Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 5 Oktober 2012

Mestilah aku bangga...

... bila negaraku diiktiraf sebagai negara yang paling selamat (klik pautan untuk membaca faktanya). 

Tapi, kannnn...  Baru-baru ini sewaktu aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan (hospital itu kecil saja), seorang lelaki yang kelihatan muda, kemas dan bergaya (macam ahli mempertahankan diri pun ada sosoknya) siap bawa pengawal peribadi ke hospital tersebut.  Tujuan kedatangannya, hanya untuk mendapatkan suntikan saja.  Walaupun tiada siapa yang kisah tentang kehadirannya, sebagai seorang blogger (bloggerlah sangat) aku juga adalah seorang pemerhati.  Memerhati untuk mencari bahan yang boleh menjadi catatan!

Apatah lagi wajah lelaki itu seperti biasa kulihat di mana-mana. Datangnya pula dengan menaiki kereta mewah yang harga mungkin cecah lebih RM1 juta - siap dengan pemandu dan pengawal.  Mungkin kerana dia ada terlibat dengan kontroversi, maka dia takut pada bayang-bayangnya sendiri.  Maka itulah, terpaksa dia bawa pengawal yang akan sentiasa mempastikan keselamatannya terjamin walaupun dunia telah mengakui Malaysia ini negara yang paling selamat!!

Wallahhuaklam.

25 ulasan:

  1. mesti org tu vvip kak.. sbb tu kene ada pengawal bagai...^_~

    BalasPadam
  2. Kalau dah bawa bodygard mesti laa org ternama tuh atau pun org kaya2. Nanti takut kena culik laa plak..kan..naya jer.. :)

    BalasPadam
  3. ye la..mesti org2 ternama tu....negara kita bukan selama mana pun..hari2 ada jer citer jenayah..

    BalasPadam
  4. hehehe org yg banyak duit atau vvip ni kakcik, selalunyer nk ada bodyguard sbb konon nk jaga mereka lah, tp kalu Allah dh takdirkan, ada bodygrd 100 pun mati gk hehehe... (merepek lak dana nih)

    BalasPadam
  5. Bila dah ada nama kat M'sia apa lagi berduit memang tak aman utk jalan sendiri - so maknanya belum selamatlah tu kakcik.

    BalasPadam
  6. mksudnya bgi dia masih x selamat tu acik..kaya sgt pun susah kan:)

    BalasPadam
  7. sebenarnya dia takut kena jarum suntikan tu.. ;)

    BalasPadam
  8. alaaa..kakcik ni main tekateki pulak dah...sape tu kakcik?
    tapi sape pun dia kat dunia ni, boleh la sorok. kat akhirat nanti baru terbongkar...eh..mcm dia buat salah pulak pegi hospital, sorry.

    BalasPadam
  9. Tapi kan ke mentri2 pun guna khidmat body guard...apa yg selamat nya klau mcm tu :-)
    Anak org kaya raya la tu..takut kena kidnap

    BalasPadam
  10. mungkin org itu takut kena culik kakchik...hehehehe

    sblm nipun mmg abah nmpk sihat tanpa sbrg penyakit kakchik..tp bl tiba2 kena attack baru tau sbnya...

    Yang lagi kelakar bila doktor tanya..sakit lagi tak? dia jwb tak pdhal mmg sakit pun

    BalasPadam
  11. Dia tu VVIP pergi hospital yang sama dgn Kakcik, kira Kakcik pun VVIP jugak la kan? kan?

    BalasPadam
  12. As-salam Kakcik,
    Dia itulah orang yang paling tak percaya dengan laporan bahawa tahap keselamatan negara telah meningkat. Agak-agak bolehkah kita salahkan dia, kakcik?

    BalasPadam
  13. Salam Kakcik;

    Boleh kah... atau Izinkan saya ketawa berdekah2 dahulu... VVIP sangatkah proksi Noh Omar tuuuu... aduyaaaiii...!!!!

    BalasPadam
  14. Ini dah macam segmen meneka..siapa dia?

    BalasPadam
  15. As salam Kakcik,

    Wpun siapa dia, mungkin dia ada sebabnya yg tersendiri...

    Bila kami tinggal di Peru ni barulah kami sedar alangkah selamat & damainya Msia... Sebab apa? Sebab di sini, tahu jelah Amerika Latin ni ;)) Apapun alasan kita jangan lupa ALLAH Maha Melindungi... Siapa yg bertawakal kepada ALLAH adalah manusia yg paling berani :)

    BalasPadam
  16. erk..selamat ke negara kita kakcik..kalau dalam rumah sendiri pun kena bunuh... huk..huk...
    mudah2an benar lah akan jd negara yg paling selamat..

    BalasPadam
  17. aman lah kot compare to negara lain yang lagi teruk tapi tak selamat jugak kakcik... cuba buka harian metro.. macam2 ada... takut!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com