buat selamba..kalau mengirim tu..dah bagi makanan terus minta "bak duit sini"....sekali belanja ok la..kalau dah berkali² tu....kena terus-terang saja..

    BalasPadam
  10. rm50?

    sikit je tu... tak luak pon gaji...

    BalasPadam
  11. Ada juga orang macam tu. Tu yang buat kita kadang-kadang jadi tak senang juga. Semoga kawan itu beringatlah. Tak kan semua benda nak free je. Kena ingat susah orang lain juga. Reminder untuk diri ini juga.

    BalasPadam
  12. salam kakcik
    susah kan..sama jek ngan kaum lelaki, kalau makan ramai2 bila masa nak membayar sorang sorang buat hal..jawab call la, pergi tandas la...kluar isap rokok la..sape dulu bayar dia kena 'pow' hakhkahak

    BalasPadam
  13. Eiiii adakan perangai member macam tu, kadang tu biler nak keluar lunch pun rasa nak hilangkan diri je..

    BalasPadam
  14. peliknyerlah perangai..muka tak tau malu (T T)

    BalasPadam
  15. kenyang kawan tu ya... urmmmm...

    betul tu Kakcik.. sy selalu sebut pasal rezeki tu, contohlahhh.. kalu duit kita kena curi.. orang kata takde rezeki.. jadi, rezeki pencuri tu ke??? urmmm...

    BalasPadam
  16. Kakcik boleh bukukan siri kenangan ni...hihihih
    Lepas tu bagi kat staf2 yg tinggal..moga ambil iktibar :)

    BalasPadam
  17. As-salam kakcik..

    alah bisa tegal biasa agaknya, sampai diri dah tak rasa apa bila orang lain asyik terkena.. kesian pada yang teraniaya..

    BalasPadam
  18. Alamak.. Kadang2 memang ada kwan yang macam tu kan. Kalau sekali dua mungkin dia terlupa nak bayar, tapi kalau selalu mungkin tidak la jawabnya.

    BalasPadam
  19. Adeh, ada jugak org mcm tu...emm, xada perasaan malu ke dia.

    BalasPadam
  20. salam Syawal kakcik, masak kalau macam tu selalu, kirim dengan air liuq je kan, macam2 perangai manusia ni..

    BalasPadam
  21. Ada juga manusia spesis itu di planet bumi ini erkkk??? Agaknya orang itu dilahirkan tersilap planet kot...?

    BalasPadam
  22. faham....errrr rm50 tu banyak ke sikit? :)

    BalasPadam
  23. Elok diluahkan terus begini kan? Sampai bila nak pendam jer. Syukur, jarang saya jumpa kengkawan kerja yg begini. Mungkin masing-masing malu mengirim. Sebab ada yang terus sound, “kirim air liur jer, sori!”

    BalasPadam
  24. memang ada manusia jenis begini..kalau saya sekali ok lagi tapi kalau berkali-kali buat2 lupa nak beli le...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com