Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 Oktober 2012

Jangan buat macam itu, kawan...

... pemilik kedai itu berniaga makanan
bukannya dia buka kafe internet
jadi janganlah kita ambil kesempatan
pesan air secawan tapi duduk berjam-jam
siap tanya password WiFi
lepas tu buka laman web
ajak kawan bincang pasal business
tentang projek yang untungnya juta-juta

pemilik kedai hanya mampu memandang saja
hendak ditegur tak kena gaya
pelanggan yang datang terpinga-pinga
hendak duduk tempat tiada
tapi kita hanya buat selamba
seolah-olahnya tempat itu kita yang punya

tak baik tau!!!

Pesan Ibnu Umar ra... 'Jika kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menunggu pagi. Dan apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu menunggu petang.  Gunakanlah masa sihat sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum masa mati' (Ini adalah tazkirah ringkas yang kakcik terima melalui sms pada pagi ini).

20 ulasan:

  1. nak tarik pelanggan tapi lain pulak jadinya kan kak

    BalasPadam
  2. Banyak yg jadi begini di mana-mana terutama di fast-food, sampai tak tempat nak duduk buat pelanggan baru masuk

    BalasPadam
  3. manusia diberi Allah akal , gunalah sebaik baiknya ...

    BalasPadam
  4. Mmg tak baik. Even kalau takde wifi pun, ramai gak yang buat gitu kat kedai mamak. pesan teh tarik kurang manis satu, pastu duduk la situ 14 jam bersembang sampai pengsan dgn kawan2. Pastu gelak kuat2 dgn perasaan, "group aku la yg paling cool skali kat kedai ni, mesti org jeles tgk betapa happeningnya group kiterang ni."...

    BalasPadam
  5. memang tak patut..sama la mcm kedai makan kat office sy ni.dah abis makan pun tp x reti2 nak bangun.bersembang sakan.kesian customer lain xde tempat duduk..

    BalasPadam
  6. betul tuu kak
    situasi niee saya jumpe banyak di kedai2 ..
    minum , lepak .. borak2 .. tgk lag tv , bola , gusti .. minum hanya secawan .. duduk berejam .. siannn tuan kedai .. nak halau serba salah .. cuma harapkan org boleh reti bahasa .. huhu

    BalasPadam
  7. mmg tak patut.....org mcm tu selfish....semua nak percuma jer

    BalasPadam
  8. Salam Kak Cik..,

    kalau musim bola pun camtu juga...order segelas air dan sepinggan makanan duduk hingga 100 minit disitu..

    semuga sama-sama dpt mengambil iktibar...Insyaallah...aaminnn

    BalasPadam
  9. Ada wiFi sahal tak de pun tak kena tapi sampai ambik kesempatan cam tu agak2 le.

    BalasPadam
  10. huhuhu...selalu jgk tgk situasi mcm ni...

    BalasPadam
  11. sy 1st time comment kat blog k.cik (sy rasa la). tp bg sy peringatan ini sgt2 la berguna utk semua. sy bkn peniaga, cume pemakan gaji spt org ramai2. kite seharusnya berfikiran wajar & rasional, spt yg telah dipesan oleh para sahabat Rasululullah SAW. jgn la kite memandang bahawa semua peniaga itu mengaut keuntungan yg bsr. kite xperlu utk menjadi pakar ekonomi sekali pun, utk mengira, harga segelas air di kedai mamak rm 2 x 4 org = rm8...dan kite lepak sampai 2-3 jam & menggunakan kemudahan internet. adilkah bagi pihak penjual? sama jugak utk org2 yg lepak die kafe2 mahal2? & kdg2 kite guna pula sumber elektrik utk charge laptop? semua urusan melibatkan wang. sbg pelanggan, kite juga harus meletakkan timbang rasa utk pihak penjual.

    terima kasih utk reminder k.cik..semoga lbh ramai yg membacanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih keran sudi singgah dan tinggalkan komen di blog kakcik. Kakcik ke blog Puan tadi, tapi nampaknya dah lama blog itu tidak dikemaskini... :)

      Padam
  12. ramai oprang mengambil kesempatan untuk keuntungan dan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kerugian orang lain... kita kena adil pada diri sendiri dan orang lain...

    BalasPadam
  13. Salam Kenal Kak Chik

    First time visit sini. Menarik jugak blog ni.
    Saya dah follow. Nanti rerajin singgah blog saya.. Heehehe!

    BalasPadam
  14. Betul kakcik, ada setengah tu siap main catur, entah game ke berapa.

    Kita yang nak datang makan ni terkial2 cari meja, dah paling kesian, akhirnya kita keluar saja cari tempat makan lain. Kesian tuan kedai.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.