Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Januari 2014

Mungkinkah hanya maruah yang kian murah...

...tengoklah hidangan ini :

Sarapan pagi : teh O dan sepiring mihun goreng

Makan tengahari :  nasi putih + gulai ayam + sayur goreng + sambal belacan + ulaman + buah potong + air oren

Kos untuk yang di atas dikira RM12.00 SEORANG...

Murah ke tu?

21 ulasan:

  1. Rasanya sama jer kos di Shah Alam ni kakcik seroja.. untuk sarapan pagi RM4 dan tengahari RM8 , jadinya RM12 sekepala dicajnya kakcik...

    BalasPadam
  2. macam mahal je kan.... bole konyang macam ni...

    BalasPadam
  3. Salam kak seroja
    dua org bersarapan pg mkn roti canai dgn teh tarik rm6.mahal meroyan..
    Altanitif nya msk sendiri jwabnya..
    hidangan kt atas tu,...enak tapi boleh thn juga hrganya..berpatutanlh juga..

    BalasPadam
  4. berapa org punya makan tu kakcik?
    kalau less than 50 pax, or setakat 20-30 pax kira okay la tu...dah murah sangat tu dlm era kangkung sekarang...
    kalau jemputan 200 pax or more than 500-1000 boleh la mintak murah2...kitorang caterer pun nak hidup juga...saya sendiri akan charge tinggi kalau tempahan setakat dicelah gigi tapi pelanggan saya so far so good, amat memahami, lebih2 lagi kalau tempahan itu ditaja, bukannya keluar dari poket dia.

    masak sikit or masak banyak - tugasan sama berat...dari mula nak menapak ke pasar... masak sampai lupa bantal tilam selimut bagai...disaat si peng-order dan si pemakan sedang lena diulit mimpi..penyediaan tu termasuk penggunaan air, api, gas dan pelbagai lagi yg bukannya percuma pun...kemudian penghantaran dimana petrol dan tenaga pekerja pun perlu dibayar...dan alas meja serta cawan gelas dan pinggan mangkuk perlu sabun dan air dan tenaga utk dicuci...

    bg saya kalau jamuan itu ditaja, makan jer la tanpa perlu bersungut atau dipertikaikan...atau lebih baik lainkali buat potluck utk penjimatan...bayangkan kalau kita sendiri nak buat kenduri kecik2 kat rumah...rasanya takat rm200-300 tak cukup...

    kdg saya rasa klakar sikap sesetengah dari kita, bangga berhabisan di kedai makan org luar (wlp franchise ntah betul halal ker tak - pak-pak arab tu pun belum tentu lg Islamnya apalagi ngan makanan mamak, jepun, korea yg ntah hapa2 harganya) tp byk sgt pertikaiannya bila dealing ngan sesama Melayu...lain la kalau caterer tu Indon atau Indon bertopengkan Melayu...yg mengabaikan kebersihan dan apa yg perlu sebagai caterer...

    saya taktau caterer mana yg gambarnya kakcik ambil tu, saya bukan terasa hati pun, kakcik pun ada hak nak bersuara tp saya terpanggil utk tulis ni sebab saya pun seorg caterer, wlp tak seberapa tp situasi saya begini - setelah berpenat lelah menyediakan tempahan, masak sepenuh jiwa macam nak bagi makan anak sendiri tapi feedback nya pulak tak berbaloi...terasa seolah2 semua bahan yg kami masak tu macam boleh dikutip tepi parit sepanjang jalan dgn percuma...dan ayam2 /daging boleh terbang dtg sendiri dah siap mandi, hanya perlu terjun dalam periuk/kuali...dan saya hanya perlu tuding jari main tunjuk jer lalu semuanya jadi magic...sedangkan masak utk family sendiri pun ramai yg mengeluh bosan..
    lebih senang makan luar...apalagi nak masak byk2 utk orang...sesekali kena letak diri kita dalam kasut orang yg berkaitan...dan cuba berfikir sesuatu di luar batas fikiran yg biasa...

    saya akui ada caterer yg langsung tak masuk dapur..semuanya serah kat pekerja Indon, tauke hanya tau kira duit...kualiti makanan pun tak diambil kira...tp yg tu biarlah diberi hidayah atau diberi balasan yg setimpal...saya jaga maruah catering saya.

    maaf kakcik, kita berdua hanya manusia biasa, tidak sempurna, ada tikanya kita mungkin berbeda pandangan tp di sini la nikmatnya dalam berkongsi pandangan dan berkawan. Sentiasa ada ilmu dalam setiap kepahitan. Ingatkan tu jer. Yg baik dari Allah swt, dari saya hanyalah segala kelemahan dan kekurangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan Kak Q. Hari ni, rakan sekerja saya carikan caterer untuk company. Coffee break, lunch dan tea break... Untuk 30 orang. Caterer charge RM32 seorang. Manager kami bising kata mahal. Saya pula kata dah murah dah tu. Buffet, dan ada yang tolong jaga dan serve. Kalau nak murah lagi, terpaksalah dia pegi beli bungkus kat kedai mamak tetiap hari... Atau, dia kena sanggup tak tidur malam, masak sendiri. Kalau kita dah biasa ke pasar dan membeli barang dapur, dah boleh anggar sendiri kos nya...

      Padam
    2. bila ORANG TENGAH bersuara :P

      macam kantin sekolah lah

      Padam
  5. Salam kak cik,saya setuju sangat dengan tajuk diatas.

    BalasPadam
  6. Kalau pada kakak tetap mahal kakcik. Sebab itulah kakak memang bawa bekal hari-hari. Tak sanggup nak beli selalu di tambah malas nak turun pun ye juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah pasti bersih. berkat some more

      air tangan ibu/bini solehah

      Padam
  7. kalu sorang ayam gulai tuh banyak gitu mungkin ok kot utk semua menu tuh rm12 sorang... sbb dh terbiasa kot kakcik ngn hidangan gitu... nsb lah kite msh ada kuasa utk memilih nk mkn kt tempat mahal or murah

    BalasPadam
  8. Mahal juga tu. Kena berjimat cermat. jika nak makan kat kedai mamak pun mahal juga. saya lagi suka makan di kedai melayu.

    BalasPadam
  9. Harga gitu bergantung la pada financial seseorg tu. ada kata ok, ada kata mahal..

    BalasPadam
  10. setuju ngan abg Abil...pada SA mahal...x tau pada orang lain...

    BalasPadam
  11. jika masak sendili, rm12 untuk 1 famili siap pagi lunch n dinner ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com