Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 November 2013

Kenapa harus jadi pelat?...

Kalau dah tinggal di negara Barat contohnya, baru beberapa bulan saja pun, kenapa bila balik ke Tanah Melayu, lidah kita mula 'bergulung'?

Itu adalah mengada-ngada namanya, kan?

Suatu pagi, kakcik menonton rancangan Istimewa Awal Muharram di Astro Oasis.   Ianya mengisahkan anak Melayu yang telah puluhan tahun tinggal dan mempunyai kerjaya seperti membuka restoran di kota London.   Mereka bercakap Melayu dengan sangat fasih seolah-olah berada di kalangan keluarga di kampung.

Teringat pula cerita seorang kawan tentang saudaranya yang pergi bercuti tiga minggu ke London.   Bila balik ke Malaysia dia boleh buat terpinga-pinga bila melihat petai.  Dengan pelat yang dibuat-buat dia bertanya 'what biji is this?'.  Hahaha memang kena carut la jawabnya..

Orang luar yang datang ke sini beriya-iya belajar bahasa kita, kita pula yang malu hendak menuturkannya...

29 ulasan:

  1. Hmmm xtaulah nak ckp klu org mcm tu kan...kikiki

    BalasPadam
  2. eiiii...tak sukanya org mcm tuu...baru 3 minggu dah terbelit lidahnya...
    sampai tak kenal lagi petai...

    BalasPadam
  3. hahaha saya tak tahu cakap BI kakcik... tapi pelk lah pulak baru tiga minngu dah tergeliat lidah...

    BalasPadam
  4. kakcik, rasa macam nak lempang jer orang yang tak tahu petai tu apa...

    BalasPadam
  5. itu semua "poyo" jer tu....tapi ramai jer yang macam tu kan?

    BalasPadam
  6. Kebetulan...entry saya pada hari ini pun bercerita tentang bahasa.. :)

    BalasPadam
  7. salam kak...saya tengok juga rancangan tu. respect dgn kak hariani kalau x silap sy nama dia. Ada restoran kat sana kan?

    BalasPadam
  8. orang melayu kat sini pun jadi pelat jugak bila bercakap dengan cina atau india...

    BalasPadam
  9. kakcik..
    ni kisah sy sdiri
    masih kisah dlm negara ye, bukan oversea pun
    balik kg klate (baru kuar dr kg keje tak sampai 3 bulan)
    balik kg terus tukar slang Key El
    hellooooooooooooo.
    sy duk sini dh 15tahun
    balik kg elok je 'kecek klate'

    BalasPadam
  10. entry kak cik ni mengingatkan sy kpd asyraf sinclair... ;-)

    BalasPadam
  11. kihkihkih...memang nak kena orang ngengada pelat tu :)

    BalasPadam
  12. hooh kan..duk Malaysia lama pun ada yang masih pelat2 melayu nya..
    kena bagi makan jeruk petai baru ok kot

    BalasPadam
  13. lumrah alam:

    miskin berlagak kaya - risau dihina

    kaya lak nyamar miskin - takut kena culik

    BalasPadam
  14. Nasib la lecturer-lecturer yang baru balik belajar kat tempat saya ni takde la spesies lidah nak terpelat2 ke apa ke, semua masih berpijak di bumi yang nyata..:)

    BalasPadam
  15. itu namanya mengada-ngada..bagi je makan petai tu sepapan tak pun budu sebotol..elok lah cakapnya tu..hahaha..:)

    BalasPadam
  16. memang bikin kemaluan :P
    hehehee sori akak mood kelibuts serabuts!

    BalasPadam
  17. nak tunjuk dia dah p oversea la tu kakcik huhu

    BalasPadam
  18. hahahaha, macam-macam dgn perangai orang ni…
    Ha ah, Pak Awie yang buka restoren tu boleh jer cakap melayu dengan loghat utara lagi…

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    Pernah jumpa orang begini kakcik....rasa nak luku je kepala. Si korea, German, Perancis tu sedap je kita dengar cakap melayu, yang dia pulak sejak kecik makan daging salai boleh lupa cakap melayu, baru setaun di German hu hu huhu

    BalasPadam
  20. Hheee, macam2 pe'el manusia ni kak :)

    Tu baru 3 minggu dah 'lupa diri', belum 3 bulan or 3 tahun :D

    BalasPadam
  21. campakkan ular getah kat dia!!
    mesti melatah keluar bunyi piau Perak!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com