Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Mei 2013

Mekah - Satu Catatan Perjalanan (Bhg.2)...

...kita tidak akan merasai suatu pengalaman sehingga kita sendiri menempuhnya.  Kita mungkin dapat mengandaikan atau sekadar membayangkan tentang sesuatu perkara bila mendengar orang lain bercerita.  Bila kita mengalami sendiri, ianya mungkin sesuatu yang berbeza sama sekali...

Walau dalam apa peristiwa atau kejadian sekalipun, sentiasa ingat bahawa pergantungan kita adalah kepada Allah SWT semata-mata.  Kejujuran dan keikhlasan ada di mana-mana.  Jangan tanamkan prasangka yang menebal hanya berdasarkan 'cerita-cerita'.

Kakcik sering meninggalkan beg di ruang solat.  Walaupun tiada wang dalam beg itu, tapi tetap ada barang-barang lain yang berguna.  Dengan izin Allah, beg itu tetap seperti sewaktu ditinggalkan. 

Satu pagi dalam perjalanan untuk solat di Masjidil Haram, kakcik menyeluk saku jubah untuk mengeluarkan sesuatu.  Tiba-tiba kakcik melihat pekerja pembersihan berlari-lari ke arah belakang kakcik dan suami.  Kemudian beliau memanggil 'Haj...Haj...'.  Rupa-rupanya wang kakcik telah tercicir.  SubhanAllah. 


Hotel penginapan di Mekah Al Mukarramah.  Terletak hanya
lebihkurang 180meter dari Masjidil Haram.  Pertama kali kakcik
tengok ejaan Pa Nun Dal Khaf itu kakcik baca sebagai PANDAK!

Kami pergi melalui pakej WIRA SAUJANA. Perkhidmatan dan
layanan yang diberikan oelh syarikat ini adalah sangat memuaskan.



25 ulasan:

  1. Alhamdulillah..sedih setiap kali membaca pengalaman kawan2 di tanah suci

    BalasPadam
  2. seronok ye..bukan shaja dapat menunaikan umrah bahkan pengalaman yg mahal dan berharga

    BalasPadam
  3. Errr...saya pun baca PANDAK kakcik!

    Sebenarnya apa? Pondok? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa nak tanya Along apa sebutan sebenarnya. Pandek kot! Maksudnya Hotel, kalau tak silap kakcik. :)

      Padam
    2. Ustaz kelas arab makchaq kata funduq

      Padam
  4. Betullah tu Pandak tu bermakna hotel kakcik...

    BalasPadam
  5. Selamat kembali ke tanah air Kak Chik. Aspen harap rezeki Aspen kesana pulak menyusul. Teringin juga nak solat subuh atas awan macam Kak Chik.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Masing2 ada pengalaman sendiri.

    BalasPadam
  7. Siapa yg pernah kesana sudah tentu ada pengalamannya sendiri yg tak blh di lupakan

    BalasPadam
  8. tengok gambar pun dah buat hati ni rasa cemburu je...bila la dapat pi..

    BalasPadam
  9. bestnya tengok....harap2 ada rezeki untuk kesana, insyallah, aaminn

    BalasPadam
  10. wah...alhamdulillah sampai juga mama ke sana...syukur...
    insyaallah nanti giliran cheqna plak(x tau bila)..mudah mudahan....

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kakcik...seronoknya dpt ke sana...:)

    BalasPadam
  12. alhamdulillah, sihat kakcik dan suami di sana :)

    BalasPadam
  13. cm ne cuaca kt sn kak cik? sejuk ke panas?

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...pelbagai pengalaman terus tersemat dihati sewaktu disana yer kak...

    BalasPadam
  15. Pengalaman yang tak dpt dilupakan yer Kak Cik.. rasa nak pergi lagi kan.. :)

    BalasPadam
  16. bestnya dh sampai ke sana.. jeles sekejap.. hu2.. nk jugakk.

    BalasPadam
  17. ALHAMDULLILAH.. selamat semua nya kann.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com