Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 7 Mac 2014

Kenapa doktor Melayu di Hospital Kerajaan ramai yang sombong?...

...bukan semua ya...

Tapi dah banyak kali jumpa...

muka kelat
bahasa kesat
tak sentuh tapi bagi ubat

mungkin sebab rasa mereka hebat
orang lain semuanya bangsat
kita senyum dia buat muka meluat

...dulu aku pernah buat laporan ke KKM tentang layanan buruk yang diterima oleh bapaku (Allahyarham) di sebuah hospital.   Berkali-kali Pengarah Hospital itu menelefonku meminta maaf.  Aku khabarkan kepadanya, rajin-rajinlah memantau perilaku anak buahnya...


22 ulasan:

  1. masa pregnant dulu..alhamdulillah semu gov doktor baik2 semua..
    dah lah kita lama kat spital..siap bye2 nak balik..meriah betul..

    BalasPadam
  2. sebab dia Melayu dan kerja di Hospital Kerajaan... sombongpun gaji masuk juga kann

    BalasPadam
  3. der gak terperasan gitu.. tapi tak semualahkan...

    BalasPadam
  4. ada yang mmg sombong/bangga diri/rasa diri hebat/terpelajar..

    ada juga yang disalah tafsir sebagai sombong/tak ramah -- kerana kekangan masa/terlampau penat kerja non stop 36 jam, jadi sebagai manusia biasa, terserlah sifat kurang mesra dek bahana kepenatan melampau, yang ramai warga public tak boleh faham( dan buat buat tak faham)

    BalasPadam
  5. Slm...

    Kakcik..saya pernah kena ..masa bw mak..lastly abg sound je.."doktor, kalau mak doktor yg berada ditempat mak saya..apa yg doktor rsa..itupun kalau doktor ada perasaan la"..pastu kami tkar mak ke hospital lain..hehe

    BalasPadam
  6. Kena dgn suami saya kena sound ilmiah kt doktor tu..insaf terus..

    BalasPadam
  7. masalah doktor sombong memang tak abis kalau kat hospital kerajaan..
    anak buah sura..keje nurse pun slalu merungut..bulan lepas dia baru tukar kat hospital Kuala Krai sblum ni kat ICU HKL..baru seminggu dia kerja..ada pulak doc yg kerek. yg marah2 kat patient/keluarga..berbulu jer anak buah..dia ckp nasib baik baru masuk sini..klu tak dia dah sound dah..(anak buah jenis x boleh orang buat camtu..sbb dia pikir letak diri kita cam tu..keluarga sakit..pastu kena marah2..)pasni kalau doc tu bising2 nescaya kena ngan anak buah sura yg anginnya pun boleh tahan..hihi..

    BalasPadam
  8. Semoga mereka berubah bila ada yang terbaca cerita ini. Tak semua mereka macam ni. ada yang baik juga yang pernah saya jumpa. dah ada juga yang saya jumpa macam kakcik cerita.

    BalasPadam
  9. Stress sangat kut kak..kadang-kadang tengok doktor-doktor ni, rambut pun tak sempat sikat, mandi apatah lagi..kerje berterusan..tapi kalau banding doktor melayu dgn bukan melayu, tak tau le pulak...

    BalasPadam
  10. doktor yang handle saya nak branak lu hensem giler mak.... dalam hati dok cakap... kalu la anak aku hensem mcm dia kan best. hahaha... tapi dia baik mak, dah la baik, hensem lak tu... adoi... puji melangit sungguh. ye mak... sumpah tak tipu... hemsem mak...

    hehehehe... mak jgn mare ye mak. saya puji dia melangit sebab saya teringat sampai skang raut muka hensem dia mak. eiii... hensemnyeeeeeeeeee

    BalasPadam
  11. dah 4 tahun berurusan dgn doktor di hospitan ampang setiap 3 bulan.. Alhamdulillah semuanya baik2

    BalasPadam
  12. selamat petang drop here
    pagi tadi bz sangat

    BalasPadam
  13. so far tak pernah kena, mungkin diorg tertekan dengan beban kerja kut

    BalasPadam
  14. kat klinik sini ada doktor lelaki...sombong sangt...doktor lain ada je yang senyum2,yang tanya itu ini bila sakit.dia tak..dia check orang,tanya sepatah sepatah je.terus bagi ubat.macam robot je..

    BalasPadam
  15. kerja apa pun kakcik kalau dalaman kita masalah, memang akan jadi problem juga la.

    BalasPadam
  16. betul kak..mmg slalu je mengalaminya sbb sy mmg mampu gi govt hospital je. mmg sombong. lagi2 kalau yg muda-muda. dah la masuk2 je ngadap pc sbb kena isi maklumat dalam tu kan. pastu check pun lebih kurg je. hmmm.... rasa senang je kan kalau keje camtu. padahal kiter sume paham betapa susah nak dapat title doktor tu. susah nak study dlm bidang tu....

