Dalam setiap doa seorang ibu, anak-anak adalah satu keutamaan. Segala kebaikan dan kesejahteraan serta rahmat dan kasih Ilahi sentiasa dipohon. Kebahagiaan anak-anak di dunia serta kesejahteraan mereka di akhirat adalah doa yang tidak putus-putus dipanjatkan. Antara yang sering dipinta sepenuh hati :
"Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anakku. Jadikan mereka insan yang sentiasa patuh di jalanMu. Jadikan mereka sentiasa berkasih-sayang sesama mereka. Jadikan mereka anak yang patuh kepada ibubapa pada jalan yang Kau redhai. Lembutkan hati mereka untuk sentiasa menyegerakan solat..."
Opss... dah melalut. Pusing semula ke tujuan asal catatan ini :
Setiap kali tawaf, ada doa-doa yang dibekalkan untuk setiap pusingan. Bagaimanapun, kakcik hanya berdoa dengan doa-doa yang kakcik hafal dengan hati yang bersungguh-sungguh mengharap keredhoan Ilahi. Antara yang sering kakcik baca:
Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan baik. Walaupun ada sedikit rasa bimbang dengan kesihatan kakcik sebelum berangkat, kebesaran Allah mengatasi segalanya.
Sewaktu melakukan tawaf sunat, kakcik didekati oleh seorang wanita. Dia bertanya 'dik, mau cium tak?' Jangan salah faham, dia bukan mahu mencium kakcik. Maksudnya adalah sama ada kakcik mahu mencium Hajar Aswad. Pantas saja kakcik menggelengkan kepala. Jangan cari penyakit. Pertolongan itu bukan ikhlas, sebaliknya perlu dibayar. Ada yang 'kena' sehingga SR1K++. Sekurang-kurangnya pun SR200-SR300.
Bagi kaum wanita, memang tidak digalakkan untuk berebut-rebut mencium Hajar Aswad kerana boleh menjadi fitnah bila terpaksa berasak-asak dengan jemaah lelaki. Alhamdulillah, suami kakcik dapat mencium Hajar Aswad atas usahanya yang bersungguh-sungguh.