Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Februari 2013

Elak-elak - rancangan BANGANG dari Astro yang mempersendakan Islam!...

Maaf, kali ini aku agak emosi lalu ada di antara perkataan yang digunakan agak kasar bunyinya.  Guna perkataan lembut nanti orang ingat kita mendodoikan, lalu tiada perhatian yang perlu diberikan.  Oh! Catatan ini tidak bertujuan untuk meraih publisiti murahan, sekadar ingin membuat teguran secara terang-terangan.

Rujuk sini:

Mengulas penampilan imej wanita atau ‘mak nyah’ yang dilakonkan Saiful Apek dalam episod Elak Syirik, Bob berkata, pihaknya tidak bermaksud untuk mengangkat karakter mak nyah sebaliknya pelawak itu sekadar melakonkan wataknya sebagai isteri dalam episod berkenaan.

“Saiful terpaksa melakonkan watak isteri kerana kita kekurangan pelawak wanita untuk melakonkan watak berkenaan. Itulah masalah yang kerap dihadapi pihak produksi yang menerbitkan program komedi sekarang hingga mereka terpaksa menggunakan khidmat pelawak sama atau pelawak lelaki diperlukan bagi membawa watak wanita.

“Ramai yang tidak sedar, pelawak wanita hanya boleh dikira dengan jari hingga menyukarkan produksi mencari pelakon wanita yang boleh berlawak.

Bagiku, ianya alasan yang sangat dangkal.  Tidak bolehkah menggunakan pelakon yang bukan pelawak? Tak semestinya pelawak yang ditampilkan itu boleh membuatkan orang ketawa dan faham apa yang cuba disampaikannya.  Melihat JIHAN RAJA LAWAK terjerit-jerit dan terlompat-lompat macam budak tak cukup akal adalah sangat memualkan.  Lakonan pula dibuat di hadapan penceramah terkenal Dato' Hassan Mahmud Al Hafiz yang 'terpaksa' tersenyum dan tersipu-sipu melihat telatah 'para pelawak' yang bercampur gaul sesuka hati itu.

Ramai pelakon yang bukan pelawak boleh membuatkan orang ketawa menonton lakonan mereka.  Bagilah apa watak pun kepada Norkhiriah, Wan Maimunah mahupun Maimon Mutalib (sekadar beberapa nama). Mereka mampu membuatkan penonton menghayati watak yang diberikan.  Tak perlu gunakan lelaki yang 'teringin' menjadi wanita untuk melakonkan watak wanita. 
 
Cukup-cukuplah mempermainkan agama semata-mata untuk menaikkan rating sesuatu saluran.  Bila Ustaz Azhar Idrus  'melawak' ramai yang mempertikaikannya walaupun beliau bercakap secara bersahaja dan cakapnya mempunyai 'isi'.
 
Rancangan Elak-Elak ini lebih kepada komedi (90%) dan hanya 10% pengisian agama.  Lebih malang sekiranya tiada siapa pun yang sedar dengan pengisian 10% itu apabila ianya hanya diselit-selitkan sahaja.
 
Mungkin lebih baik buat program seperti Dilema Wanita yang mana ulasan dan pengajaran dibuat di hujung rancangan dengan penceramah tidak dibawa menonton rancangan itu di hadapan mata.

Setiap Khamis, 10 malam di Astro Warna

49 ulasan:

  1. saya pun perasan yg ustaz tu terpaksa buat-buat senyum.agaknya dia pun tersepit

    BalasPadam
  2. salam kakcik, tak pernah pulak saya tengok rancangan ini,

    amat menyedihkan dorang ni...

    BalasPadam
  3. Salam manis buat Kakcik Seroja :D

    Penulisan anda buat saya teruja, suara anda adalah suara saya.. :)

    BalasPadam
  4. Salam kak,
    Mmg x suka rancangan nie....

    BalasPadam
  5. saya pun tak suka rancangan tersebut.
    Bagi saya, penyampaian mesej yang baik tak perlu dilakonkan begitu skali.. jgnlah kita mempersendakan islam dgn begitu mudah.
    islam perlu disampaikan dgn begitu indah bukan dlm keadaan mengade-ngade..

    BalasPadam
  6. Kan..saya sendiri tak mampu menonton rancangan tu, rasa malu pulak bila tokoh agama ada sekali dan terpaksa menonton setiap adegan tu..

    BalasPadam
  7. saya menyampah dengan rancangan dan drama melayu yg kononnya macam jual agama macam tu.. memalukan..

    BalasPadam
  8. Susah orang Malaysia sekarang nie. Rakyat memperjuangkan agama dan wasatiah, tapi media sogok dan paksakan yang sebaliknya. Saya simpati dengan mereka.

    BalasPadam
  9. saya setuju!!!

    paling tak suker citer ni mak. dah la mcm vangang je memasing. ape2 entah!

    wat malu dek dato' hassan jek.

    BalasPadam
  10. Setuju sangat dgn post ini.Tak suka tahap kritikal dgn lawak lawak tak senonoh .

    BalasPadam
  11. rasanya ada saya tertengok rancangan ini, terus mcm tertanya2.. apa ke hal nyer rancangan camni... tapi tak tengok sampai habis sbb rasa mcm tak banyak manfaat sgt pun, lebih baik tgk tv alhijrah

    BalasPadam
  12. Kakak bayangkan macamanalah perasaan Dato' Hassan Mahmud ketika itu. Mesti meluat tapi dek kerana diundang terpaksa duduk juga. Kakak tak tahu pun rancangan ini sebab rumah kakak tak ada Astro pun kakcik.

