Kawan-kawan kakcik

Rabu, 11 Jun 2014

Hampir dua jam bersama DIM Abil Fikri Ahmad...

...siapa yang belum kenal dengan DIM (Duda Idaman Malaya) ini,  bolehlah jengah ke blog beliau yang di'bina' asalnya untuk isteri kesayangan beliau Warkah Buat Isteri.

Semalam Abil datang menziarahiku di hospital.  Banyak yang kami sembangkan.  Sembang santai adik-beradik mencakupi pelbagai topik termasuk mengumpat sesama sendiri!

Bersembang dengan Abil memang tidak menjemukan.  Sikap selambanya juga sangat menyenangkan - sampaikan biskut atas mejaku pun hampir habis dimakannya...hahaha

Tidak hairan ramai yang ingin 'meminang' Abil sama ada untuk anak gadis mereka atau untuk diri sendiri!

Rupa-rupanya ada juga 'yang tak tahu apa-apa' cemburu dan sanggup menyiasat apakah hubungan sebenar antara aku dan Abil.

Aduhai... kemonlaaaa.  Abil tu tak lebih seorang adik bagiku dan suamiku.  Hubungan yang terjalin antara kami kerana Allah semata-mata.   Ia terjalin berpunca dari Allahyarhamah Fauziah binti Siti Esah iaitu isteri kesayangan Abil yang sudah pun jatuh sakit sewaktu kami mula berhubungan...

Seandainya ada jodoh buat adikku Abil, semoga wanita yang bakal menjadi isterinya bukanlah kerana terpesona dengan keglamouran Abil.  InsyaAllah.

22 ulasan:

  1. Orang baik dengan kita, tak salah kita berbaik dengan dia kan KakCik.

    BalasPadam
  2. Abil ni peramah ye kakcik Nur.. sembang santai tu sambil makan biskut :)

    BalasPadam
  3. Penah dua kali jumpa Abil..dua2 kat rumah En Hamzah@pak ngah..

    BalasPadam
  4. Sesiapa nak saya ziarah kat hospital, pasti ada biskut sedap n buah buahan untuk saya makan..hahahahahaha

    BalasPadam
  5. Lama saya tak baca kisah dia dah...Semoga ABIL sihat walafiat...dan semoga kakcik sembuh seperti sediakala yer...ABIL ganti balik biskut kakcik yg awak mkn tu...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ganti..!! Kakcik kena beli lagi bila saya ziarah dia..hehehe

      Padam
  6. Abil. Dia sentiasa memberi semangat buat saya...

    BalasPadam
  7. semoga kakcik cepat sembuh dan ukhwah berpanjangan.

    BalasPadam
  8. Kakcik masuk hospital lagi?
    Moga cepat sembuh..
    Abil suka biskut kakcik tu:)

    BalasPadam
  9. in sha Alalh...
    apa yang diborakkan sampai habis biskut kakcik tu, hihi..

    BalasPadam
  10. Biskut apa tu sedap sangat hingga Abil kebas sampai nak habis? Tentu biskut branded, bukan biskut empat segi cap pingpong atau marie seperti yang ada kat rumah saya...

    BalasPadam
  11. biasanya mmg pelawat yg makan lebih dr pesakit

    BalasPadam
  12. erm..agak lama sebenarnya saya tak membaca blog tu..nanti saya singgah semula..

    BalasPadam
  13. Cam teringin je nak jumpa DIM ni. Akak moga cepat sihat ye.

    BalasPadam
  14. Hilang rasa sakit sekejap kan kakcik.. ;)
    Moga kakcik cepat sembuh hendakNYA..

    BalasPadam
  15. selalu gak baca entri2 dia..tp biasa SR je..

    BalasPadam
  16. awat tiada entri pasal https://www.google.com/search?q=doa+nisfu+sya%27ban+dalam+bahasa+rumi&oq=doa+nisfu+syaaban&aqs=chrome.5.69i57j0l5.14181j0j4&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8 today? bidaah... concert rock toyiba lah pulok! lol

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com