Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 Jun 2013

Serabut...

...bukan sebab salam tak bersambut
              bukan juga kerana senyum tak berbalas
                         tidak pula kerana tidur tak puas
                                  dan tidak juga kerana perut tak beralas...

...serabut kerana jiwa tak tenang
                asyik berfikir macam mana 'nak kenakan orang'
                          bagaimana nak buat orang jangan hidup senang
                                   biar semua orang terlepas peluang...

...akhirnya
              bagai layang-layang terputus tali
                        hidup sendiri kehilangan erti...



notataksiapatanya : catatan ini juga sebenarnya tiada apa-apa makna, sekadar untuk memastikan blog ini terus bernyawa...

31 ulasan:

  1. pandai kakcik ambik gambar yg 1st tu
    :D

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Cik

    serabut sekarang...tandanya Allah nak beri ketenangan di masa akan datang

    BalasPadam
  3. salam selasa
    singgah pagi
    dah sarapan?

    BalasPadam
  4. Hari2 pun, Kakcik rajin update blog. Heeee!

    BalasPadam
  5. orang yang berserabut begini tak bolehlah nak ditolong dia kena tolong diri dia sendiri. Muhasabah diri kenapa sentiasa berserabut.

    BalasPadam
  6. moga cepatlah hilang serabut tu.. ;)

    BalasPadam
  7. serabut saya dah hilang... hehehehe

    BalasPadam
  8. susah hati sampai tak leh tidur tengiok jiran asyik pi makan angin...cemburu..haha

    BalasPadam
  9. bagi saya ia mendalam maknanya .. sebab saya baru terkena. hehe.

    BalasPadam
  10. hope cepat hilang serabutnya, saya serabut tengok jerebu nih, tingkap tak bleh buka beso2.

    BalasPadam
  11. yuppp.. selagi phd bersarang di hati mmg serabut je kepala...

    BalasPadam
  12. keje banyak nie..serabut jugak nie..haha..xpe buat slow2..

    BalasPadam
  13. pekena teh sarbat sekali sekala.. kih3..juga tiada kena mengena dengan serabut :)

    BalasPadam
  14. wah, kakcik mmg berbakat dalam berkarya.

    BalasPadam
  15. Kalau hati tak senang mmg serabut. Taknak serabut senang2kan hati jgn sakit hati ;)

    BalasPadam
  16. ada org yg mmg tak penah berhenti pk tentang org lain...biarkan org itu trs berserabut

    BalasPadam
  17. berbahagia dgn kebahagian orang itu, mulia.. kan kakcik..?

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Kamera lama yang sedia ada. Bila pegang bergoyang, gitulah jadinya! :)

      Padam
  19. Semoga Kakcik dikurniakan ketenangan jiwa olehNya & dijauhkan dari manusia yg penuh hasad dengki, amin :)

    BalasPadam
  20. hidup ini memang bagai layang-layang. jaga anak remaja juga, kata mak iM kena jaga macam kita naikkan layang-layang ke udara.

    BalasPadam
  21. serabut bila kita rasa itu masalah. nak bg tenang. tinggalkan serabut itu jauh di belakang sana. pasti kita tenang sekali... InsyaAllah.. ketenangan adalah hak milik setiap insan..

    BalasPadam
  22. Hehe.... Suspen jugak tu... Macam frust je bunyinya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com