    BalasPadam
  13. Sekarang ni hiburan mengatasi ilmu. Majlis ilmu ada artis ramai yg berebut nak pergi. Majlis ilmu yg ustaz penceramahnya adalah ustaz celebriti mesti penuh berasak2 orang ramai. Kalau ustaz yang tak ada nama yang berceramah boleh kira dengan jari berapa orang yang ada.

    Aina tak pernah tengok rancangan ni kerana kat rumah memang tak ada Astro. Chanel TV sedia ada pun dah cukup banyak buat kita terlalai.

    BalasPadam
  14. mula mula tengok satu episod ..ok lagi... pas tu naik menyampah ...

    BalasPadam
  15. dah lama rasa tak puas hati dengan pelawak lelaki yang pakai baju perempuan ni. terima kasih...

    BalasPadam
  16. aha betul rncgn paling pelik..bahahah

    BalasPadam
  17. rancangan astro skrg terletak pada lawak jerk...lawak yg ntah ape ape ntah jerk..sekadar memuatkan siaran kat astro tu..

    BalasPadam
  18. As salam kakcik,

    Eloklah kakcik tegur, walaupun teguran begini mungkin sesetengah org memandang sbg picisan sahaja tp sangat besar maknanya bagi yang mahu berfikir :)

    Have a nice day k.cik! :))

    BalasPadam
  19. seriously, ini yg sy pk bila 1st time tgk rncangan elak2 ni mak. sy pelik knp ustaz tu bleh terima utk muncul dlm prog mcm tu sdgkan beliau terang benderang tahu hukum lelaki bpakaian wanita. xde alasan yg bleh diterima pakai. xde plakon pmpn? ssh ke nk buat jalan cerita tnpa melibatkan watak pmpn? yg mereka2 tu sy tak heran..tp sy sgt heran ngan ustaz tu..sudi pulak duduk dlm program mcm tu.maaf ya ustaz..

    BalasPadam
  20. KakCik
    Baru smlm I terkeluar cakap pada suami "I tak suka program tu". Sekian terima kasih :-)

    BalasPadam
  21. tak ada astro warna, pensel warna ada la...

    BalasPadam
  22. hehhehehe pyh nk komen, rasanyer astro nyer rancangan lebih kepada ke untungan dr berdakwah

    BalasPadam
  23. Salam KS,

    Mereka sengaja tak peka kpd suasana kelilingkan!

    BalasPadam
  24. tak pernah tgk dan tak tahu pun ada rancangan yg begini..Astro jgn nak kaut untung jer...malu lah sikit pada tetamu yg di jemput...

    BalasPadam
  25. sy tak de astro jd tak pernah tgk rancangan ni.
    apapun dr pembacaan mmg tak sesuailah nak buat begini..
    patutnya depa lebih peka situasi..bukan pakai hentam je.

    BalasPadam
  26. Kita dah terlalu hampir dgn kiamat...org dah mula mempersenda kan kedudukan ulama dgn mmbiarkan org yg tinggi pengetahuan agama nya ini menonton aksi yg memualkan ni. ..dh tu dijawap dgn jawapan yg mcm main2 ....
    Apa nk jadi?

    BalasPadam
  27. Tak tgk lah kak. Kat umah nan ado astronya. Tapi jawapan yg dia bagi tu tak masuk akal. Kan ramai pelawak wanita kat m'sia nih.

    BalasPadam
  28. ade je alasan diorang nih...dato' diharapkan dapat bagi komen kat diorang nih

    BalasPadam
  29. saya benci tengok rancangan ni. Yang saya pelik kenapa VVIP dalam program ni tak rasa sensitif ke???

    BalasPadam
  30. takde astro jadi mmg tak tau langsung pasal program ni

    BalasPadam
  31. Jarang2 tengo rancangan ni tapi rasanya apa yang Kak Chik cakap tu memang betul....

    BalasPadam
  32. setuju kakchik..saya tak pernah tengok..tak langgan.tapi pernah tengok iklan..pelik nya yang alim kat situ tak tegur ke??

    BalasPadam
  33. saya sangat setuju kak cik... bila agama menjadi cara untuk buat mereka popular..

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Kak Cik

    saya setuju dgn Kak Cik
    mempersenda agama untuk melawak....

    BalasPadam
  35. Sebenarnya kali pertama saya tonton..agak menyampah. Main main jea dia org ni berkaitan agama..

    BalasPadam
  36. setuju kak !
    harap2 pihak diberwajib pandang serius ..
    kadang2 rasa ustaz tuu macam x der fungsi dlm rancangan tuu
    sedihhh !

    BalasPadam
  37. Setuju....rancangan tu xpatut disiarkan,atau cari jer pelakon wanita....sape kata xcukup...raja azura ada,enot ada,didie alias ada....takkan xcukup lg kottt

    BalasPadam
  38. betul tu akak. rasa nya baik buat program agama terus dari buat program yang selit agama hanya banyak itu.

    BalasPadam
  39. wani xtengok sbb rasa mcm mainkan agama jer

    BalasPadam
  40. super agreed with you kak..!

    *mmg itu la ayat selalu keluar kat mulut nih setiap kali tgk iklan tu keluar , rancangan bangang.

    BalasPadam
  41. Pernah tengok rancangan ni 2 kali and kita pun rasa something wrong somewhere...Tak sesuai sangat rasanya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com