Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 Ogos 2014

Jangan begitu, Tuan!...

...saya tahu, tuan masuk sebagai KETUA kerana tuan ada kelayakan dan tuan memang layak.

Bagaimanapun,  tuan kena ingat bahawa ilmu dalam pejabat banyak yang tidak akan tuan dapat sewaktu tuan belajar di institusi pengajian tinggi.  Sewaktu belajar, mungkin tuan tidak pernah pun mendengar atau mengetahui tentang Arahan Perbendaharaan,  Perintah Am atau Pekeliling Perkhidmatan.   Oleh itu janganlah tuan memandang rendah kepada pegawai atau kakitangan bawahan tuan.  Tunggu sehingga tuan sendiri khatam tentang segala ilmu pejabat mungkin baharulah tuan boleh rasa yang tuan tidak perlu lagi bantuan sesiapa (kalau bolehlahhhh).

Tuan kena ambilkira bahawa ada di antara pegawai bawahan tuan mungkin sebaya dengan ibu atau ayah tuan.  Adakah tuan suka sekiranya ibu atau ayah tuan ditengking atau dimalukan oleh orang lain di hadapan khalayak?

Bila tuan meminta pendapat dari pegawai bawahan untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi dan ternyata pendapat itu 'boleh dipakai', janganlah 'curi' pendapat itu sebagai pendapat tuan sendiri.  Apalah salahnya bagi sedikit 'sebutan nama' setidak-tidaknya katakan ianya hasil perbincangan bersama.

Suatu hari nanti tuan pun akan tua.  Sekiranya tuan 'punya hati' akan dapat tuan rasakan apa yang dirasakan oleh mereka yang sudah berusia tetapi diperlekehkan oleh orang yang lebih muda.

Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN...

19 ulasan:

  1. ingatan mesra untuk yang bergelar 'tuan' :)

    BalasPadam
  2. banyak luahan yang mak nak sampaikan... teruskan mak... moga ada yang membaca dan mengerti

    BalasPadam
  3. setuju tu bonda...dari orang bawahan nie lah dia belajar banyak perkara..so jangan pandang remeh dengan orang bawahan ni...menimba ilmu nie tak kira dari mana dia datang,dan darjat seseorang...

    BalasPadam
  4. ... harap 'tuan' dan siapa pun saja yg menjadi 'tuan' fahami N3 ini.

    BalasPadam
  5. setuju sangatttt dengan entri ini.... :)

    BalasPadam
  6. betul tu kakcik
    Sebagai kuli pernah,sebagai tuan/puan pernah..tak rugi kalau kuli pandang ke atas dan tuan pandang ke bawah..dua dua saling memerlukan.

    BalasPadam
  7. saya setuju sangat
    harap yang perasan jadi tuan tu bacalah entry ni kan kak

    BalasPadam
  8. Kalau entry ni sy pinjam bagi pada pegawai baca bagus sgt2 tp kena tukar puan..sebab kerap juga kena tengking bila dia sterss..

    BalasPadam
  9. Bagi saya mudah...Nabi SAW dah ajar kita utk hormat orang tua..tak kira lah org tua tu bukan Islam sekalipun, tak kiralah org tua tu miskin ke..kurang pandai dari kita ke...Mmg banyak yg saya dengar, pegawai2 muda yg berlagak dgn staff bawahan..padahal staf tu dah pangkat mak ayah dia

    BalasPadam
  10. Harap-harap tuan boleh faham. Kena ada tolak ansur dengan orang bawahan juga.

    BalasPadam
  11. Macam kisah dalam jabatan kerajaan je ni. Hehe

    BalasPadam
  12. huhuhuhui biasalah tu kakcik, boss dana dulu pun mcm TUAN dlm ntry akak nih, sedap2 tengking org dpn org ramai2.... tp bile nk mintak tolong tibe2 jd baik mcm apa... kadang dia lupa yg dunia nih bulat

    BalasPadam
  13. Kemana hilang rasa hormat..biarpun kamu adalah seorg TUAN ..tegurlah org bawahan kamu apatah lagi jika ianya lebih berusia dari kamu sebaik mungkin sehingga telinga kiri kamu sendiri tidak dapat mendengar apa yg kamu ingin katakan padanya...

    BalasPadam
  14. Rasanya 'tuan' yg memiliki mentaliti ala-kolonial seperti ini dah semakin pupus di pejabat-pejabat kerajaan. Kalau ada pun mungkin boleh dibilang dengan jari.

    Lainlah masa saya mula2 kerja dulu, 'tuan' bermentaliti ala-kolonial dan diktator seperti ini memang ramai di pejabat kerajaan. Malah bagi mereka nak bercampur dengan staff pun seperti rasa jijik walaupun 'tuan' itu kelulusan tak setinggi mana. Zaman dah berubah, sekarang ramai 'tuan' jawatan JUSA pun boleh makan tengahari dengan PAR di gerai bawah pokok...

    Apapun tak dinafikan sisa-sisa 'tuan' zaman kolonial masih ada, mungkin mereka tersilap masuk dalam zaman yang salah...

    BalasPadam
  15. Tuan, tak selamanya kita akan duduk di atas...

    BalasPadam
  16. Tuan kena ingat..roda tu sentiasa berpusing..

    BalasPadam
  17. Sangat tepat! Jangan eksyen ye tuan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com