Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 Januari 2013

Mak bukan tak ada cerita...

... tapi mak macam tak ada 'selera' nak bercerita.  Jadinya, tataplah wajah saya buat seketika, ya...


Saya sedang menanti makanan dihidangkan.
Saya ikut mak dengan ayah pergi ke majlis perkahwinan anak kepada
kawan ayah saya.  Kawan ayah saya itu berbangsa China.  Kami
disediakan sebuah meja khas yang dikongsi dengan kawan ayah yang
berbangsa India.  Saya kagum dengan ayah.  Selama puluhan tahun
ayah boleh mengekalkan persahabatannyan dengan kawan-kawan
yang berlainan bangsa.  Mereka berkawan sejak kecil dan tanpa
memahami apa-apa slogan pada waktu itu.  (eh... panjang pulak
saya membebel.  Tapi saya nak bagitahu juga yang di majlis ini saya
makan nasi dengan sotong goreng tepung.  Banyak juga saya makan
sotong itu tau. Makanan di meja ini ditempah khas untuk tetamu Islam)
Dah kenyang, apa tunggu lagi.  Balik la...

24 ulasan:

  1. Selamat pagi kakcik..sedapnya la budak sepet makan sotong goreng tepung..pipi pun dah bambam, hehe

    BalasPadam
  2. kagum dgn persahabatan asben kakcik yg kekalpuluhan tahun sampai ke hari ini walau berlainan bangsa.sedapnye sotong grg tepung

    BalasPadam
  3. Auntie tahu ayah dan mak adik jenis peramah dan mudah mesra sebab itu ramai kawan. Kawan pun pandai nak jaga hari kawan - bagus kan:)

    Psst: Gambar last tu adik gambar dgn belon - tak ambil belon tu ke?

    BalasPadam
  4. nape nie akak tak berselera nak bercerita nie ?

    BalasPadam
  5. saya pun ada kawan berbangsa Cina waktu kerja di JB dulu..masih lagi contact walau lama tak jumpa ^_^

    BalasPadam
  6. belon tu boleh bawak balik tak..?

    BalasPadam
  7. :D.. cakap ngn mak.. "dulu dan sekarang berbeza.. kita di sogokkan dengan pelbagai cerita.. confius di buatnya.. dulu2 ikhlas dan suci.. "

    BalasPadam
  8. gambar mak adik dengan makanan takder ker...

    BalasPadam
  9. kadang2 persahabatan org dulu2 lebih tulus walaupun berlainan agama, kadang berlainan politik bkn halangan jd kwn baik...

    bgs betul kwn bapak bdk sepet yek, sgt memahami n menghormati agama lain

    BalasPadam
  10. dah semakin tembam budak sepet ni...beso nanti nak jadi apa nak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah beso esok dia nak jadi apa, Ezza. :)

      p/s : Ezza boleh bagi no telefon kat kakcik tak? Nanti bila kakcik ke Pulau Indah, boleh jumpa Ezza. Kakcik ada nampak Kg Pendamar tu. :)

      Padam
  11. Dulu2 tak payah kempen.. elok ja kawan semua...

    BalasPadam
  12. dulu-dulu relax je, tak perlu slogan bagai... tetap hidup harmoni

    BalasPadam
  13. Awak nak amek UPSR ke tahun nii? ihHIks

    BalasPadam
  14. hi cepet... acik pun kuat mkn dan acik juga bolat mcm kamuk. hehehe

    BalasPadam
  15. kekadang nak ke majlis kaum lain... sy terasa berat.. hhmmm..

    BalasPadam
  16. Skg ni, kwn mmg kwn tapi blkg sohseh juga...

    BalasPadam
  17. Wahh, budak sepet pandai berblog dah..bagus,bagus..

    BalasPadam
  18. bagusnya ada meja khas..baru kita nak pergi makan pun rasa yakin..

    BalasPadam
  19. budak sepet lak wat cerita ye...pandai..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.