Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Ogos 2013

Jalan-jalan di hari raya. ..

Raya Pertama - konon nak ke rumah keluarga adik ipar di Sabak Bernam.  Tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.  Patah balik ke Kuala Lumpur.   Terus pergi ke rumah sepupu di Gombak.  Kemudian ke Taman Muda, Ampang. Kali ini ke rumah bekas pengasuh anak-anak.  Selepas solat Asar terus ke Bangi iaitu kediaman Dato' Abdullah Al - Hadi.


Raya kedua - ke Kuala Kangsar.  Menziarahi pusara bonda.  Menjengah rumah kampung yang disewakan.  Singgah juga di rumah sepupu-sepapat yang masih ada.  Ingin menziarahi satu2nya bapa saudara yang masih ada tapi beliau pula mengikut anaknya ke Pulau Pinang.


Raya ketiga - balik ke Teluk Intan.  Tak guna punya menantu,  kan?. Dah raya ketiga baru melawat mertua! Itu kenalah tanya anak dia @ suamiku...  Dari rumah mertua terus ke Hutan Melintang - rumah keluarga besan kami... 

Di rumah bekas pengasuh anak-anak.
Along dan Huda di Musollah Ehsan (kediaman Dato' LF)
Bersama adik-adik di rumah kampung yang disewakan.
Di rumah keluarga besan kami - Kg Sg. Sumun, Hutan Melintang.

21 ulasan:

  1. Masa raya ni lah nak berkunjungan kan Kak Cik Seroja...

    Selamat hari raya :)

    BalasPadam
  2. time raya memang happening.. semput nak beraya di banyak tempat.. ;)

    BalasPadam
  3. seronoknya dapat beraya beramai-ramai kan bonda...

    BalasPadam
  4. Seronok nya rya sb byk tmpt yg d kunjungi tu...

    BalasPadam
  5. Kak Cik masa raya nilah kita nak ziarah mereka yang terdekat dengan kita. Pusing raya sakan Kak Cik anak beranak.

    BalasPadam
  6. Salam kak cik..

    MEriahnya berjalan raya.. seronok dgr.. Family mak mentua saya pun ramai di sungai sumun tu kak..

    BalasPadam
  7. raya tahun ni saya pun banyak jalan2 umh sedara. maklum, tak balik kg kan... kalu blk kg mmg tak ke mana la mak. asyik leka layan tetamu. org kg yang jenguk org kl blk. hahahaha

    BalasPadam
  8. Sy klw setiap kali ry byk ddk kat rumah je..boring. nk jln takut jem..

    BalasPadam
  9. Saya berjalan raya tak berkonvoi tahun ni. Seronok tengok group family Kakcik.

    BalasPadam
  10. Thn ni saya hanya dirumah jer kakcik..berjalan pun hanya dekat2 rumah saja....

    BalasPadam
  11. selamat hari raya kakcik...

    seronok bila beraya ramai2...

    BalasPadam
  12. seronok jalan beraya kan kak ..
    tapi kalau sesak dlm jem tuu yg x seronok !

    BalasPadam
  13. Bestnya jalan2 masa raya.....(^_^)

    BalasPadam
  14. slamat hari raya Kakchik... maaf zahir batin

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Raya Kak Cik.. Maaf zahir dan batin.. Bestnyaa jln2 raya.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.