Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 November 2013

Berpantun di pagi Selasa...

Kain belacu berbenang suasa
kemas tersimpan di dalam peti
hendak kuluah pelbagai rasa
takut lain yang orang mengerti

Isi air ke dalam cangkir
dibawa belayar dalam perahu
biar di bibir senyum terukir
luka di hati siapa yang tahu...

16 ulasan:

  1. Memang indah berbudi bahasa
    cantik juga menjadi pilihan
    puas sudah memendam rasa
    Allah jua tempat pasrahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pohon kuini tumbuh di taman
      tumbuh sendiri tiada tuannya
      hidup ini bersandarkan iman
      tanpa Dia apalah ertinya...

      Padam
  2. aduuii...tak boleh nak karang pantun lah kakcik pagi2 ni...
    cuma kadang-kadang lebih selamat untuk kita memendamkannya..

    p/s hanya Allah saja yang mengetahui apa yang bergelodak di hati kakcik..sabar ya..

    BalasPadam
  3. Makan Kuih bersama inti,
    Jangan lupa basuh tangan,
    Suruhan Allah kita ikuti,
    Sunnah RasulAllah jadi ikutan,

    BalasPadam
  4. Sungguh indah jambangan merah
    Petik bersama teman di pekan
    Pada Allah kita berserah
    Usaha, Doa & tawakal kita pasrahkan.

    BalasPadam
  5. dulu juara bab reka pantun
    skrg skill nak karang pantun pun dah hilang
    huhu

    BalasPadam
  6. pantun akak ni sebenarnya luahan rasa la jugak kan..

    **ingat nak balas pantun, puas piker tak keluar idea pulak. :)

    BalasPadam
  7. poton buah secara dadu,
    kepada allah tempat kita mengadu ;)

    BalasPadam
  8. mak...mak...
    mak ni mmg kreatip...eh kain belacu tu sy tau...kain yg buat bantal isik kekabu..kan mak?
    p/s nak mangga...huhuhu

    BalasPadam
  9. meh bisik kat telinga dak iyra...
    sape yg buat mak i susah hati neh..
    nk kne babap tuhhhh~

    BalasPadam
  10. apa cerita sebalik pantun ni kakcik... KA clik2 nuffnang yer !

    BalasPadam
  11. Semoga dimudahkan urusan kakcik dan diberikan ketenangan hati dari Allah S.W.T.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com