Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 Mac 2014

Pekeliling tentang larangan penjawat awam (wanita) berjubah ke pejabat...

...pagi ini, sampai ke pejabat aku terus membuat carian di internet sekiranya ada pekeliling berkaitan.   Tapi tidak pula aku berjumpa.

Ada sesiapa yang tahu sama ada ianya ujud atau tidak?

Semalam aku 'ditegur' oleh seorang orang atasan Jabatan kerana memakai jubah.  Katanya 'jubah adalah dilarang untuk dipakai ke pejabat di sektor ini'.  Tak mungkin dia bergurau kerana dia pun baru mengenaliku walaupun sudah lebih setahun aku di sini.

Hmmmm... lepas ini aku kena keluarkan semula baju-baju kurung lama yang dah hampir tak muat untuk dipakai...

30 ulasan:

  1. tak pernah tahu pulak yg ni...berjubah kalau lebih sopan & muslimah apa salahnya kan? bkn dress modern

    BalasPadam
  2. apa yg saya tahu, jubah bukan pakaian ke pejabat
    tp ramai je yg pakai,so far x penah lg dgr ada yg kena tegur
    konsepnya, tak menyuruh dan tak melarang kot.hihu

    BalasPadam
  3. mmm macam2 la kakcik.. agak nyer ni bahana jubah yg lekat dan melekap tu kut... redha.. semoga ada hikmah yg tersembunyi...

    kuazue.blogspot.com

    BalasPadam
  4. saya pernah diberi kursus etika berpakaian untuk penjawat awam..memang penjawat awam tak dibenarkan memakai jubah kecuali mengandung..kalau tak silapla..kalau kita bkk pekeliling etika pun takde cth pemakaian jubah utk kaum wanita..

    BalasPadam
  5. kakcik, depa tegur tak kalau staff tu pakai baju seksi-seksi yg macam tak cukup kain tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ah..btol.baju kurung tp ketat xpa plak.jubah xblh erk?? berat

      Padam
  6. ye kak chik ...ada pekeliling yg baru keluar..semua sekolah di perak dah dapatpun... tapi yg masih tegar tu pakai lg jubah...

    BalasPadam
  7. Saya dulu pernah pakai 'lebai'....kata gb x leh pakai, songkok boleh!

    BalasPadam
  8. Kalau dah ada pekeliling kita sebagai pekerja redha jelah ye Kakcik. Pejabat Aina ni pakailah macam mana pun berlitup ke terbuka ke semua main redah je.

    BalasPadam
  9. Sedihnya bila pakaian yg baik dan menurut syariat tidak dibenarkan.
    Tempat kakak pula tak dibenarkan pakai skirt pendik, tak boleh berbaju sendat, tak boleh baju tak berlengan (walau kami sykt swasta). Tapi kakak boleh berjubah walau kakak seorg saja Islam di tempat kakak.

    BalasPadam
  10. Kakak rasa pakai kopiah pun mesti dilarang ye kakcik..

    BalasPadam
  11. SAbar jer lah kak...kita bekerja ni atas arahan atasan kan..ikut kita mmg tak lojik jer arahan tak benarkan pakai Jubah tu..tp dah arahan..ikutkan jer lah...

    BalasPadam
  12. Ada jugak dengaq tapi kat ofis makchaq boleh pulak....
    ada keluaq email polisi Jabatan pasai larangan pakaian siap gambaq lagi pasai ada yg suka pakai skirt pendek dan baju ketat menjolok mata....

    BalasPadam
  13. kat office saya pun konsep tak suruh dan tak larang.
    nak selamat pakai baju kurung je lah kan..

    BalasPadam
  14. ntahla kakcik dana tak pasti kt pekeliling mana tp ada jugak kwn2 yg ckp camtu tak dibenarkan pakai jubah... tp kt opis nih time hari jumaat selamba je pakai jubah,... jnji tak menjolok mata

    BalasPadam
  15. baju kurung kira baju selamat lah ye

    BalasPadam
  16. Setahu saya pekeliling itu belum keluar. Kalau nak minta pencerahan kena telefon JPA. Dalam pekeliling sekarang wanita Islam berbaju kurung, bukan Islam skirt yg sopan.

    Tapi jika keluar pekeliling melarang berjubah nanti tentu ada alasannya. Mungkin takut ada wanita Islam bawa parang sembunyi dalam jubahnya kot..? Dunia akhir zaman, menutup aurat dipersoal, selak skirt sampai dekat punggung dipandang ringan.

    BalasPadam
  17. makin tunggang langgang sektor awam ni dengan larangan merapu. kenapa takde (kalau tak silap memang takde) larangan mendedahkan aurat. pada diorang, rambut tu bukan aurat perempuan kot...

    BalasPadam
  18. nape takleh pakai..?? pelik lak rasanya.. takkan nak yg berusia2 (jgn terasa yer) berdress-up cam kerja jadi retis.. maafkan sy.. sy nmpk mostly bergaya mengalahkan retis.. kerja bukan beria2 pun.. bergaya jew lebih (tak semua la yer)..

    BalasPadam
  19. Kat 'pejabat' saya ni bebas nak pakai pakaian apa sekalipun. Nak berjubah takde masalah. Nak pakai gebah pun boleh sebab pejabat saya dalam rumah ….. hehehe

    BalasPadam
  20. betul ke tak boleh pakai jubah??pelik nya..apa salah nya kalau pakai jubah.kan sopan..

    BalasPadam
  21. Salam kakcik,

    saya surirumah je. Tapi pernah mhadiri kursus etika dan protokol. Mentor masa tu Puan Rahimah Yeop dari Intan. Dia ada bilang kalau tidak dibenarkan memakai jubah utk ke pejabat dan majlis rasmi kerajaan. Sebabnya hanya "pakaian kebangsaan sahaja" yang di benarkan. termasuklah kurung pahang dan kurung moden (boleh digunakan). Jubah tidak dibenarkan. hehehe... Tp leh pakai jubah jalan2 je... best ape guna jubah.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum,
    saya tak pernah pakai jubah pi opis, tapi ramai je orang lain pakai. Yang saya baru tahu adalah tak boleh pakai seluar?

    memang baru tahu. tapi 2-3 tahun ni saya mmg pakai seluar & blouse labuh bila saya merempit pi ofis. sekarang sedang berusaha pakai baju kurung, tapi kalau nak cepat, tetap tarik seluar n blause jugak hu huhu

    BalasPadam
  23. Tak de plak dpt apa2 pekeliling pasal perkara nie.. so far tak de masalah kat ofis saya..

    BalasPadam
  24. di tempat kerja IM, seorang muslimah pernah ditegur kerana memakai baju kurung labuh. IM kata, kenapa tak larang perempuan yang pakai skirt pendek atau baju pendek hingga bila tunduk menampakkan jalur punggung...

    Yang menegur itu bukan orang lain. HR berbangsa seperti kita juga.

    BalasPadam
  25. setakat ni, belum pernah pulak dengar ada yang melarang pakai jubah..kat pejabat saya, ada je yg pakai jubah..siap semua htam dari tudung, jubah, kasut..hihihihi..

    jumaat, pakai jubah, adalah biasa..Alhamdulillah..

    pakai baju kurung juga, OK..pastikan longgar dan tidak ketat...


    jemput ramai2 join GA. NEW YEAR GIVEAWAY

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com