Kawan-kawan kakcik

Selasa, 18 Jun 2013

Pantun Merapu Orang Yang Kehilangan Ilham...

...jangan curi pantun saya ya.  Kalau berkenan dah ingin menyalin, mintalah izin dulu... :)


malam yang dingin tidak berbulan
dahan sekah pokok tak tumbang
bukan tak ingin hendak berjalan
sayangnya langkah tidak seimbang

siang yang dingin tiada mentari
tebing retak sungai tersimpang
bukan tak ingin hendak menari
rentak dan tari kelihatan sumbang

pohon beringin tumbuh setempat
bukanlah tempat burung tempua
bukan tak ingin hendak melompat
tubuhku berat tidak terbawa


 
maaf ya kawan-kawan, masa untuk membalas komen dan 'bertandang' masih sangat terhad...

27 ulasan:

  1. samalah kita kakcik...tapi saya kemalasan melanda...tahap tertinggi...

    BalasPadam

  2. leka membaca komik tan tin tun
    penat membaca duduk bersembang
    lama sungguh kita tak berpantun
    badanku penat, ilham pun terbang...

    BalasPadam
  3. Kak cik memang hebat berpantun & berseloka, suka baca :)

    BalasPadam
  4. indah pantun2 ni kak cik

    BalasPadam
  5. As salam Kakcik,

    Kakcik sgt kreatif! Penuh makna & sedap bunyinya... klasik sgt :))

    BalasPadam
  6. Teringat N3 Pak Ngah teman kita yg pantunnya kena ciplak..

    pengantin tertunduk malu nampaknya
    wali bersila penuh bergaya
    sesekali berpantun apa salahnya
    warisan tradisi bangsa kita

    BalasPadam
  7. Lama tak berpantun
    Ingin Membalas
    Hati pulak runtun
    Khuatir Maksud tak Jelas


    respek kakcik...org lama lah katakan...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Hu hu hu hu ayat kaler merah tu buatkan daku teringatkan pakngah Hamzah ;)

    BalasPadam
  9. Bagus pantunnya. Sedap di dengar.

    Biar langkah tak seimbang
    Tapi masih mampu berjalan
    Biar rentak dan tari kelihatan sumbang
    Kerana kasih hamba turutkan

    Saja usik kakcik ;)

    BalasPadam
  10. pekan rabu sungainya kecik,
    awat super sibuk ke kakcik?

    haha dari org lama yg hanya mampu buat pantun 2 kerat :)

    BalasPadam
  11. ehh pantun pun jd sasaran si pencuri ke?? ingat resipi masak n gmbr2 je.. :p

    pantun mak mmg best..tu yg org suka nau menciplak tu

    BalasPadam
  12. 2 3 kucing main deram
    habis pecah cawan kaca
    kalau kakcik rasa geram
    tulis banyak2 cikda nak baca

    BalasPadam
  13. amboi kakcik berpantun segala ni hebat la kak noor mmg tak reti nk pantun2 ni

    BalasPadam
  14. Hilang ilham boleh buat pantun tu bagi makchaq terrer la...

    Makchaq kalau nak buat pantun kena cari ilham berhari kot..

    BalasPadam
  15. hari2 mkn tauhu..
    nak balas pantun sy x tahu hehehe

    BalasPadam
  16. ingat lagi hari tu waktu majlis perpisahan..jadi mc hanya pantun sampai ke sudah hehe..

    BalasPadam
  17. kalau tak de ilham, dapat karang pantun hebat camni, kalau ada ilham macam mana..... saya setakat pantun style jarjit upin ipin

    BalasPadam
  18. saya pun dah lama sangat tak berkunjung ke sini. apa yg penting, utama kan apa yg patut di utamakan terlebih dahulu

    BalasPadam
  19. pantun yang indah.. like!

    jaga kesihatan ye kakcik..

    BalasPadam
  20. Salam Kak Cik Seroja.. :)

    Tepi terpacak kuntumlah beringin,
    Takkan dedalu berpaut manyang;
    Nasi dah masak belumlah dingin,
    Makan tak lalu perut ku kenyang.

    BalasPadam
  21. pok amai-amai,
    belalang kupu-kupu,
    mak pantun handal dan pandai,
    saya nak jawab malu-malu..

    kuikuikuikui~
    hentam sajalah labu.... :p

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com