Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 12 April 2013

Hari ini hari Jumaat...

hari yang dikatakan Penghulu Segala Hari
hari yang penuh keberkatan

hari ini ada solat yang diwajibkan
kepada lelaki Islam yang cukup syaratnya
jika ditinggalkan dengan sengaja
hukumnya adalah berdosa

hari ini Khatib akan membacakan khutbah
mengingatkan segala suruhan dan larangan Tuhan
apa yang boleh apa yang tidak
semuanya telah ada garis panduan

mudah-mudahan Khatib orang yang tertib
tidak terikat dengan undang-undang manusia semata
yang berkhutbah kerana kedudukan
bukan kerana mencari keredhaan Tuhan

25 ulasan:

  1. Ya lah kak Cik.. apa tah lagi dah dekat PRU ni.. silap-silap khutbah pun condong sebelah..

    BalasPadam
  2. salam jumaat kak cik.. suka dgn hari jumaat yg berkat nie

    BalasPadam
  3. jumaat hari yang seronok .. semoga kita mengambil keberkatannyer...

    BalasPadam
  4. moga kita semua di bawah lindunganNYA..

    BalasPadam
  5. ermm rasanya mesti ada terselit sikit..kan?
    selamat ari jumaat:)

    BalasPadam
  6. tak banyak, sikit, memang terselit unsur2 politik....walaupun bunyi macam kiasan, tapi orang boleh paham :)

    BalasPadam
  7. selamat hari jumaat mak.. anak mak rindu mak sgt2..

    BalasPadam
  8. semoga kita juga tergolong dlm org2 yang beriman.

    BalasPadam
  9. Salam kakcik;

    Tajuk khutbah hari ini "Haram Undi Pembangkang" teks khutbah disediakan oleh Dolah Saamah 2 juta... muakakakaaaa...

    BalasPadam
  10. kita yang .. tak wajib jumaat ... sama2 solat zohor dan mohon keampunan heheheheh

    BalasPadam
  11. salam Jumaat kakcik............:)

    BalasPadam
  12. Carilah waktu mskbulnya doa sepanjsng hari ini.... aminnn ♡♡

    BalasPadam
  13. selamat hari jumaat kakcik, juge selamat bercuti esok...

    BalasPadam
  14. Salam Jumaat kakcik..

    Saya....
    Tertido masa khutbah tadi!
    :P

    BalasPadam
  15. singgah petang.. moga tiada selitanlah yer..

    BalasPadam
  16. rajin juga dengar khutbah di TV cuma dah dekat2 pru ni tajuk ada kena mengena dengan kerajaan prihatin

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah....selesai jua tadi menunaikan solat jumaat. apakah sempat lagi jumaat depan...

    BalasPadam
  18. memang di tungu hari jumaat..menunggu antara waktu qamat dan solat..

    BalasPadam
  19. Walaupun dah malam tapi nak jugak cakap salam Jumaat, Kakcik :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.