Kawan-kawan kakcik

Rabu, 31 Oktober 2012

Seterusnya... Pertemuan pada 18/11/2012 pula...

Jom ramai-ramai kita meriahkan pertemuan yang bakal berlangsung pada tarikh, masa dan tempat berikut :

Tarikh    : 18/11/2012 (Ahad)
Masa      : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat   :  Rumah Tn. Hj. Hamzah (Pakngah) Al-Lavendari di Senawang, Negeri Sembilan (tambah satu jadi sepuluh).

Seperti biasa, konsepnya adalah bawa makanan sedikit seorang dan letak atas meja untuk di makan beramai-ramai sambil bersantai-santai.

Kelainan pada pertemuan kali ini ialah tuan rumah akan memberikan soalan-soalan berbentuk kuiz sepanjang acara berlangsung.  Hadiah juga akan disediakan oleh tuan rumah (bab hadiah ini biarlah tuan rumah yang akan memperincisentimeterkannya).

Kepada yang tak tahu hendak menuju ke kediaman Pakngah atau mahukan alamat tepatnya, bolehlah menghubungi Pakngah di blog beliau.

Jomlah kita...

46 ulasan:

  1. Seronoknya berjalan-jalan dan saling berkenalan sesama blogger, merapatkan ukhuwah yang sedia terjalin.

    BalasPadam
  2. Kita harap lebih ramai yang akan turun bersantai bersama kelak.

    BalasPadam
  3. Alahai, melepas lagi sy dgn gath yg ini. Dahlah hati ni teringin sgt nak jumpe Pakcik Lavender. Huhuhuhu.....

    BalasPadam
  4. dah dekat ngan rumah..insyaAllah sy smpi bersama gerombolan

    BalasPadam
  5. Uwaaa...masih nak ulang jugak walaupun dah berkali2 bagitau Kak Cik. Tarikh tu sama dengan kenduri kawen sepupu di Puncak Alam. Tradisi keluarga kami akan berkampung di sana 3 hari 2 malam atau akan berada disana sehari sebelum kenduri. Sob...sob...sedey2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uwaaa.... perhimpunan lagik???

      takleh follow, ada hal... mmm sedih

      Padam
    2. Mek jah, mung neh ada hal sokmo. Biler buleh jupe neh? Har3..

      Padam
  6. Assalamualaikum Kak Cik

    Moga Allah izinkan kita berjumpa.....

    BalasPadam
  7. Kakcik...err, segan saya. Saya nak tanya. Gath nie, ada blogger2 tertentu ke? Nak kena join apa2 group blogger ke? Senawang tu dah dekat dengan kampung saya, tapi saya boleh datang ke? Saya nie blogger underground. Tak muncul atas ground, so x dikenali. Boleh ker kalau nak join?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aziela...

      Jemputla datang. Ianya terbuka untuk yang sudi. :)

      Padam
    2. sialalah datang .. saya terima dengan tangan terbuka. bila nak muncul atas ground sekali, kemudiannya nak muncul berkali-kali .. hehe

      Padam
    3. Yerler, kak Aziela.. Jemputan terbuka luas neh. Kami mengalu-alukan..

      Padam
  8. nak join kak chik...ekeke!! (muka tak malu:P)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa pula muka tak malu .. memang perjumpaan ini terbuka kepada semua blogger jauh dan dekat, kecik dan besar, tua dan muda, rambut hitam dan rambut putih. hehe

      Padam
  9. tentang hadiah tu, tak adalah mahal atau berharga sangat, cuma benda2 biasa sahaja.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kak seroja...seronoknya ada perjumpaan lagi...:)

    BalasPadam
  11. ala..baru je ingat nak singkir kan rasa segan .. nak joint kenal kenal ngan kawan blogger.. udah kat n9 la pulak rupanya.. huhu.. xde rezeki la dyh nak jumpa kenal kenal nih..
    hurmm..

    BalasPadam
  12. Aaaa jaga2 Kakcik..Ni T-Rex datang nanti!! hahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. T-rex neh org x lari punyer. Org lagi kerumun.. Har3

      Padam
  13. hati memang besau nak join.. setakat ni tak nampak la lagi aralnya tak dapat join..insyaAllah dapat jumpa lagi geng2 blogger...

