Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 November 2012

Masih Dara...

Opssss!!!...

Ianya tidak berkaitan dengan gadis, wanita atau yang sewaktu dengannya.  Ianya hanyalah...

v


v


v


v


v


v

sebuah novel!


Baru saja kakcik beli tengahari tadi.  Karya kedua Melur Jelita.
Nampak tak resit itu?  Harga novel ini RM39.00.  Dengan diskaun
20% berapa agaknya yang perlu kakcik bayar?  Iya, betul...
Kakcik bayar RM31.20 sahaja. Tapiiiii....

... nampak tak jumlah yang di cetak? RM21.20!!!
Kakcik hanya sedar bila dah balik.  Tapi, bukan salah kakcik, kan?
Kakcik dah bayar harga yang sepatutnya.  Jangan sama sekali salah
sangka.  Memang kakcik bayar jumlah yang genap tanpa baki
sebanyak  RM31.20 (3 keping duit not RM10, sekeping not
RM1 dan sekeping syiling 20 sen).
 Entah bila kakcik nak mula baca  novel ini pun tak tahulah...


30 ulasan:

  1. mata cashier tu bling2 kot sampai tersalah punch...mmg bukan la salah kakcik

    BalasPadam
  2. Kakak sekarang dah jarang baca novel tau kakcik. Dah kena ambil alih anak-anak agaknya.

    BalasPadam
  3. terlepas pandang mungkin..
    suka baca novel juga.. ;)

    BalasPadam
  4. malam-malam sebelum tido boleh baca kakcik..tengok tv pun kadang2 bosan..baik baca buku..

    BalasPadam
  5. salah punch la tu kot!...selamat membaca kakcik

    BalasPadam
  6. Lama tak baca novel bahasa malaysia...banyak baca review tentang novel ni...macam nk beli je

    BalasPadam
  7. camne leh silap erk...ade mase free bace la kak cik...

    BalasPadam
  8. klu saya beli buku cenggini, bukan saya yang baca dia, dia yang tenung saya yg sedap berdengkur

    BalasPadam
  9. tajuk tu sgt sensasi.. hehe.. novel rupanya kak..
    lama xmembeli novel.. apatah lagi membacanya.

    BalasPadam
  10. asik tgk dlm blog je psl novel ni..belum lagi beli
    dah lama x baca novel..kalau dah mula baca mmg xleh buat keje lain.huhu

    BalasPadam
  11. eh? saya kompius. harga sebenarnya berapakah? ke ada lagi diskaun tersembunyi? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga sebenarnya RM39.00, mak bayar RM31.20. Tetapi cashier (lelaki agak berumur, bagi mak resit RM21.20, agaknya yang RM10 lagi tu, perfi ke mana ya?

      Padam
  12. Assalamualaikum Kak Cik

    hujan2 ni sesuai membaca...

    BalasPadam
  13. Mesti dia sibuk nak balik raya jugak esok!

    BalasPadam
  14. mungkin dia dah blur-blur
    atau mungkin sebaliknya..harap beza RM 10 tu masuk dalam mesin cash..

    BalasPadam
  15. wah... diskaun tanpa disengajakan tu..hehehe...

    BalasPadam
  16. Wahhhh... dah start ya? Saya jer yg ketinggalan.

    BalasPadam
  17. Rajinnya Kakcik baca novel. Dh lama saya tak baca novel.. Bimbang nak mula, takut tak jadi kerja lain..

    BalasPadam
  18. Takpe sbb bila tutup akaun jumlah yg cashier tu pungut utk hari tu tak berkurang....nasib dia baik laaa
    Sy pun nk beli tp ngeri jgk tgk ketebalan karya melur jelita kali ni.....klau baca sambil baring bahaya ni...trjatuh atas muka ...lebam...heheee

    BalasPadam
  19. rajin akak membaca. saya kalau baca ntah2 setahun baru habis..

    BalasPadam
  20. as salam

    rezki terpijak ke?
    menarik jugak kak...saya pun banyak buku2 tak terbaca lagi..ingat nak baca nak share sikit2 info dgn kawan2..hee :)

    BalasPadam
  21. Nampak menarik novel ni..Mmg elok isi masa dgn membaca ni,syarikat kalau x mula x pe tp kalau dah start pulak,ralit sampai terlupa kejelasan rmh..huhu

    BalasPadam
  22. Maaf silap taip..baru belajar guna tab ni..huhu.syarikat. tu saya,kejelasan tu kerja ..sori sgt

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.