Nasi yang BS tak lalu nak makan... |
Aku tahu bahawa Budak Sepet 'tak boleh hidup tanpa nasi'. Lalu aku masak juga beras tersebut. Angah minta buatkan nasi goreng. Dia (Angah) dan Bangcik makan tanpa soal. Boleh bertambah lagi. Budak Sepet makan tak habis.
Aku fikir dia sudah kekenyangan.
Kemudian aku masak lagi nasi putih. Lepas Maghrib, aku tanya BS nak makan tak? Dia nak makan dengan lauk telur hancur.
Bila siap, aku duduk tunggu dia makan. Nampak dia tak berselera.
Aku kata 'Adik tahu tak beras tu mahal?'
Spontan dia menjawab, 'Adik makan nasi orang miskin je. Adik tak suka nasi panjang. Adik suka yang pendek'.
Alahai anak....
Mungkin mak kena cari beras ST15% yang telah diumumkan oleh Kerajaan hanya untuk orang miskin itu.
Mak tahu, Adik faham bahawa kita ini memang pun orang miskin - orang kata 'miskin bandar'...
Adik suka beras biasa. Beras ni bila jadi nasi minyak baru adik suka rasanya.
BalasPadamMemilih juga budak Adik ni. Nasi pun dia lebih suka nasi putih je...
Padamberas mahal tak tertelan dek tekak mak...same la dgn izwa..
BalasPadamMak terpaksa makan bila anak tak nak makan. Sayang kalau nak dibuang... huhuhu
PadamBeras mahal makan tak kenyang.
PadamHehehe...
Padamberas pendek jugak jadi pilihan....
BalasPadamLebih sedap dan mengenyangkan. :)
PadamSamalah yang kat rumah ni ... tak nak dia orang beras yang panjang2 tu ...
BalasPadamMacam tercekik bila makan! :)
PadamSaya pon tergolong dlm golongan miskin bandar tu. Tak pernah beli beras mahal.
BalasPadamKat rumah tu dapat subsidi, tu yang boleh beli. :)
Padamberas mahal cuma rm30 semalam di aeon big putrajaya sempena raya cina
Padamlarat beli 3 kapit je 10 kg each
Baguslah tu,dia tak hipokrit mcm kebanyakan orang kita yang hari-hari makan kat mcD dan KFC konon -konon banyak duit walhal gaji tak pernah cukup.Kata orang,biar papa asal bergaya.
BalasPadamSebenarnya cara hidup yang menyebabkan kita tak pernah cukup duit.
Anak2 kena diajar bahawa ibubapa mereka bukan sentiasa mampu dan ada ketikanya langsung tak mampu...
Padammc d n kfc makanan orang miskin bandar now
Padamsecret recipe n etcs baru kaya
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAlahai adik dah dpt beras grade baik nak pulak yg pendik-pendik ye.
BalasPadamBeras panjang tak bekanji kakcik tapi yg pendik mungkin berkanji itu yg adik suka.
Adik memang pemakan nasi tegar. :)
PadamBoleh pula keluar ayat mcm tu ;) baru beli beras org kaya walaupun miskin bandar hehe. Sekali sekala nk rasa jd org kaya ;)
BalasPadamBiasanya kita orang makan nasi dari beras siam wangi. :)
Padamcheqna pun tak leh telan beras mahal ni...x tau kenapa..
BalasPadamsuka beras nagasari =)
Beras ni sesuai untuk buat nasi beriani je kot. :)
Padamsungguh panjang itu beras...huhu..memang pelik makan nasi putih beras panjang
BalasPadamMacam kalau letak kuah pun tak serap, kan? :)
Padamberas yg dah biasa makan ari2 tu la yg sodap.
BalasPadamBetul betul betul...
Padampandai gak budak2 membezakan nasi orang kaya dgn nasi orang miskin ye..
BalasPadamberas org kaya ni pn sy xbape blh telan..dah terbiasa dgn beras berkanji..hihi
Selera orang kita memang macam tu kot. :)
PadamBudak2 kat rumah tu tak kisah kak..saya beli mahal murah janji nasik...cuma yg berkanji lebih dan lembik mereka tak lalu...
BalasPadamBerbanding abang2nya, Adik memang tak boleh kalau tak makan nasi dalam sehari. Mungkin sebab itu dia agak memilih jenis nasi. :)
Padamst15% - miskin TEGAR nih :P
BalasPadamsebab beras pendek rm25
mahal nya lak 2 kali ganda
Sebenarnya tiada apa yang betul2 murah sekarang. Atau sebenarnya nilai wang kita kian kecil...
PadamMasa mengandungkan dak Nuha saya teringinkan nak makan nasi dari beras mahal.. hari-hari makan nasi dari beras mahal.. tapi sekarang takdelah.. ;)
BalasPadamDak Nuha boleh makan nasi dari beras murah tak? :)
PadampB tak suka makan beras wangi.....
BalasPadamBeras siam yang kakcik makan tak ada bau.
Padameh! Ye ke namanya siam wangi? Hehehe
beras wangi tak perlu lauk. dah jimat. contra :P
Padamsamalah kak chik disini kalau yang panjang2 ni sumaiyyah cakap... "mama nasi pendek dah habis ke"
BalasPadamMaknanya, beras panjang tu memang tak ngam untuk dimakan sebagai nasi putih, kan? :)
Padamhahahahha dana pun tak penah beli beras mahal yg panjang2 tuh kak... kalu nk bt makan hari2... botak kepala nk carik duit kakcik oi heheheh...
BalasPadamSuami kakcik dapat harga subsidi, murahlah sikit. Tapi nak tunggu isterinya masak nasi beriani atau nasi minyak, alamat berkulatlah beras tu! :)
Padamkat rumah mak saya pun kalo masak beras panjang tak laku... abang saya kata tak nikmat & tak kenyang...
BalasPadamBila kakcik buat nadi goreng, ianya lebih laku berbanding nasi putih. :)
Padamassalamualaikum kakcik....betul tu kalau nasi bryani sedap kalau mkn biasa mcm lain jer...
BalasPadamWaalaikummussalam. Kakcik tak pandai masak nasi briyani...huhuhu
Padamkadi kluang boleh tolong ajar kan ;)
Padambetter belajar "sebelom" terlambat :P
Salam Kakcik....mmg beras pjg tu mahai,pandai Adik ya..'mkn nasi org miskin'
BalasPadamWsalam. Adik tu memang banyak cakap. Kadang2 tak terjangka apa yang dia nak kata. :)
Padamsy penah jg beli beras mahal tp x berapa nk kenyang...x pe la beras hancur janji perut berisi
BalasPadamTu la, mungkin sebab ia tak berkanji jadi kita rasa macam tak kenyang je, kan? :)
PadamAssalamualaikum Kak Cik
BalasPadamBS belum biasa makan beras tu lagi
Waalaikummussalam. Elok juga dia tak pandai makan, susah mak ayah dia nak beli selalu nanti...hehehe
Padamis jugak xpernah makan beras panjang2 tu (^___^)
BalasPadamKat rumah ni sebab suami dapat harga subsidi, bolehlah beli sesekali dlam setahun....:)
Padamapa kata kak cik "belikan" untok kami
Padamnanti kita bagi extra lah... kira salah guna kuasa tak nih? jika ya, tak perlah.
Alahai anak2 ida pun tk suka beras panjang2 ni kakcik..
BalasPadamKakcik sendiri pun tak suka, tapi makan je kalau pilihan tak ada. :)
Padam