Kawan-kawan kakcik

Khamis, 27 Februari 2014

'Aku nak buka 7 Eleven'...

Sebenarnya aku tak ada perancangan khusus bila aku buat keputusan untuk bersara awal.

Lagipun,  aku fikir paling cepat aku akan bersara lebihkurang dua setengah tahun lagi iaitu di usiaku 55 tahun (Ogos 2016).  Tak sangka pula tiba-tiba suamiku bersuara mengizinkan aku bersara lebih awal dari tarikh itu.  Lalu aku membuat dan menghantar surat permohonan untuk bersara pilihan sendiri mulai 1/1/2015.

Ada yang bertanya aku nak buat apa bila sudah bersara nanti.  Selalunya jawapan yang aku beri 'nak jaga cucu', walaupun jawapan itu hanyalah sekadar 'pemati kata'.

Entah macam mana,  semalam tiba-tiba terpacul jawapan 'nak buka 7 Eleven' bila aku ditanya lagi.

Huhuhu.... keluar masuk 7 Eleven untuk menghabiskan duit bolehlah.   Nak buka 7 Eleven sendiri mungkin satu impian yang nampaknya sukar untuk dijadikan kenyataan!

Tapi, kalau Allah nak beri rezeki,  pastinya ada jalan,  kan?  :)

20 ulasan:

  1. bagus juga kakcik..lepas bersara, buka kedai sendiri..saya pun selalu berangan nak ada kedai sendiri ^_^
    InsyaAllah kalau sungguh, akan dipermudahkan

    BalasPadam
  2. yg penting ada plan kak..merealisasikannya jgn katakan tidak...mana tau rezeki...tertunai plan yg dihajati...

    BalasPadam
  3. banyak masa lapang pun rezeki jugak tuh kak cik... boleh timba ilmu banyak2.. ilmu agama ker.. ilmu memasak kerr.. ilmu jahit2 kerr.. mcm2 ada

    BalasPadam
  4. nak keja part time mak kat 7 eleven mak.... hehehe

    --jom bukak kedai dobi--

    BalasPadam
  5. Boleh aje Kakcik.. Apa lagi kalau kawasan ramai penduduk dan belum ada lagi 7 eleven di tempat itu. Masih ada 10 bulan lagi kakcik utk merancang..

    BalasPadam
  6. mak..buat perniagaa masak mak..buat mcm bekal tu..insya Allah laku tu..

    BalasPadam
  7. Kebiasaan bekerja jadi bila bersara rutin akan bertukar 360 darjah, suami Aina tak mampu nak lalui zaman bersara sebab berpuluh tahun bekerja akhirnya dia mula bekerja kembali. Mungkin berbeza bagi kita org perempuan yg sentiasa ada aktiviti yg perlu dilakukan di rumah.

    BalasPadam
  8. Ok tu kakcik kalau nak bukak 7 eleven... ada aktiviti lepas bersara...

    BalasPadam
  9. Bestnya dah nak pencen,x pening2 fikir kerja.

    BalasPadam
  10. Kalau Kakcik betul2 nak berniaga, eloknya Kakcik ambil cuti tanpa gaji dulu antara 6 bulan - 1 tahun untuk cuba ceburi bidang perniagaan tu. Kemudian kalau nampak bisness OK, barulah Kakcik apply pencen dan teruskan bisnes. Kalau tak OK boleh kerja balik atau nak pencen jaga cucu pun tak apa. Jangan jadi macam kawan saya, lepas pencen tanpa pengalaman berniaga akhirnya duit pencen lebur bisnes lingkup!!

    BalasPadam
  11. Seronok bila sampai masa dah tak fikir pasal kerja dah.. saya lambat lagi..

    BalasPadam
  12. Wah bagus tu Kakcik. Nanti bagitahu lokasinya juga. Nak pergi singgah 7E Kakcik. ;-)

    BalasPadam
  13. kalu dh ada niat tuh kakcik, kalu diusahakan insyallah dpt lah bukak tu...

    BalasPadam
  14. eh ini dah bagus dah kakcik...francais kan...kalau ada modal dan kemahuan..insyaallah boleh...SA doakan ye...

    BalasPadam
  15. Kalau ada modal memang elok bukak bisnes ni kan.

    BalasPadam
  16. Mencari peluang perniagaan boleh bersama Glocal Travel & Tours Sdn Bhd sebagai Wakil Umrah syarikat untuk menambah kenalan dan sebagai cara untuk menuju Baitullah setiap tahun hubungi 0173016987 atau idzham@glocal.com.my

    BalasPadam
  17. Assalam kak, dh buka seven eleven ke? sy pun cadang nk buka juga. kalau tak keberatan mohon share pengetahuan dan pengalaman pada sy yg baru nk belajar. kalau tak keberatan boleh kak bg contact no. No sy 0196655367

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com