    BalasPadam
  14. tahniah pada penganjur yang terus terusan menganjur pertemuan ini

    BalasPadam
  15. Daku yg agak jauh di sini,hanya berdoa agar program menjadi kenyataan..dipermudahkan semuanya..selamat berukhuwah..

    BalasPadam
  16. Sampai hati no alamat penuh Kali ni

    Nak SMS, segan lak

    Jika google, just lavender heights senawang

    Ada bas city liner ke sana Dari seremban? ;)

    BalasPadam
  17. moga ukhwah sentiasa bkekalan..

    bestnya selain bkumpu ada kuiz dan mcm2 aktiviti. tahniah bt kakcik dan semua y mjayakan. tmasuk tuan rumah dato dan datin

    BalasPadam
  18. Seronoknya dapat bergathering beramai ramai...
    Harus happening & penuh dgn makanan2 yg menarik...
    *tu yg penting tuu... ;D

    BalasPadam
  19. kat N9 ya kali ni...
    mungkint tak dapat kot kakcik... nak tanya en suami dulu.. tnegok apa katanya.. =) boleh jalan2 N9 ye dak.. hehe

    BalasPadam
  20. tak dpat join. kalau 17hb comfirm dpt join. 17 hb sy g kenduri di seremban. so tido umah mertua. dekat je umah tmpat nak gathering >_<

    uwaaaa...siap ada hadiah bagai. nak gak.

    BalasPadam
  21. Jom !!!

    Moga majlis kali ni berjalan lancar tanpa sebarang gangguan..

    BalasPadam
  22. Kalau tak dak aral nak jugak join lagi..

    Teringat2 masa jumpa raya hari tu..

    BalasPadam
  23. bestnya..teringin tp jauh..kalau dekat pun macam segan je.xde sapa yg kenal pun..

    BalasPadam
  24. assaalam kak cik..insyaallah..rasanya boleh kali ni acik boleh..jika tiada aral..bawak makanan untuk minum petang je la kan kak cik..yang tak berat..kalau gorang2 ke..pengat/bubur ke..boleh kan kak cik..sebab jam 2-5pm kan kak cik

    BalasPadam
  25. No hp kakcik pun hilang tetiba... Maybe no rejeki 4 this time :-(

    BalasPadam
  26. Bestnyer ada lagi pertemuan...
    Untung siapa yang boleh join :D

    BalasPadam
  27. wah... dah tak jauh tu, harap berkesempatan nanti

    BalasPadam
  28. Salam,
    InsyaAllah, datang bersama isteri. Dah lama tak pandu kereta jauh2 .. slow2, insyaAllah sampai.

    BalasPadam
  29. nnti sesat klau pegi hehe.. moga suma gembira nnti di sana

    BalasPadam
  30. salam, InsyaAllah kalo free boleh join..
    hope free sgt sbb kali kedua jumpe dah kenal lebih sket.. hehehe.. br syiok nk sembang :)

    BalasPadam
  31. sedih sangat sebab kali ni tak dapat nak join.. ada hal yang bertindih yg perlu didahulukan.. salam buat semua teman2 yang akan menghadirinya nanti..

    BalasPadam
  32. ada perjumpaan lagi..mmg hebat ..insyaallah kalau ada kesempatan nak juga bertemu dgn rakan2 di alam maya

    BalasPadam
  33. senawang....rasanya sy x dpt join....

    semoga majlis berjalan lancar....

    BalasPadam
  34. Senawang...alahai jauh sangat dgn rumah....

    BalasPadam
  35. moga majlis tu nanti berjalan dengan lancar..
    andai berkesempatan ai akan hadirkan diri tapi semuanya bergantung pada en. suami (kalau dia cutiler masa tu)..

    BalasPadam
  36. segan nyer rasa nak join dgn blogger glamer & fofular ni...!

    BalasPadam
  37. Tak p lah kot sebab untuk kite2 aje lak kali nih :-(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.