Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 September 2013

Bila kita sudah biasa senang...

...tidak akan dapat kita rasa kesusahan orang
apa sangatlah nilai dua tiga kupang
bukan boleh pun membeli walau seutas gelang

Kalau kamu seorang kerani
jangan berlagak bagaikan menteri
ukurlah baju di badan sendiri
usah berangan terlalu tinggi

Jika kamu hendak hidup senang
ubahlah sikap dari sekarang
jangan sekadar harapkan subsidi dari orang
kerana poket orang pun sering berlubang

Kenaikan gaji sudah diberi
bantuan itu ini dan pelbagai lagi
belajar-belajarlah untuk mensyukuri
jangan peningkan kepala menteri

Gaji menteri perlu naik hingga tiga kali
bukan untuk mereka makan sendiri
kena menjaga pengundi di sana sini
takkan nak biarkan pengundi kais pagi makan pagi

Jangan pertikaikan bila menteri pergi bercuti
walaupun mereka menyewa pesawat peribadi
mereka perlukan rehat setahun sekali
setelah penat melayan karenah pengundi

Jangan bising dengan kenaikan harga barang
kamu beruntung kerana ia masih rendah berbanding di negeri orang
kalau kamu tak puas hati
pergilah berhijrah ke luar negeri...

30 ulasan:

  1. redha dlm paksa kakcik.... mlm td msti stesen minyak segenap malaysia nih penuh ngn kete.... peliknyer mcm esok lusa minggu dpn bln dpn tak pyh isi minyak dh hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal kan? Suami kakcik kata, nak rebut buat apa. Esok2 kena isi juga... :(

      Padam
  2. saya redha dlm paksaan ..
    saya dah buat pilihan
    namun tempiasnyee saya juga kena tanggung !
    semoga allah memakbulkan doa org2 seperti saya ..

    huwaaaaaaaaa ayat geram + sedih !

    BalasPadam
  3. hmmm...semua sudah memilih kan? yang pasti orang bergaji kecik & orang2 kampung yang tidak bergaji memang akan rasa tempiasnya..walau takder kenderaan pun:-)...barang naik marrrrrrr

    BalasPadam
  4. jadi maksudnya kita kena reda je ke kak.. :-(

    BalasPadam
  5. Rezeki ditangan Allah. Jika berusaha dan berdoa Inshaallah.

    BalasPadam
  6. hmm..dah malas nak komen kakcik..

    BalasPadam
  7. terima kenyataan..takde benda yg akan turun harganya...rakyat bisingnya seketika ja...tgklah harga ayam dimusim perayaan..skrg dah tiada siapa yg peduli...tunggu musim raya haji nanti pulak..riuh kembali..

    BalasPadam
  8. redha..kalau bersuara pun bukannya dorang dengar

    BalasPadam
  9. saya terima dengan hati terbuka dan redha aje KakCik...

    BalasPadam
  10. redha aje la...pasni kena banyak kan berjalan kaki la yek...;)

    BalasPadam
  11. Salam kakcik,
    banyak yang tersirat tu, mmmmmmmm............i like

    BalasPadam
  12. Redha dalam terpaksa kak. Smlm sy salah sorang yg q nak isi myk. Bukan sbb takut myk naik rege tp sbb lampu myk tu dah merah mintak diisi. Klw x isi jugak mmg x pi keje la pagi ni. Hu hu hu.

    BalasPadam
  13. redha dalam pasrah... nasib le kan kak chik

    BalasPadam
  14. sabar je la..kan??rakyat ni boleh pasrah je la..nak berarak ke jalan kang kata tak bertamadun pulak..heheh

    BalasPadam
  15. Terima jer lah. Klo bising2 pon bukan blh turun balik harga minyak.

    BalasPadam
  16. Salam Kakchik...terima kasih atas ucapan takziah dan sedekahkan Al Fatihah buat MIL ummi, semoga Allah membalasnya dengan pahala berganda.

    BalasPadam
  17. Sudah lama tidak meninggalakn jejak di sini...tapi bila baca ni,tersenyum sendiri..Pandai jugak kawan saya ni susun kata2...berbisa buat yg faham dalamnya makna.

    BalasPadam
  18. kah kah kah, ketawa guling2.... rakyat yg baik hati, memahami 'kesusahan' menterinya terutama mamak perdana...

    BalasPadam
  19. Amat mendalam sekali maknanya, Kakcik :)

    BalasPadam
  20. Petang-petang makan nangka, pantun kakcik saya suka.....

    BalasPadam
  21. pasrah jelh..siapalah kita dimata org2 atasan....

    BalasPadam
  22. Tak perlu ribut-ribut. Kerja kuat dari sekarang. PRU14 kita ubah. Kalau kita menang, depa sendiri akan pindah...

    BalasPadam
  23. mak, layakkah kita neh nk pindah luar negeri? nnt camne pagi2 nk bgn bekpes g hameed makan tosei kan? hurm hurm hurmmm..
    byk jugak nk kne pikirkan..

    isk isk isk.. kena buat sesuatu neh.. hurmmm~

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.