...pastinya tidak kan? Kerana dalam negara yang penduduknya berbilang bangsa pasti agama yang dianuti juga berbeza.
Walaubagaimanapun, bila 'agama rasmi negara' telah diisytiharkan, mungkin bermaksud majoriti pemimpin dan penduduk negara berkenaan menganut 'agama negara' tersebut.
Sepatutnya bila agama rasmi diisytiharkan, pegangan terhadapnya adalah sepenuhnya tanpa tolak ansur. Tidak perlu ada tunjuk perasaan atau jerit pekik serta fitnah dan adu domba bila pegangan agama dipegang dengan kukuh.
Lihat sekeliling kita sekarang. Benarkah kita sangat sayang dan berpegang teguh kepada ajaran agama?
Ingat - Islam adalah agama dan bukan bangsa. Melayu adalah bangsa dan bukan agama. Singkirkan fikiran ortodok bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam walaupun di kad pengenalan, bila Melayu automatik agamanya Islam.
Lihatlah anak-anak Melayu yang sangat kucar-kacir kehidupan mereka sekarang. Yang sangat-sangat membuatkan hati seorang ibu seperti aku rasa takut untuk melepaskan anak keluar rumah! Benar, pendidikan bermula dari rumah. Ibubapa yang mencorakkan anak-anak mereka. Namun sekarang, dunia luar lebih terbuka. Lebih menarik untuk anak-anak meneroka.
Tanpa menyebut nama, kalau ada yang masih ingat tentang seorang gadis (sekadar satu contoh) yang lancar membaca Al Quran dan memahami tafsirnya boleh terpesong akidah dek kuatnya tarikan 'dunia luar', bagaimana pula anak-anak yang hanya ada asas mengucap Syahadah dan hafal surah Al Fatihah?
Tak payahlah kita menuding kepada para pemimpin yang sangat sibuk memikirkan hal negara dan dunia hingga mereka pun tak sempat hendak meminta isteri mereka mencapai tudung kepala apalagi untuk memakainya.
'Agama rasmi negara' nampaknya tak mampu hendak mencegah kemungkaran yang berleluasa kerana agama itu tidak dipakai dan disayangi oleh penganutnya.
Baru-baru ini aku melalui Bintang Walk di Kuala Lumpur pada jam 2.00 pagi. Bintang Walk ini khabarnya dibina untuk 'orang asing'. Ada sesiapa yang dapat memastikan bahawa tiada orang tempatan yang bangsanya Melayu dan agamanya Islam tidak berpeleseran di situ?
Wanita jadi-jadian dengan pakaian yang menjolok mata bersidai di tepi jalan mencari apa?
Apakah tempat begitu tidak memerlukan pemantauan Jabatan Agama?
Apakah sehingga terjadinya bencana baru mata hendak dibuka?
Wallahuaklam.
begitulah bila ISLAM hanya pada Mykad saja...tidak diamalkan..tidak dihayati..
BalasPadamBilamana HUKUMNYA ditolak...DIA mahu kita merintih memohon keampunan...
BalasPadamBETUL LA TUE
BalasPadamseram biler memikirkan masa akan dtg nanti pulak..
BalasPadamIslam juga adalah cara hidup kita, dan betullah orang kata, keimanan dan ketaqwaan tak boleh diwarisi, dan once kita perolehi, nak maintain memang payah!
BalasPadamsesungguhnya dunia ini semakin menakutkanku...
BalasPadam'Yang sangat-sangat membuatkan hati seorang ibu seperti aku rasa takut untuk melepaskan anak keluar rumah!'
BalasPadamBeberapa insiden peribadi kebelakangan ni buat teman nk peghonyok balik anak dok dlm peghut :'(
islam VERSI yahudi :-(
BalasPadambila berak dudok lebih mulia VS cangkong sunnah
nikah pun kini disukarkan
meme patut mh370 hilang sebagai tanda protes
makin menyedihkan perangai anak muda skrg
BalasPadamHmm..dunia semakin pelik..(T T)
BalasPadamJauhkanlah perkara yang tak elok dari keluarga kita semua hendakNYA.
BalasPadamMacam-macam cerita tantang Islam. Semoga kita semua jadi insan yang berguna untuk agama kita.
BalasPadamYang paling lawak ada yg mati-matian mempertahankan kalimah Allah, tapi hukum Allah mereka tak peduli sangat. Misalnya kalau cakap hudud pelbagai alasan untuk mengelak sedang ia hukum Allah. Berpakaian tak melambangkan Islam, pergaulan tak melambangkan Islam, bercakap tak berlandaskan hukum Islam. Kononnya sayang kepada nama Allah tapi mengapa tak sayang dan mempertahankan hukumNya?
BalasPadamorg tgh berdoa pasal MH370...pasal jerebu...dorang sibuk terkinja2...smg diberi petunjuk buat mereka
BalasPadam