Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 Jun 2013

Sampai bilakah agaknya anak-anak hendak menyusahkan seorang ibu?...

Sepatutnya bila anak-anak telah ada kehidupan sendiri - ada keluarga iatu suami/isteri dan anak-anak, teruskanlah kehidupan itu tanpa menyusahkan ibu yang telah sedia susah.  Lainlah sekiranya ibu itu seorang jutawan yang hartanya tak habis digunakan hingga akhir zaman.

Sudahlah ibu itu untuk kehidupannya sendiri pun terpaksa meminta-minta.  Mungkin dia tidak meminta dari orang lain, sebaliknya dari anaknya juga yang kehidupannya 'senang sedikit'.  Tapi, pantang ibu itu mendapat rezeki yang lebih, adalah anak yang lain tanpa segan silu datang mengikis.

Memang benarlah kata bidalan 'seorang ibu boleh membesar dan membela sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh 'membela' seorang ibu'.

Tiba-tiba aku jadi sangat beremosi...

31 ulasan:

  1. Zana pun emosi juga bab2 begini. Kadang kala hati anak2 jadi keras, sanggup meminta dari ibu yang tak seberapa pendapatannya. Bila senang, tak ingat pun.

    BalasPadam
  2. saya segan nak minta kat mak walaupun susah...tapi hati ibu ni lain dari orang lain...anak je yang gamak buat kat mak

    BalasPadam
  3. Saya pun emosi bila cakap ttg ini.

    BalasPadam
  4. ni jadi cerita macam si tanggang. kengkdang bila tegok berita anak2 pukul mak bapak,kita macam nak ketul jer kepala diorg kan

    BalasPadam
  5. setuju kak ..

    setujuuuuuuuuuuuuuuuu sgt2 !

    BalasPadam
  6. Sepatutnya SENANG kan ibu bukan SUSAH kan mereka pula...kes2 begini mmg senang buat kita emo kak....

    BalasPadam
  7. Akan jd benda yg sama pd si peminta bila anaknya punya nnti yg akan asyik meminta.

    Biasalah tu Kakcik...sabar ya?

    BalasPadam
  8. anak2 akan menyebut nama ibu walau apapun situasinya, nak cari brang, nak makan, nak tidur, nak pakai baju. semuanya ibuuuuuu...tiba masanya kita akan merindui saat itu kan kan

    BalasPadam
  9. kekadang mmg betul ada wujud keadaan sebegitu kakcik.. sy sendiri pernah nmpk dan dengar dikalangan kita.. hhhmmmm

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kakcik ....itulah anak2 kita zaman skg kalau yg x tahu berfikir mcm tu lah jadinya pentingkan diri sendiri...;)

    BalasPadam
  11. kenapa dee rasa perkara mcm ni dah biasa sangat..ada yg dh beranak pinak pun still nak mak ayah yg jagakan anak2 dorang..kesian orang tua..dari muda sampai ke tua berkepit dgn anak kecil..lainlah mereka sendiri yg meminta..dahlah tu..dah jaga anak dorang tak dibayar pulak tu..tapi kalau antar kat nursery or bbsitter..eh..ada pulak duit..ada juga makpak yg menolak..alah..bank in ajelah kat tabung haji orang2 tua tu..ada je cara dia kan..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..tu bab jaga cucu..

    bab duit..mintak baru bagi..tak mintak senyap..org tua ni kita bagi sikit pun insyaallah doa mereka tak putus2 utk kita..sementara ada ni..jagalah hati mereka..nasihat utk diri sendiri gak ni..

    BalasPadam
  12. Tapi yg sedih kes begini selalu jadi pada bangsa kita kan kakcik. Sebaiknya kita tanam sifat berdikari pada anak-anak kita dari dia mula mengenal erti kehidupan.

    BalasPadam
  13. Mak la yang sanggup berkorban untuk anak2.. anak sedih mak ikut edih, anak sakit mak ikut terasa..

    tapi sedih mak.. kadang2 tak sapa tau..


    BalasPadam
  14. bkn bab harta or duit je kak..hal2 lain pon kdg2 x sedar, da menyusahkan mak ayah jg...

    BalasPadam
  15. nasihat utk sy jugak ni..takut juga kalau2 ada susahkan mak abah..bukan bab duit tp kdg2 kalau kena gi kursus ke terpaksa mintak mak jagakan anak

    BalasPadam
  16. Tiba2 jugak teringat pada ibu mertua yang semakin uzur.

    BalasPadam
  17. teringat cerita seorang sahabat saya minggu lepas..nasib ibu mentuanya yang dapat anak dan menantu yang lebih kurang macam yang kak cik kisahkan..kesian..

    BalasPadam
  18. setuju sgt kak.. mmg realiti pun... hmm... Alhamdulillah, bila dh khwin, jrg lagi sshkn mak pak.. susah senang kami sendiri suami isteri... paling kuat pun mnt tlg adik beradik tnp pengetahuan mak, takut mak pak risau..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    Semoga kita tidak tergolong dlm golongan anak2 yg begini

    BalasPadam
  20. Ramai juga yg begitu kan. Kesian ibu. Bila kita fikir hidup tak mahu menyusahkan org lain, kita tak sanggup buat begitu.

    BalasPadam
  21. Nape beremosi ni kakcik. Ada juga ibu bapa yg suka anak2 mereka bergantung pada mereka wp anak2 dh kawen dan beranak pinak. Malahan kalau anak menolak pertolongan, ibu bapa kecik hati. Sesuungguhnya manusia ni ada mcm2 jenis org.

    BalasPadam
  22. sedihkan bila keadaan sedemikian berlaku...trkdg ank2 langsung tak brfikir panjang..mrk anggap ibu bapa tu sntiasa berduit....

    BalasPadam
  23. betul tu kakchik... mudahan anak2 kita tidak akan menyusahkan kita suatu hari nanti..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Kak Cik

    kita doakan agar kita dan zuriat kita antara anak2 yg soleh

    BalasPadam
  25. SY JUGA ADA KISAH SEORANG IBU MALANG
    TP X SAMPAI HATI NAK SHARE KAT BLOG
    SMPI SKRG SAYA MASIH TERBAYANG2KAN KISAH MALANG ITU

    BalasPadam
  26. Sabarlah mak.. doa adalah senjata utama..
    Sedih pulak iyra tetiba.. sobsobsob...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com