Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 20 Oktober 2012

Fabian di hospital...

Sewaktu kakcik dan suami tiba, Fabian sedang menangis kerana
enggan minum ubat yang diberikan jururawat



Untuk melekakannya, kakcik beri dia main iPad. Tanpa sedar,
dia menghabiskan 3 jenis ubat yang diberi. Kemudian, dia diberikan
sedutan nebulizer.

Kami bawa dia bermain kerana dia perlu berpuasa dari makan dan
minum untuk dua jam sebelum belakangnya ditepuk bagi mengelurkan
kahak.  Doktor masih belum memutuskan apakah sebenarnya sakit yang
dihidapi oleh Fabian.  Menurut ibunya, setiap kali selepas menyusu
Fabian akan muntah dan kadangkala muntahnya disertai dengan darah.
KEPADA ANDA YANG TELAH SUDI MENGHULURKAN
SUMBANGAN, JUTAAN TERIMA KASIH KAKCIK UCAPAN.
MUNGKIN KECIL NILAINYA BAGI KITA, TAPI BESAR MAKNANYA
BUAT MEREKA.  Tambahan pula, mereka tidak punya sesiapa di sini. 
   


Gomolah selagi terdaya.  Kalau menang jangan bangga hingga lupa
diri dan andai kalah, carilah pengajaran di sebalik kekalahan itu.

11 ulasan:

  1. Semoga doktor akan dapat mengesan apa sebenarnya penyakit Fabian & memulakan proses pemulihan untuk dia, amin..

    BalasPadam
  2. semoga fabian terhindar dari penyakit2 yang bahaya..

    BalasPadam
  3. Hope Fabian pulih..Fabian, be strong..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fabian kata 'thank you very much Uncle Abil. Fabian harap Aunty Gee juga akan pulih semula'...

      Padam
  4. semoga fabian terhindar dr menghidap penyakit yg serius..

    BalasPadam
  5. doakan yg terbaik untuk adik fabin dan cepat sembuh ye dear!

    BalasPadam
  6. Hospital mana ni kakcik. Fabian ni sape? Harap fabian segera sembuh. Kesiannn

    BalasPadam
  7. Budak sekecil Fabian sudah melalui keperitan sebegini. Semoga ada sinar di hujung jalan.

    BalasPadam
  8. sebak tengok budak-budak kecil sakit..
    cepat sembuh Fabian..

    BalasPadam
  9. Ya Allah kak cik sedih wani tgk si kecil ni
    tersentuh hati ni
    semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan si kecil kembali sembuh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com