Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Julai 2014

13 tahun - masih perlu disuapkan makanan...

Alhamdulillah,  Allah kurniakan dia kepadaku bersama kesempurnaan sifat.  Tiada cacat cela yang hendak kukesalkan atau rungutkan.  Setiap yang Allah jadikan itu adalah ujian juga buat kita.

Dia mampu melakukan apa yang mereka seusianya lakukan - makan, minum, bermain, belajar, solat dan perkara-perkara asas yang lain.  Dia juga pandai menaikkan darahku dan pandai pula untuk menurunkannya kembali.

Memang dia tidak terlepas dari kena marah.  Kena pukul pun pernah.  Tapi tidaklah sampai mencederakan atau mendatangkan kecacatan.

Ramadhan kali ini seperti juga Ramadhan yang lepas.   Dia agak liat untuk bangun bersahur.  Atas dasar tidak sampai hati, sebagai ibunya aku sanggup membawa sepinggan nasi bersama sedikit lauk dan sebotol air ke bilik tidur untuk menyuapkan makanan ke mulutnya.  Dia makan kadangkala antara mata yang terbuka dan terpejam.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda ' bersahurlah kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan'

Biarlah apa orang nak kata.  Kita buat baik dengan anak pun orang akan bercakap apatah lagi kalau diabaikan. 

Menambah rencah dalam masakan akan menyebabkan makanan bertambah enak.  Tapi kalau terlebih rencah, silap-silap akan menjadi pembaziran.  

Faham?  Tak faham tak mengapa...

17 ulasan:

  1. Bagus effort kakcik ni..pedulikan kata kata orang...Kita tak akan mampu puaskan hati semua orang...Yg penting, kita tahu apa yg kita buat...dan tindakan kakcik ni secara tak langsung mendidik anak tentang betapa pentingnya keberkatan sahur tu, macam yg baginda SAW tegaskan

    BalasPadam
  2. anak bongsu bonda tu ek...takpelah bonda..mulut orang kita tak boleh nak tutup...

    BalasPadam
  3. Mulut org memang tak boleh ditutup dari mengata. Abaikan saja. Saya pon sahur dan berbuka memang suapkan anak bujang yg darjah 1 tu ☺☺

    BalasPadam
  4. Biarlah orang nak kata apa.. dari dia tak cukup tenaga di siang hari..

    BalasPadam
  5. buatlah apa yg kita rasa perlu kita buat..abaikn orang lain..sekurang kuran tela kakcik telah diberikan kesabaran yg amat tinggi...semuga Allah berikn ganjaranatas usaha kakcik itu..amiin

    BalasPadam
  6. Betul kakcik kalau dah nama adik tak kira besar ke kecik memang masih kena suap kalau sahur ni. Kalau tak sanggup dia tak sahur. Kita manalah nak sampai hati kan..

    BalasPadam
  7. Amboi2 manjanya dak bongsu yer...tak per lah kak..suapkan jer...anak kita kan suka hati kitalah...manalah kita boleh puaskan hati semua org kak...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik...bersyukur masih ada ibu yg penyayang mcm ni...semoga jadi anak yg baik hendaknya..:)

    BalasPadam
  9. Ibu penyayang akan buat apa saja utk kebaikkan anak2nya.

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik
    teringat waktu duduk kt kampong, time nak sahur adalah time yg amat payah sekali nak bangun. maka, abah pon bawaklah hidangan letak atas katil suruh makan...maka, makanlah saya pon duduk la atas tilam sambil mata masih lagi terpejam..huhuhu

    BalasPadam
  11. saya pun sama kak. tak kisah le, janji perut terisi

    BalasPadam
  12. Anak-anak memang macam tu. Kita ibu bapa yang kena belajar sabarkan Kakcik.

    BalasPadam
  13. Itulah pengorbanan seorg ibu. Sanggup lakukn apa saja demi ank trsyg.

    BalasPadam
  14. Pengorbanan seorang ibu nak ajar anak berpuasakan. Biasa la ragam anak2. adk bradik saya pun ada yang liat nak bangun jugak.

    BalasPadam
  15. untungnya ada ibu yang bersabar dengan kerenah anak.selagi ada hayat ibu sentiasa berkorban untuk anaknya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com