Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 9 November 2012

Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur...

setiap pagi jalan ini kulalui
lalu setiap kali kuterfikir sendiri
Islamkah agama rasmi negaraku ini
bila saban waktu ianya dicemari

mana perginya penguatkuasa
mana perginya mereka yang selalu lantang bersuara
membiarkan gajah menari di tubir mata
tapi menjerit bila melihat kuman di seberang sana

gadis-gadis (?) dan 'separa' gadis
bersendirian atau berkumpulan
dengan lagak bagai pengemis
berkeliaran di pinggir jalan

berpakaian dengan kain yang tak pernah cukup
menunggu bagaikan minta dicekup
dengan alasan sebagai pengurut kaki
siapakah pelanggan yang datang di awal pagi?


Maaf kepada yang membaca catatan ini.  Anda mungkin tidak 'mendapat sesuatu' di sini.  Jiwa kakcik sedang berperang dengan sesuatu yang kakcik sendiri tak tahu bagaimana boleh jadi begitu.  Salah apakah yang kakcik buat kepadanya sehingga dia boleh menyerang kakcik dalam diam di tempat yang kakcik sendiri tak ingin kunjungi...

19 ulasan:

  1. tempat yang terlalu 'gah' untuk diserbu..?

    psstt: moga Kakcik tabah dalam menghadapi masalah itu..

    BalasPadam
  2. saya takut nak pergi ke sana, ramai sangat orang

    BalasPadam
  3. tak suka jalan sana, rosak pemandangan mata

    BalasPadam
  4. takde sebab saya takkan lalu dan pegi area tu.



    BalasPadam
  5. Salam kakcik,

    Kak ani dah lama tak ke Bukit Bintang. Banyak cerita2 negatif yang dipaparkan di akhbar perihal di sana.

    P/S Semoga Allah lepaskan bebanan perasaan yang melanda kakcik sekarang ni. Semoga kakcik tabah dan sabar

    BalasPadam
  6. Bila yg berkuasa kelabu mata
    tidak mustahil kejadian ini merata-rata

    semakin kakcik tabah semakin kuat dia menyerang
    akan tiba masanya dia akan dibalas atas perbuatannya kakcik
    teruskan berdoa kakcik

    BalasPadam
  7. kita berdoa moga satu hari nanti pemimpin kita membuka mata menyedari hakiki..

    BalasPadam
  8. semoga pihak berkuasa dan bertanggungjawab akan lakukan tugas mereka..

    BalasPadam
  9. Dah lama tak ke sana.

    Sabar jer lah. Semoga kakcik tabah dgn dugaan yg bertandang.

    BalasPadam
  10. aduhh kak
    mendalam maksud pantun akak nie
    saya sukeeeeeeeeee

    tapiii
    yg ayat last tuuu x best dahh
    siapa buat onarrr nie akakkkkk
    bo layan lahh kak
    toksah peningkan kepala
    kami ada .. kami sayanggggggggggg akak !!! ;)

    BalasPadam
  11. salam sejahtera,
    Moga Allah sentiasa merahmati kita.

    Ada nada suspen di N3 ni.
    Saya pun tak suka di situ, mcm bukan Msia. Kalau nak shopping mama suka Alamnd dan Bangi. Penuh dgn Melayu bersopan.

    BalasPadam
  12. sedih tengok dunia kini :-(

    suspenslah entry kakcik ni...

    ???

    BalasPadam
  13. pernah lalu jalan yang macam tu...sakit mata memandang...

    BalasPadam
  14. sabar yer kakcik...bukan kat situ je..mana2 pun sama...kesian kat anak2 kita...terpaksa tgok pencemaran mata...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,
    Doa orang yang teraniaya itu mudah makbulnya. Saya pernah teraniaya, saya pernah berdoa dengan penuh kesungguhan & pengharapan, dan doa saya itu pernah dimakbulkan. Akhirnya, saya tetap rasa "kasihan" dgn orang yang menganiaya saya itu...

    BalasPadam
  16. mmg bukan tempat KA tu!.. neway best pantun2 n3 ni

    BalasPadam
  17. doakan saja org tu agar dia lembut hati dan tidak berdengki hati pada kakcik lagi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.