Kawan-kawan kakcik

Selasa, 16 Oktober 2012

Daging kerbau, makanan luput tarikh di kantin sekolah (benarkah ini?)...



Artikel di bawah kakcik ambil dari SINI



Kantin di sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik/vokasional, teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan menyajikan daging kerbau beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar seperti dalam kontrak perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Bukan sahaja makanan yang tidak mematuhi keperluan nutrien, malah setor kantin-kantin tersebut juga menyimpan barangan yang telah luput tarikh guna dan jenama makanan yang tidak diluluskan oleh kementerian.


Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa.


Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar.

Semakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi oleh kontraktor kantin. Ini adalah penemuan audit di 30 kantin sekolah di Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Selangor.

Sepuluh kantin menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang dimport dan ikan sejuk beku yang tidak segar untuk hidangan pada murid, manakala kantin di 21 sekolah lagi tidak membekalkan item bahan kering mengikut jenama, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak.

Sebagai contoh, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan Coco Tiger.


Mereka tidak menggunakan minyak masak jenama Pisau seperti dalam kontrak tetapi menggunakan bukan minyak masak Mibo.

Bagi kicap pula, mereka sepatutnya menggunakan kicap cap Kipas dan cap Ayam. Tetapi mereka menggunakan kicap cap Angsa Mas.

Manakala kordial Sunquick digunakan menggantikan jus Peel Fresh.


Sos tiram, sos tomato dan mentega yang telah luput tarikh guna, seawal dua bulan sebelum diaudit, ditemui di beberapa setor manakala sebuah sekolah di Johor menggunakan minyak masak yang diisi dalam botol minyak terpakai.

Sedang mengikut kontrak, minyak masa hendaklah dibekal dalam tin atau botol bermetri dan apabila digunakan untuk menggoreng hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja.. Seorang pengendali kantin sekolah di Selangor menggunakan bahan perasa makanan yang tidak digalakkan, manakala pewarna dan perisa minuman digunakan di sekolah-sekolah di Johor.

Seorang pengendali kantin sekolah di Sabah pula didapati menghidangkan mi kosong tanpa sayur-sayuran, dan ini melanggar kontrak, manakala yang lain menggunakan bekas memasak yang berkarat dan dimasak di kawasan yang kotor.

Dalam reaksinya, Kementerian Pelajaran berkata ia akan menyiasat perkara itu dan memberi amaran terhadap pengendali kantin terbabit dan mengambil tindakan terhadap mereka jika tidak terdapat sebarang peningkatan.


"Kementerian mengambil perhatian serius. Menggunakan minyak masak yang diisi di dalam botol minyak terpakai merupakan satu tindakan penipuan.... pihak kontraktor telah diberi peringatan tegas bagi memastikan perkara ini tidak berulang.


"Pihak sekolah telah membuat teguran kepada pihak kontraktor berkenaan kawalan pnggunaan bahan serta perasa makanan yang tidak digalakkan di dalam penyediaan makanan dan minuman di sekolah.'

Mengikut kontraktor, mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang tidak segar kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan kepada murid.



23 ulasan:

  1. alahai kesian kt budak2..
    harap pihak berwajib lebih perihatin selepas ni.

    BalasPadam
  2. kes lama yg tidak dipantau sebelum ni !

    BalasPadam
  3. ni smua gara2 nk untung la ni. tk pikir pasal kesihatan budak2 yg akan keracunan makanan tu

    BalasPadam
  4. alahai kesian, patut buat pemeriksaan mengejut baru tahu.

    BalasPadam
  5. Kementerian tak ada pegawai khas yang check benda2 ni ke?

    BalasPadam
  6. Eeeii tak patut betul laaa.. patutnyaa ada laa yg semak benda2 nie semua..kesian pada budak2 yg memakan benda2 nie semuakan.. nanti keracunan mak bapak juga yg susah..

    BalasPadam
  7. memang tak patut benda ni berlaku,,,

    BalasPadam
  8. aduhhh kenapa semua nie terjadi
    kerana mereka amik mudah sahaja
    nak untung lebih kah !! atau ape ???

    tak patut langsung !!!

    BalasPadam
  9. Eii.. derang ni nak fikir untung je. Cuba la bila dpt tender tu buat baik2. Barulah rezeki tu berkat.

    BalasPadam
  10. untunglah anak yg mak dia rajin masak dan bawa bekal ke sekolah

    BalasPadam
  11. Huh..!! Dah malas nk cakap mende yg mcm ni..yg pastinya..tiada sebarang tindakan yg akan diambil..

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kakcik...susah juga kalau jadi macam ni...kalau mcm ni kena la diambil tindakan yg sepatutnya...

    BalasPadam
  13. menggunakan bekas memasak yang berkarat.. memang tak boleh terima dek akal.. Selama ni tiada pihak yg memantau ke??

    BalasPadam
  14. kesian budak sekolah, tu termasuk anak2 kita, anak2 sedara kita jugak tu.... pihak sekolah kena lah pantau, takkan nak tunggu bahagian audit negara datang kot

    BalasPadam
  15. Pemantauan lemah, itulah padahnya. Yg jadi mangsa budak2.. keracunan makanan akibat kecuaian pihak kantin dan sekolah.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,
    Semua ni berlaku sejak saya sekolah dulu lagi. Masak sedap ke tidak tu perkara lain, namun kalau makan boleh sebabkan sakit perut @ dihidangkan dengan makanan yang baasi, kami selalu alaminya.

    Tiap kali mengadu dgn warden & mereka pergi check, berubah sekejab. seminggu kemudian berulang semula. Selagi tak berlaku keracunan secara besar-besaran, begitulah keadaannya.

    BalasPadam
  17. alahai kesianyer budak2 ni...nk untung lebih jer dorang ni

    BalasPadam
  18. ala...susah hati pulak dayah pikir anak mula sekolah tahun dpn..
    :(
    mmg nak kena rajin rajin masak untuk dia la jugak nmpk gayanya..
    lebih baik gitu drpd dayah risau hal2 cam nih..
    nasib kak cik share hal nih..
    kalau tak dyh tak tau nih..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.