Kawan-kawan kakcik

Isnin, 31 Mac 2014

Betapa kerdilnya kita...

...sehingga diperkotak-katik sebegini rupa
kita iyakan kata mereka
kemudian mereka kata itu bukan kata-kata mereka
sebaliknya mereka cuba memperlekehkan kita
seolah-olah kita langsung tak punya daya upaya

Mungkin agaknya mereka cuba mengajar kita
untuk tidak mempersoalkan kuasa yang mereka ada
di mata mereka kita tak ubah seorang peminta
yang tak punya dan kurang ilmunya

Kalaulah kita bisa bersatu
di bawah nama bangsa yang satu
bukan bangsa cina iban india atau melayu
tapi bangsa Malaysia yang bersatupadu
ketepikan segala kefahaman yang tidak perlu
barulah kita dihormati sedari dulu

#prayformh370 #doauntukmh370

8 ulasan:

  1. assalamualaikum kakcik..yer betul tu...:)

    BalasPadam
  2. sedih dengan keadaan sekarang..macam2 spekulasi..macam2 tohmahan...kita di perkotak katikkan...sedih sgt2...

    BalasPadam
  3. Memang mudah mengkritik kelemahan orang lain. Kalau orang lain itu berada di tempat kita mereka juga mungkin menerima nasib sama - dikritik oleh pihak lain. Dan kita juga mungkin berada dalam kumpulan pengkritik itu... :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Orang dah lama tunggu peluang terbuka sebegini...tapi, masih ramai orang kita tak sedarpun tentang hal ni, atau buat2 tak sedar semata2 kepentingan diri sendiri. bukan nak pikir ganerasi akan datang

    BalasPadam
  5. Bila fikir pasal kos yg trpaksa di tanggung, rasa takut juga..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com