Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 19 Januari 2013

Betul atau bohong?...

Pagi ini, seawal jam 6.45 pagi au dan suami keluar dari rumah. Walaupun hari ini hari cuti, kami keluar untuk urusan persendirian. Mula-mula ke mesin deposit wang RHB untik bayar hutang. Kemudian cari restoran untuk isi perut.

Belum pun sampai makanan dan minuman yang dipesan, kami didatangi seorang lelaki muda. Di tangannya terdapat sebuah topi keledar. Dia memberi salam dan menghulurkan tangan kepada suamiku. Sambil tersengih-sengih dia berkata yang rantai motorsikalnya putus dan dia perlukan wang untuk menaiki teksi pulang ke rumah. Aku dan suami berpandangan sesama sendiri. Kebetulan dalam dompetku hanya ada sekeping wang RM10 untuk membayar harga sarapan. Ada sekeping lagi dalam jumlah yang agak besar. Akhirnya kami terpaksa meminta maaf kerana tidak dapat membantu walaupun hati kami ada sedikit rasa kesal. Seperti selalunya suamiku tidak membawa wang bersama kerana aku yang jadi juruwangnya (duit dia pun aku yang pegang).

Selepas sarapan, aku dan suami mengambil Along dan isterinya untuk ke Klang. Kereta Along tinggal di Klang dan kami ke sana untuk mengambil kereta itu sambil menghantar Huda ke tempat kerja. Dalam kereta, kami berempat bercerita tentang lelaki tadi. Menurut Huda, dia juga telah 3 kali didatangi lelaki yang meminta bantuan kononnya ada masalah dengan motorsikal. Kerana memikirkan berbagai kemungkinan yang boleh terjadi, biasanya Huda menghulurkan sahaja sedikit sumbangan.

Mungkin ada yang benar-benar dalam kesusahan, tapi kerana seorang dua yang suka mengambil kesempatan, rasa curiga itu jadi bercambah...

Sedikit gambar yang dirakam pagi tadi (pau itu Along yang makan di Klang tadi dan tahu sumbat itu saja-saja kurakamkan gambarnya walaupun tidak dimakan mahupun dibeli)







22 ulasan:

  1. Betoi Kakcik, kerana segelintir yg mengambil kesempatan, buat kita curiga pada semua. Tapi itu la, macam mana la kita nak betul2 tahu dia menipu kita ka tidak..

    BalasPadam
  2. kalau kat senawang ni selalu yang minta sedekah ni selalu pendatang...

    BalasPadam
  3. Saya pun pernah di sapa orang sebegini...dan itu lah ayat nya...tapi dia mintak cara baik..bukan paksa paksa..so kekadang saya bagi gak seringgit dua....
    Kakcik...kalau dah lalu ke pulau indah tu..hmm dah dekat lah kat rumah saya tu..nampak tak signboard KG PENDAMAR...

    BalasPadam
  4. mesti tu org yg amik ksempatan je tuh...nk duit cara mudah dok tipu2 org

    BalasPadam
  5. saya sekarang ni payah nak percaya kat org2 camtu, kalau ada org pimpin org buta mintak sedekah time kita makan kat kedai tu kan, mmg saya buat taktau malah ada rasa marah kat org yg memimpinnya tu...my24 selalu tegur saya...dia masih seorang yg lembut hati...masih belum nak termakan hasutan saya lagi......

    BalasPadam
  6. tulah kak cik...kdg2 tu dah berniat nk bagi seikhlas hati tapi bile nmpak sesuatu yg mencurigakan x dpt nk elak hati dari berkata2 juga... jadi utk mengelakkan hati yg suka berkata2 ni.. seboleh mungkin saya akan mengelak utk bertembung dgn mereka...

    BalasPadam
  7. kdg2 memang ada yg ambil kesempatanlah kakcik .. tapi satu lagi cara yg saya dengar dari satu ceramah, nak bagi kita rasa tak "tertipu" dgn lakonan mereka yg mengambil kesempatan ini.."mungkin duit yg ada pada aku ni, memang bukan hak aku.Allah nak tengok kita sayang tak kat harta yg dipinjamkan itu. so,.betul tak betul, Allah yg mengetahui". Kalau memang kita pun takde duit, kalau nak bagi kita bagilah tapi kalau tak nak bagi, tak perlu kita bahasakan org tu..wallahua'lam. (sorry kakchik, pjg lak saya komen, heee)

    BalasPadam
  8. kalau difikirkan logik..tak kan dia tak bawak duit langsung utk kemana kemana kan...atau juga mungkin dia terlupa nak minta kat isteri dia kot...hehehe..ni semua andaian saja sahaja...

    BalasPadam
  9. susah nak tentukan sama ada mereka ni betul2 dalam kesusahan atau drama semata-mata.. kadang2 terfikir jugak "kalau la terjadi pada aku,dan orang curiga, macam mana agaknya?".

    BalasPadam
  10. Mana2 pun sekarg ni, macam2 cara nak cari duit mudah..tapi kalau dah was2 tak pe sekiranya tak beri..Pentingnya kita tau yg kita ni tak kedekut.

    BalasPadam
  11. tak pandai nak baca hati org.
    sukar juga nak menghulur takut bukan pada org yg mmg dlm kesusahan.

    BalasPadam
  12. Makchaq tak pernah pulak kena, sekadar dengaq cerita ja la....tapi macam mana kita nak tau betui ka dak kan..

    BalasPadam
  13. Susah juga ya bila berdepan situasi macam ni, tapi kalau saya biasa tgk air muka orang tu, kalau hati sedap saya tolong juga

    BalasPadam
  14. saya pon susah nak percaya orqang sekarang, kalau saya, memang saya x bagi duit,

    BalasPadam
  15. Ehh kalu saya pun curiga la juga. Ntah kita ni mangsa yang ke berapa pulak kan?

    BalasPadam
  16. macam2 perkara boleh berlaku, sukar nak percaya..kalau xpercaya macam kejam sngat pula kan..kalau beri takut ditipu..salam singgah n follow =)

    BalasPadam
  17. skrg nie x leh percaya sgt kan akak huhu

    BalasPadam
  18. pernah juga beberapa kali terkena cm situasi ni..tp xpercya pun takut..siap da nk tumpang keta..hehe

    BalasPadam
  19. Aisehhhh...den biasa nya mmg tak layan....tak caya....ahakz

    BalasPadam
  20. assalamualaikum kakcik...yer la kekadang tu ada juga yg berpura2 kerana nila setitik rosak susu sebelanga...:)

    BalasPadam
  21. sejak lebih 10 tahun dulu saya selalu jumpa orang macam ni. Urmmm, memang tak tahu betul ke bohong :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com