Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 April 2014

Antara pekerja kaunter kedai serbaneka, 'anak kapal' dan pelayan restoran hotel...

...apa bezanya bila mereka yang beragama Islam terpaksa melayan kehendak pelanggan yang mahukan sesuatu (makanan/minuman) yang ditegah oleh agama Islam?

Bukankah mereka dikira bersubahat?

Tapi mengapa hanya petugas di kedai serbaneka yang dipandang serong?  Kenapa tidak diberikan pandangan yang sama kepada 'anak kapal' mahupun mereka yang bekerja di restoran/dapur hotel mewah?

Kenapa tak salahkan pemerintah yang membiarkan rakyatnya terpaksa membuat kerja yang tidak di landasan yang betul?

Maaf,  ini bukan catatan yang berkaitan dengan politik.  Kalau hendak bercerita tentang politik dan mencari populariti, lain cara dan gaya bahasanya...

8 ulasan:

  1. Saya selalu ke Speedmart 99. Saya ni kan peramah, so kenal la dengan adik cashier tu.
    Saya tanya dia tahu ke pasal hukum semua ni?
    Dia kata saya cuma jual aje kak.
    Saya cakap, sama je hukum nya. Sama ada awak jual aje, tapi huku tetap sama macam minum.
    Dia cakap lagi, dah tak de kerja lain kak, kerja ni aje yang boleh buat.
    Boleh dik, kalau betul ikhlas kerana Dia, awak boleh cari kerja lain. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Hmm..kesiankan?tapi bak kata ustaz dlm al-khawater,sblm kita nak mencegah, kita kena cari penyembuhnya dulu..means..berikan dia pilihan lain dlm pekerjaan dia or tawarkan dia kerja..baru leh suruh dia berhenti kerja..(T T)

    BalasPadam
  3. Salam Isnin kakcik...
    Saya setuju dengan Teacher Basariah...tapi atas diri sendiri juga..mahu atau tidak, sedar atau tak..peduli atau tak...

    BalasPadam
  4. Yang melakukannya berdosa, yang melihat tapi tak mampu mengubahnya seperti kita juga berdosa, yang berkuasa tapi tak beri pilihan untuk mereka berubah lagilah berdosa.......

    Yang paling malang ramai yang tak jijik dengan arak tapi jijik dengan babi, sedang hukum untuk kedua-duanya sama....

    BalasPadam
  5. Memang menjadi dilema budak2 nak cari kerja, bayangkan mcm kedai runcit yg dekat pun sperti speed 99, 7 E,,tu kena handle benda tu, inikan supermarket atau hipermarket...budak2 yang kerja kat situ ramainya melayu islam...

    BalasPadam
  6. dah tertulis dalam quran ..si pembuat si penjual yang tukang jual semua nya sama je dosa jer dalam bab2 haram ni..tepuk dada tanya selera je laa..kalau dari kecik kita selalu cakap pasal halal haram kat anak anak kita..saya percaya sampai bila bila pun anak akan ingat bab bab halal haram ni. Jangan salah kan pemerintah saja..cuba tanya diri sendiri.....satu lagi..kalau di jepun dan korea ada mak bapak tak beli tv pun untuk anak anak sebab tv itu meleka kan dari belajar..boleh pulak walau pun negara mereka pengeluar jenama TV terkenal di dunia..Rumah kita ni semua tv jenis terkini...siap ada siaran berbayar lagi..bila ada yang tak berkenan cepat cepat salah kan kerajan..tu yang pening tu..kalau kita sebagai mak bapak tak jalan kan tanggung jawap terhadap anak2 sedari kecil lagi..jangan lah salah sapa sapa pun.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com