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum,
    Kat KPJ kajang pun doc melayunya kerek bukan main, siap wat muka lagi.
    Bila jumpa pakar bangsa lain, okey ajepun.
    Mungkin kena tambah gaji doc tak pakar tu kot baru boleh senyum hu huh uhu hu

    sometime, depa kerek dgn orang yang selekeh serabai (mcm saya), tapi bila tau keja saya...kenapakah layanan boleh berubah?

    sebab itulah saya tak suka kalau orang tanya saya keja apa hu huhuhu hu layanan akan berubah ikut jenis pekerjaan hu hu hu hu

    BalasPadam
  18. Perangai sombong ni ada di mana2. Dia kelihatan sombong bukan kerana dia doktor, tapi kerana dah tabiatnya begitu. Kalau dia tak jadi doktor tapi jadi jurutera, peguam, PTD, guru atau buruh kasar sekali pun dia tetap juga sombong, kerana itulah dirinya yang sebenar. Sekarang semua hospital ada borang aduan pelanggan, jika ada yang bekerja tak mengikut etika yg ditetapkan kita boleh buat aduan dan mereka yang berkenaan tak kira doktor, jururawat dan atendan boleh diambil tindakan oleh KKM jika aduan itu terbukti benar.

    Apa pun saya kesian dengan nasib doktor kerajaan yang terpaksa melayan begitu ramai pesakit sehari, ramai yang tak cukup rehat, on call lagi. Sesetengahnya kerja dalam persekitaran kerja yang tak kondusif. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

    BalasPadam
  19. doktor sombong tak penah jmpe lagi. Nurse garang bnyk kali jumpe

    BalasPadam
  20. doc2 sekarang ramai dah ok berbanding dulu..bial kerja kat hospital lain, bila kerja kat klinik (part time)berbayar lain

    BalasPadam
  21. Pada saya sesetengah doktor berlaku sombong kerana mereka "boleh" melakukan perbuatan tu. Sebab at the end, dia yg akn tetapkan keputusan akhir pesakit. Maka seolah-olah halal bagi dia jika dia mahu buat ape je termasuk memarahi, memaki hamun, menyindir, berlaku kasar dan banyak lagi. Klau kita bantah maka terima lah akibatnya. Wpun doktor, dia tetap manusia, ada perasaan meluat, dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Mka disabkn pesakit tu bawah "kekuasaan" dia, boleh la dia amik kesempatan. Zaman dahulu org jd doktor ikhlas sbb minat dan ingin menyelamatkn nyawa. Namun sekarang org jd doktor sbb gaji besar dan kedudukan dlm masyarakat tinggi dan dihormati. Akhirnya lahirlah golongan yang merasakn mereka ni "elit" dlm stuktur sosial. Wpun klo kte tgok facebook doktor2 ni yg sibuk menyuruh org rmai memahami tugas doktor yg berat, namun itu tidak mnghalalkn doktor melepaskn stress pd pesakit. Bagaimana keadaan pesakit pula, adakah dia phm. Jauh skali. Saya prnh melihat kes dimana seorang wanita cedera teruk tertikam menyebabkan beliau sukar berjalan dan tidak mampu duduk. Namun doktor hanya beri MC sehari je. Ini ditikam bukan demam. Apabila family wanita itu cuba mempersoalkn tindakan doktor itu, doktor itu mula berang. Disebabkn itu, dengan kuasa beliau, doktor tersebut tidak benarkn MC lebih dr waktu yang beliau bagi. Alasannya, terikat dengan undag2 dan protokol. Ini jelas skali satu penipuan krana salah seorg family mangsa yg ade disitu merupakan seorang peguam. MC diberi atas budi bicara doktor, tidak terikat dengan undang2. Wpun prnh bersumpah, percayalah rmai doktor yang dh lupa sumpah tersebut.

    Namun alhamdulillah masih ada sebilngan kecil doktor2 yg saya jumpa sangat lemah lembut dan menghormati pesakit. Biarlah yg sombong itu, tidak ke mana kesombongannya.Akhirnya akan mati dan dibalas di akhirat kelak. Doktor yang baik, kita doakan supaye bilangan mereka bertambah dan dipermudahkan urusan mereka. Sahabat saya seorang doktor prnh beritahu yang hampir 70% doktor di Msia mengalami masalah mental akibat beban kerja. Namun pd saya, bkn kerana beban kerja sahaja tetapi balasan akibat perbuatan mereka yg berlaku zalim pd pesakit. Klo anda selamatkn nyawa sekalipun tp kerana gaji bulanan, hanya itu yg anda dapt, tapi klo ikhlas, lebih dr itu akn anda perolehi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com